Pages

Tuesday, February 7, 2012

Blog

Tuesday, February 7, 2012
Sudah lama saya tidak menulis. Eh bukan, menaip sesuatu di blog saya ini. Entahlah, kadangkala rasa malas, rasa tidak ada yang perlu di curahkan. Kadang kala ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan. Tetapi waktu itu saya berada bukan di hadapan komputer riba saya. Bila pulang ke rumah, saya terus lupa. Lemahnya saya. Kadangkala ada beberapa perkara juga yang ingin saya kongsikan, tetapi bila saya sudah siap menaip dua atau tiga perenggan, saya biar ia berperam di “draft”. Kadangkala saya “delete” sahaja. Kerana memikirkan tidak perlu rasanya berkongsi perkara sedemikian. Hehehehe. Keseduhannya, blog ini terbiar begini. Alangkah ruginya. (sebenarnya saya lebih selesa dengan muka buku). Mudah dan cepat.


Tetapi bila lihat dan baca “entry” lama, saya senyum sendiri, saya pernah rasa ter candu dengan blog. Sehingga kadangkala hari-hari saya tatap dan hias blog saya. Jika ikut perkiraan, tidak tahu “layout” blog saya kini adalah yang keberapa. Hehehehe. Sekarang saya mula ketagih dengan muka buku. Tetapi tidak tahu sampai bila fenomena itu. Kerana saya akui, manusia sifatnya akan bosan akan sesuatu. Seperti apa yang terjadi dengan saya dan blog.

Tengok, dua perenggan saya karang adalah sebab blog. Hahahaha. Tidak ada langsung kepentingan untuk umat sejagat.

Oh ya, saya sudah tamat pengajian. Alhamdulillah. Saya sudah berjaya di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Cuma saya belum menjalani istiadat konvokesyen sahaja lagi. Tarikhnya? Entah, saya pun tidak tahu, itu kerja si aristokrat universiti. Keputusan? Alhamdulillah, lebih dari sangkaan dan kemampuan saya. Tidak ada apa yang boleh saya katakan, selain rasa syukur kepada Allah. Saya berharap, di akhirat sana, saya peroleh keputusan yang cemerlang bila di hitung kira di hadapan Allah kelak.

Sekarang saya berada dalam zon cuti. Maksud cuti saya, ialah cuti tanpa kuliah dan tugasan sebagai seorang pelajar. Saya masih ada cita-cita untuk sambung belajar. Tetapi kehendak itu perlu di letak tepi dahulu. Ada beberapa perkara yang perlu saya lunaskan dahulu, sebagai seorang anak, abang, dan adik. Sudah PASti, tugasan sebagai seorang rakyat yang baik juga saya perlu lunaskan.

Ok. Sudah. Doakan saya.

Cepat dapat kerja. Cepat kahwin. Sekian. ^_^ .

Ouh ya. Kalau ada yang tertanya-tanya di dalam hati, kenapa saya tulis perkara di atas. Jawapannya, ia adalah untuk saya. Sebab perangai saya, saya suka baca “entry” lepas. Tunggu saya tua (kalau sempat) . saya akan baca kembali. Mungkin ini boleh memberi secalit senyuman pada garis-garis muka.


Tuesday, November 29, 2011

K a w a n

Tuesday, November 29, 2011

Saya jarang untuk meluah rasa, kerana saya tahu, hanya Allah tempat paling baik untuk meluah rasa. Tetapi rasa ini adalah untuk semua, agar ia menjadi panduan untuk kita merasa dengan lebih baik. Agar kita tahu meletakkan rasa di tempat yang paling tepat. Agar kita tahu untuk memberi rasa di tempat yang lebih baik. Agar kita meninggal kan rasa kepada orang lain dengan perkara yang bahagia sahaja. Agar kita tidak menggagau teruk di akhirat kelak, akibat ketirisan teruk mulut kita.

Hati saya tiba-tiba seperti rasa sakit. Normal bagi seorang manusia seperti saya, yang punya hati untuk merasa. Ya, rasa sakit, bukan sakit luka. Tetapi sakit di pangkal-pangkal hati mungkin. Belum parah.

Kawan,

Bila kita berkata kawan, lihatlah masa lalu kita.

Agar kau rasa bahawa ia adalah pengajaran terbaik untuk kau, untuk kau rujuk sepanjang hidup kau. Pengajaran untuk aku juga.

Kawan,

Tahukan kamu, kadangkala kata-kata kita akan berbalik kepada kita.

Dan mungkin kita akan rasa perkara yang sama. Ya rasa sakit ini. Tetapi aku berdoa ia tidak terjadi kepada kau kawan.

Kawan,

Adakah kau tahu, bahawa Tuhan itu sangat maha bijak menyusun segalanya, agar kau dapat melihat perkara yang berlaku ini adalah ujian yang datang untuk memberi kau rasa sebaiknya.

Agar kau lebih dekat pada DIA. Agar kau rasa DIA segala-galanya. Ya, sudah semestinya untuk aku juga.


Kawan,

Adakah layak kita menghukum sesuatu atas dasar perasaan dan kecetekan ilmu kita?

Maaf.  Atas dasar tidak suka, kita melakukan konklusi mudah. Tidak suka? Adakah rasa itu seronok kawan? Ya, aku juga tidak suka rasa itu. Dan aku rasa kau pun sama.

Kawan,

Kadangkala kata-kata kita buat orang jauh dengan kita. Kerana pemberian rasa kita pada mereka?

Ya, rasa sakit ini. Rasa yang aku rasa sekarang. Rasa yang kau beri kawan.

Kawan,

Pernah kah kau rasa, kau betul pada setiap masa?

Sedangkan orang di sekelilingmu memandang kau serong sepanjang masa? Aku pernah rasa, atas akal  ku yang dangkal. Menyesal ~

Kawan,

Aku rasa sakit yang amat, rasa sakit ini aku luahkan di sini. Aku minta maaf. Kerana aku tahu kerjaku banyak lagi untuk agamaku, daripada aku melayan rasa. Tetapi, aku harap taipan aku ini memberi kesedaran kepada ramai manusia. Agar berfikir dahulu sebelum bertingkah kata. Ya termasuk aku juga kawan, sekali lagi aku tauqid-kan. Untuk Aku juga.

Kawan,

Ia juga untuk aku, tidakkah engkau pernah membelek Qalam Tuhan yang maha agung dalam surah As Saff ayat 3.

Mafhumnya Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”

Ya. Sekali lagi. Pesanan ini untuk aku juga kawan. Dan untuk kau juga kawan. Agar kita berhati-hati di lain masa.

Kawan,

Rasa ini masih ada. Mungkin akan aku simpan buat seketika, melayan rasa. Rasa yang kau beri, moga akan aku ingat kau kawan. Atas pengajaran yang kau beri untuk aku. Terima kasih kawan.

Akhir sekali kawan,

No Hard feeling ! wassalam .

untuk yang bergelar kawan. aku mohon seribu kemaafan. ^_^ .



Muhammad Abu Handhalah Bin Kamil,
Ruang Tamu, 2.1.6,
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI,
1.36 pagi.Rabu.

Saturday, November 19, 2011

Pergi

Saturday, November 19, 2011
Semua orang akan PERGI. ke suatu tempat yang di gelar alam Barzakh. kita sudah sedia?

Tempat bagi orang-orang yang beriman untuk berehat setenang mungkin dari urusan dunia yang memenatkan. ia juga tempat yang pedih, bagi orang yang mengatakan dunia dan seisinya milik mereka, sehingga lupa untuk sujud pada yang ESA. 

mudah-mudahan kita sudah sedia. mungkin sekejap lagi kita dijemput untuk pergi. Jazakallah. wslm.

Friday, November 4, 2011

Al Fateh

Friday, November 4, 2011
Saya punya teman baru . saya rasa dia berjantina Jantan . sebab dia cool macam saya . saya beri nama dia Al Fateh . saya sayang dia . tapi tidak melebihi sayang saya pada Allah,keluarga dan sahabat saya yang lain. :)

saya harap dia boleh bantu saya untuk islam. saya harap ada gunanya dia untuk islam. sebab itu saya beri nama dia Al Fateh. maksudnya membuka. saya harap dia boleh jadi pembuka jalan untuk orang mengenal Allah. 

ini dia Al Fateh saya . Kacak bergaya . hahaha .


Alhamdulillah . ada rezki lebih . moga ia memberi manfaat . selamat datang Al Fateh . :) 

Friday, September 23, 2011

Sudah dua Minggu

Friday, September 23, 2011
Assalamualaikum .

Sudah dua minggu kuliah bermula , dan saya sudah berada di semester 8 , semeseter untuk senior-senior kacak lapuk macam saya menghabiskan waktu-waktu terakhir di universiti , sebelum melangkah ke alam pekerjaan , itupun jika panjang umur. 

Maka saya pasti , zaman universiti ini akan saya rindui , kerana waktu sebegini tidak akan berulang dua tiga kali. kahwin pun sekali je tau . waktu-waktu saya sibukkan diri seperti selalu akan berlalu , mungkin lepas ini akan sibuk dengan perkara lain pula , ya lah , kawan-kawan saya pun dah ramai yang mendirikan rumah tangga. saya? entah bila . berak canggung makan tanggung. jadi mungkin tunggu setahun dua lagi . MUNGKINlah. 

blog ni dah jadi macam diari saya , biarlah . lepas 10 tahun lagi , saya akan gelak-gelak baca apa yang saya tulis , itupun kalau saya hidup lagi . mudah-mudahan , Allah panjangkan umur kita untuk beribadah . ^_^ .

Saya ingin kongsikan sesuatu buat sahabat semua sebelum saya menutup penulisan merapu saya ni . mari renungkan terjemahan dari surah as saff ayat 3 :

amat besar kebencian disis Allah , apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya .  
Grievously odius is it in the sight of Allah that ye say that which ye do not

maka berhati-hati dalam berkata , takut-takut nanti kita akan di hisab akibat dari kata-kata kita . selamat beramal ! jazakallah khair . wassalam !

Sunday, September 4, 2011

Silih berganti

Sunday, September 4, 2011
Assalamualaikum.

manusia yang hadir dalam hidup saya, silih berganti. ada yang membawa gembira, ada yang membawa duka. kadangkala mereka datang tidak di minta, akhirnya berjaya menjadi orang yang mampu mengisi sisi-sisi gembira dan duka dalam hidup saya. hidup yang penuh fasa transisi perubahan, yang kadangkala saya berfikir. mereka hadir untuk memberi ilmu dan menguji keimanan yang ada.

Alhamdulillah . saya bersyukur mereka hadir dalam hidup saya. kerana mereka saya dewasa . Sahabat yang soleh itu lebih baik dari segunung Emas. =)

Jazakallah . Salam Eid Fitri . buat semua . Andai ada salah dan silap . jika ada hutang yang belum berbayar . Khabarkan . insyaAllah akan tunaikan . 

-inginmenjadianaksoleh-

Thursday, August 11, 2011

puih .

Thursday, August 11, 2011
PERHATIAN !! jangan join group yang bertajuk " Menjadi Bapa atau Ibu adalah hadiah terbesar dalam hidup saya" . Ia adalah satu kumpulan pedophiles yang cuba untuk mengakses foto anda untuk kes penculikan . Sila salain dan post ! mari kita menjaga keselamatan anak-anak kita . ini adalah sumber dari FOX NEWS pada 5hb (Sila ambil beberapa saat untuk copy dan paste)
puih . siapa punya kerja lah ni . kesian admin yang buat group tu . cuba cari kerja berfaedah sikit boleh ? inilah bahaya laman sosial . mudah sangat untuk menyebar berita dan fitnah . bagi yang Allah anugerahkan akal untuk berfikir . sila fikir dulu sebelum buat . apa kaitan FOX NEWS dengan group yang di buat oleh orang melayu ni . aiyoo . part ni pun dah kelako .. :) .

chain mail macam ni perlu di hindar . takut-takut nanti tersalah sebar . buat-buat la beramal ibadah kat bulan Ramadhan ni . Kan itu lebih baik . atuk saya kalau baca ni . komferm di gelak guling-guling .

alahai bangsaku !
p/s : jangan pula ada yang copy kemudian paste pulak nanti . kalau buat juga . tak tahu lah saya nak cakap macam mana . memang bengap kuasa dua lah tu . sekian . :)


Tuesday, August 9, 2011

kalau putus tangan baru ....

Tuesday, August 9, 2011
Tahu !

pasal apa kalau raya mesti ada mercun . asal mercun mesti raya . macam isi dengan kuku . tak boleh pisah langsung .

baru ramadhan yang ke 10 , dah ada berita orang cedera kepala tangan . tak pasal-pasal jadi penghuni setia hospital . lepastu masuk berita . tv1, tv2 , tak pun tv3 suku . peh, seronok kot .

nasib waktu kecil-kecil dulu , mak saya rembat saya kalau main mercun . langkah pencegahan yang amat bagus . sampai sekarang saya tidak berani suka main mercun .

kalau siapa yang cedera terkena mercun , sebab bermain mercun . saya ucapkan tahniah . tahun depan kalau ada umur yang panjang . main la lagi . sekian . :)

"sayangi anggota badan anda . sayangi nyawa anda.
badan yang sempurna memudahkan untuk beribadah dan beramal soleh" 
khidmat masyarakat ini dibawa khas . oleh Abu dan keluarga . sekian . wassalam .

p/s : Ya Allah, moga kami mendapat kebaikan dalam madrasah ramahdhan kali ini . Moga kami layak untuk menyambut eidul fitri yang Engkau anugerahkan .
Related Posts with Thumbnails