Sunday, March 22, 2009

+kenapa manusia suka marah2?+

Assalamualaikum.

aku dah 2 hari tak menatap blog aku yang tercinta neh.
sebab aku ada ikut pertandingan debat naib canselor.
tapi aku takde mood nak cerita pasal debat tu.
sebab ada perkara lain yang memberat dekat kepala aku ne.

entry ini bukan untuk menyindir atau mengata sesiapa.
tapi sekadar ingin menegur dan mengingatkan seseorang yang bergelar sahabat.
menegur si penulis ini juga.
agar kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada sekarang.
agar kita tidak cepat marah bila datang satu ujian.
agar kita tidak cepat melatah bila ada yang lain berbuat salah pada kita.

aku faham. memang semua orang berhak marah.
dan semua orang ada perasaan tersebut.
bila di tanya.
mereka akan berkata.
"ko tak paham perasaan kami..ko tak kena..mana ko tau!"
ya..betul..aku tak rasa. aku tak kena. jadi aku tak tau.
tapi aku pernah rasa lagi teruk dari ini.
dan memang. aku mengakui aku melatah.
dan aku marah-marah.
dan aku nak.
seluruh dunia tahu yang aku amat marah ketika itu.
aku kecoh kat semua orang.
aku nak orang yang buat salah itu datang meminta maaf.
sedangkan rasulullah tidak pernah mengajar begitu.
tetapi akibatnya selepas itu.
aku lama disishkan oleh kawan-kawan.
guru pandang sinis kepada aku.
sebab aku pemarah.
maka banyak perkara yang aku belajar.
dan aku berazam tidak akan ulang perkara yang sama.
cukuplah ia berlaku sekali dalam hidup.
agar aku lebih belajar memahami manusia.
agar aku belajar macam mana nak tangani amarah.
yang sebenarnya datang dari syaitan dan nafsu yang membisikkan perkara tersebut.

sabda Rasulullah :
"tidaklah kuat gagah it dengan pegaduhan,sesungguhnya kuat gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah"
(riwayat shaikhani)

orang yang kuat.
bukan yang suka mempamerkan kekuatan.
sebab tiada nilai disi yang Khalik.
tapi orang yang mengawal diri ketika marah.
maka dia lah yang kuat.
dan besar nilainya disisi Tuhan.

aku beri satu keadaan kepada kawan2 yang membaca.
jika sekarang kita marah kepada sahabat kita.
dan kita tidak mahu memaafkan dia.
sedangkan kita tidak tahu kenapa sahabt kita itu berbuat salah kepada kita.
sama ada dia sengaja atau tidak.
dan kita biarkan sahabat kita terus dirundum rasa bersalah.

tapi ingat,
Allah tu maha adil.
dan Allah yang jadikan kita.
dan Allah tahu bagaimana nak ajar hambanya yang sombong dan bongkak.
maka tiba suatu keadaan.
apabila kita berbuat salah kepada orang lain.
dan orang itu tidak mahu memaafkan kita.
maka apa perasaan kita?
bagaimana kita nak tebus kesalahan kita.
andai tiada kemaafan?

takut2...dan aku risau..
tatkala malaikat maut sampai...
nyawa di kerongkong..
tapi tak dapat mengucap.
sebab kwan kita tidak maafkan....

sebab tu lah islam mengajar kita sering bermaafan.
dan terima orang lain seadanya.
tiada yang sempurna melainkan Allah.
semua orang ada kelemahan.
dan kita saling tampung menampung dalam kelemahan yang ada.
tapi ini yang paling sukar terjadi.
kerana syaitan telah berjanji.
ingin membawa anak adam bersamanya ketika ke neraka nanti.

kerana marah.
dua saudara boleh berbunuhan.
kerana marah.
dua sahabt boleh bermasam muka.
kerana marah.
boleh jatuh sebuah negara.
kerana marah.
satu empayar boleh jatuh.
kerana marah.
kita jadi terhina.

kerana marah.
kita boleh mendidik.
dan marah itu hendaklah kerana Allah.

tapi..selalunya.
marahnya manusia kerana hawa nafsu dan syaitan.
kerana itu sering berpanjangan.

aku rasa itu sahaja.
aku mohon maaf jika ada yg berkecil hati.
mungkin akan ada yang berkata.
"ko tau apa abu!"
tapi takpa la.
kerana mungkin itu haknya.
tapi aku amat berharap keadaan reda semula.
aku amat berharap.
kawan-kawan aku kembali bersama semula.
jangan marah-marah.
rasionalkan fikiran.
dan terima orang seadanya.
rogers mengatakan."semua orang adalah unik"
dan kita adalah unik.
maka terimalah manusia "tanpa syarat"
terimalah baik buruknya.
kerana kita juga ada baik buruknya.
yang kita tak nampak.
tapi kawan kita nampak.
kerana itu Allah jadikan manusia itu,
mempunyai kelebihan yang berlainan.
dan kekurangan yang berlainan.
agar sentiasa tampung menampung.
tetapi manusia memang selalu "buta hati"
tak nampak apa yang tersirat.
hanya ingin memuaskan nafsu amarah sahaja.

aku menulis begini bukan nak kata aku baik.
tapi sekadar menegur dan mengingatkan.
kerana aku juga insan biasa,
kerana kawan-kawan aku juga insan biasa.
kerana kamu juga insan biasa.
kerana mereka juga insan biasa.
yang sentiasa khilaf.

renung2kan....dan fikirkanlah!
aku rindu tika dahulu......moga ia cepat kembali..
seperti sedia kala.

mohon maaf.
jazakallah khair.
wslm.

p/s : maaf jika entry ini menyesakkan pemikiran sesiapa.


.the end.

11 comments:

ain fathihah fhm said...

panjang entri
tp santai caranya

smpaikan..
terasa2 aku plak yg kna marah dek org tu..hehe

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

hati aku betul2 sedih.

tgk orang bergaduh.

Anonymous said...

susah nak menjadi air bila api marak menyala..hanya doa yg dpt dipohon...tak berpihak pada sesiapa...salah atau betul bkn ukurannya..tp ingat jika kt tidak bersalah,maka doa org teraniaya itu adalah makbul..tp...klu dia yg x bersalah...maka doanya yg akan makbul dr kita..

adakalanya diam itu lebih baik drpd berkata2 ..
adakalanya kita bukan nak marah cuma kecik hati..
dan adakalanya kt bukan nak protes tp hanya ingin merajuk...

paan said...

hanya sepatah kata.bersabarlah
manusia ini banyak ragamnya.semoga teguran akan menjadi ingatan.

Anonymous said...

Salam...
pesal nk marah2 plak...Istighfar bebanyak bro...hihi..

SuperDzul said...

aku bace sparoh pahtu aku rase cam skema n aku x bace da..hehe

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

ain : terima kasih ain. sentiasa beri semangat.

salmah : aku setuju. tapi jika rajuknya diam. maka takpa. tapi rajuknya hingar satu dunia. bahaya. kecil hatinya kerana Allah. itu sebaiknya. dan membuka tangan beri kemaafan seadanya.

paan: terima kasih paan.

danish : wslm dik. abg tak marah. tapi sedih ngan kawan2 yang bergaduh dan berpecah belah.

dzulfikri : aku sejak kebelakangan ini menjadi skema. ko memang tiada jiwa. hahaha.

Zamz said...

kekadang kita marah kita rasa hebatla sbb boleh tunjukkan kemarahan kita..

tapi selalunya lepas tu rasa menyesal pulak...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

betul tu bro

tu la akibatnya meletakkan lidah di depa,

akal di belakang.

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

kau berhak untuk berkata2..
marah?aku jarang marah.tapi bila aku marah mmg aku betul2 marah.aku penyabar orgnye,nmpk je mcm ni,tp deep inside i knew myself better than anyone else do..
:)

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

huk.
sungguh dalam kata2 mu tu.
menusuk kalbu beb.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,