Tuesday, December 29, 2009

+sila lah....+

jika kamu ingin melihat isteri2 kamu menjadi janda, dan anak-anak kamu menjadi yatim. sila lah halang aku.

~Saidina Umar~

Wednesday, December 23, 2009

+kemana hilang?+

assalamualikum.

kemana hilang enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta?
tempat yang rasanya paling selamat kat malaysia pun dah boleh orang bolos.
apa lagi tempat lain?
ke ada orang dalam buat onar ni.(aku tak tuduh. tanya je.hehehe.)

aku sekadar ingin tahu.

PR13 ~wait and see~

mungkin ini entri aku paling pendek.
sekian.

Monday, December 21, 2009

+alahai si bongsu, manja sungguh kamu+

assalamualaikum.

bongsu itu selalunya seronok. dan bongsu itu selalu diberi perhatian. jarang-jarang si bongsu itu di marah atau tidak di penuhi pemintaannya. dan aku bukan si bongsu. tapi si tengah. yang seimbang. tak lebih dan tak kurang.

tapi 2 hari yang lepas aku dapat si bongsu. sungguh berlainan si bongsu kali ini. ingin bermanja-manja dengan aku. sehingga sakit-sakit aku dibuatnya. tidur malam pun tak boleh. nak makan pun tak selera. semua kerana kau bongsu. alahai bongsu, suka betul kau bermanja-manja dengan aku.

kau tak tau ke, sabtu dan ahad waktu bercuti. jadi permintaan kau aku tak boleh aku tunaikan. semua tempat-tempat kera-ja-an tutup la bongsu. jadi kau terus seksa aku. sakit la bongsu. kau duduk diam-diam boleh? hari isnin aku tunaikan permintaan kau boleh?

~maka aku merana 2 hari kerana si bongsu (sila simpati. hehehe.)~

:::::::::::::::::::::::: :: ::::::::::::::::::::::::

watak :

bongsu ( gigi bongsu yang baru tumbuh 2 hari)
aku ( tuan punya badan, anak encik kamil dan puan Rusnah.)

selama ni aku tak percaya kata orang, yang bila gigi bongsu ni tumbuh, rasa sakitnya amatlah sangat. tapi bila dah kena. rasa seperti "padan muka aku".

hari ini baru aku rasa seperti ingin menulis. selepas pergi ke klinik tg. malim. (yang menyebabkan aku tunggu berjam2, sekadar utk cek dan ambil ubat..~sigh~) utk mendapatkan ubat utk si bongsu. rasa kurang sedikit. si bongsu tak berapa nak meragam.

~mungkin ini tanda Allah sayang aku. DIA nak uji lah tu, kita sabar atau tidak, ini baru sikit, sakit mati lagi azab~

ya Allah,
terima kasih atas ujian mu.
kerana sakit si bongsu,
aku lebih awal menghadapMU.
kerana KAU beri sakit ini,
aku rasa terlalu kuat kebergantungan aku kepadaMU.
aku bersyukur dan berterima kasih atas peringatanMU.
kerana aku seperti hambaMU yang lain.
selalu leka dan turun naik imanku.
moga aku terus kekal begini,
tika sakit atau tidak.
moga-moga KAU sering menegur aku.
syukran :)

~wslm~

Sunday, December 13, 2009

+eerrr....ustaz syahwat tu apa?+

assalamualaikum.

tika aku menulis entri ini, rasa nak tergelak pun ada. mengenangkan pertanyaan seorang anak yang berumur 9 tahun. dari raut wajah anak tersebut terpancar keikhlasan dalam bertanya. dan aku pasti pertanyaan tersebut bukan main-main tetapi ia adalah kerana ingin tahu dan ilmu.

sebelum aku bercertita lanjut, mungkin perlu aku memberitahu, perkara ini terjadi ketika aku menjadi fasilitator untuk kem smart solat anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Masjid Jamek Ar-Rahman Hulu Bernam. program berlangsung selama 2 hari iaitu dari 12-13 / 12 / 2009. peserta terdiri dari kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun, dan majoriti peserta adalah berumur 9 hingga 12 tahun. program ini diadakan untuk membantu anak-anak di sekitar hulu bernam berkenaan dengan solat yang betul dan kepentingan solat itu sendiri. antara pengisian ialah berkenaan bab "taharah" atau bersuci, mandi wajib, berwudu', tayamum, dan praktikal serta teori solat fardhu lima waktu.

berbalik kepada cerita asal, pada ketika itu adalah praktikal bab taharah. dan aku di taklifkan untuk menjadi fasi kepada kumpulan adik-adik yang berumur 9 tahun. maka aku arahkan mereka untuk keluarkan nota yang telah di sediakan, dan aku mula menerangkan bab taharah dari aspek jenis2 air mutlak, jenis2 najis dan cara mensucikannya, serta bab mandi wajib. setelah selesai aku buka kepada sesi soalan. tiba2...

syahmi : "ustaz...syahwat tu apa?"
danish : "ustaz..air mazi tu apa?"
awi : "ustaz air mani tu apa?"
khairul : "ustaz air wadi tu apa?"

aku : wahai...adik2ku sayang, boleh tak tanya sorang2. telinga ustaz ada dua je ( pada ketika tu kepala aku ligat memikirkan jawapan yang terbaik utk kefahaman mereka, sesuai dengan umur.)

syahwat tu adalah perasaan yang di dorong oleh nafsu.(aku terhenti kerana kata-kata aku dipotong sekali lagi).
awi : "nafsu tu apa ustaz?"

aku : alahai...ustaz kan belum habis terang lagi syahwat tu apa...
awi dan syahmi : takpe ustaz kami dah faham. nafsu tu apa?
aku : ish. kamu ni. pening ustaz di buatnya.

tiba2 aku dapat idea baik punya...hehehe.

aku : adik2, sila buka fail, dan tengok kat kertas yang ada dalam fail adik2 tu. dekat situ ada terangkan tentang perkara yang adik-adik tanya tadi. kalau tak faham boleh tanya ya..
pesrta : baik ustaz.

tiba-tiba..
awi : ustaz macam mana air mani boleh keluar dari kemaluan kita kalau sekadar bermimpi? awi mimpi tak keluar air mani pun?
aku : hu....sekejap ye awi...bla,bla,bla... (memberi penerangan dengan kuat agar tiada yang berani2 potong. hehehe.)
awi : (mengangguk2 faham )

*banyak perkara aku tak sempat nak terangkan pada mereka. dah asyik suka potong je bila aku bagi penerangan. mungkin itu memang sifat kanak-kanak. sabarnya kita kena lebih.

::::::::::::::::::: :: :::::::::::::::::

baru bab taharah, dah dekat sejam lebih, masih banyak persoalan yang adik-adik tu timbulkan. baru aku sedar betapa sukar untuk mendidik manusia untuk memanusiakan manusia. namun ku kuat kan hati. walaupun aku sedar tidak selayaknya aku dipanggil ustaz, namun ku harap apa yang ku beri kepada mereka mampu untuk di manfaatkan. jika tak banyak sekalipun sedikit pun jadilah.

bak kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya. maka pada zaman kanak-kanak ini kita perlu didik, agar mudah dilentur mengikut kehendak kita. pada zaman kanak-kanak juga amat mudah untuk menerima ilmu baru. kerana mereka tiada dosa. masih bersih. kalau dah jadi buluh, bak kata orang kelantan "kerah kekong". amat sukar untuk dibentuk. jadi meriam buluh boleh lah. hehehe.

buat adikku sayang
tuntut lah ilmu dari buaimu,
hingga ke liang lahadmu.
agar kelak kau menjadi kebanggaan.
agama mu, ibu bapa mu, dan sudah tentu,
aku juga bangga punya adik sebaik kamu.

biar kelak,
kau menjadi "front liner"
orang yang pertama akan kehadapan.
bila agamu di persenda.

aku rela melihat kau syahid,
dari kau terbuai dengan tipuan dunia.
aku doakan kau selamat hingga akhirnya.



gambar sepanjg program..

sebelum sesi muhasabah.

praktikal mandi wajib.

senamrobik pagi.

itu saja.

sekian.
wslm.

Thursday, December 10, 2009

+peluang itu mungkin datang sekali saja+

assalamualaikum.

terngiang2 pesanan seorang guru ku tika aku masih di bangku sekolah. katanya, "abu, peluang itu hanya datang sekali, maka rebutlah selagi mana ia mendatangkan faedah kepada kamu". aku menafsir setiap bait kata guruku, sekarang baru ku faham, mungkin perkara itu kita akan lakukan berulang kali, namun setiap kali perkara itu berlaku pasti keadaan atau situasinya tidak sama. begitu juga dengan peluang yang terbentang depan mata. jika kita rasa itu yang terbaik dan mendatangkan faedah pada kita, maka ambil dan rebutlah, mudah-mudahan ia akan menjadi satu nilai tambah pada diri kita kelak.

mungkin kadang-kadang kita akan rasa seperti deja vu. seperti kata sahabatku fawiz. namun dalam ke "deja vu" an itu, pasti ia tidak akan sama. kerana ia rasa akan sama. maka tidak sama bukan? hahahaha. kalau tidak faham. sila rujuk guru bahasa melayu di sekolah anda. atau rakan terdekat.

aku ingin berkongsi pengalaman yang mungkin aku tidak akan dapat jika aku tidak menjadi sebahagian dari keluarga jawatankuasa kolej KHAR. maka aku bersyukur aku adalah sebahagian darinya. Allhamdulillah, exco media telah berjaya melaksanakan program eksplorasi media yang memuatkan majlis antara lainnya ialah lawatan ke NSTP dan TV3. sedikit sebanyak ada ilmu yang ku peroleh di sana, antaranya cara percetakan surat khabar dan bagaimana sesi rakaman dilakukan. mungkin ada yang merasakan ia kerja yang mudah dan penuh "glamour" , tapi setelah pergi ke sana, ku rasakan kerja mereka agak perit dan sukar. maka benarlah, tiada kerja yang mudah. "we must strive to achive it!"

namun setiap pekerjaan itu akan bertambah manis dan indah jika tertegaknya syariat islam disitu. kerana sifat islam itu ingqilabiah. iaitu tidak tertegaknya islam dengan adanya kebatilan. itu yang agak kurang diterapkan di TV3. mungkin ada. tapi tidak menyeluruh. namun ilmu yang aku peroleh disana, amat berguna, sedikit sebanyak aku tahu macam mana sesebuah siaran di laksanakan dan bagaimana berita disampaikan. agak sukar rupanya. mungkin gambar di bawah boleh menceritakan segalanya....

dekat luar nstp. bergambar ramai2.

mesin pencetak surat khabar. yang putih tu adalah kertas surat khabar.

gulungan kertas. berat 1500kg.

mesin proses surat khabar. agak complicated.

dekat set "nasi lemak kopi o" TV9.

dekat bilik berita TV3. ( muka paling budget dah tu.)

dalam balai berita. cuba cari aku kat mana?

memang seronok, suatu pengalaman yang tak boleh dilupakan, rupanya dekat dalam set tu "indah khabar dari rupa". bila kita tengok secara live kat dalam set, ia agak berterabur dan tak menarik, tetapi bila kita lihat di kaca televisyen, set tersebut nampak cantik. itu lah tekni pencahayaan yang mampu untuk tutup segala cacat cela set pengambaran. "mata itu menipu" hehehe.

p/s : rasa macam nak melawat CNN la pulak. boleh tuan YDP?

Tuesday, December 8, 2009

+palestin tak pernah gentar+

assalamualaikum..

Alhamdulillah. tiba-tiba tangan ini teringin untuk mencoretkan sesuatu di sini. selepas entri berkenaan baktisiswa yang aku taip terpadam macam tu saja. oleh itu aku tidak mau menulis tentang baktisiswa tersebut. lebih baik aku tuliskan berkenaan dengan buku yang baru saja aku habiskan. tajuk buku tersebut ialaha "paletin tak pernah gentar" nukilan Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Fatimah Syarha Mohd Nordin. penulis buku yang sering menulis untuk menyedarkan masyarakat. sebagai contoh buku "syabab musafir kasih" yang ditulis oleh Fatimah Syarha, yang banyak memberi kesedaran kepada pembaca tentang peri penting ilmu dan didikan kepada anak-anak.

sehelai demi sehelai aku belek buku ini, hati aku terus kuat ingin membaca. dimulakan penceritaan dengan pembongkaran rancangan yahudi keatas umat manusia dan protokol-protokol yahudi yang amat membimbangkan. kemudian diceritakan berkenaan dengan perancangan rapi yahudi untuk menghapuskan manusia dan menjadikan manusia yang bukan berbangsa yahudi sebgai alat atau tunggangan dalam keadaan yang halus dan rapi. sehinggakan ramai yang tidak sedar. aku terkedu. tak terkata. yahudi terlalu bijak. mungkin itu anugerah Allah kepada mereka. tetapi dalam bijak mereka angkuh,takbur, sombong!!

kemudian diceritakan juga bagaimana negara israel itu terbentuk dan konspirasi bagaimana terbentuknya negara israel. amerika menjadi tunggangan israel untuk melunaskan misi busuk yahudi tersebut. dengan menggunakan kuasa veto yang ada untuk membatalkan segala resolusi yang dikeluarkan oleh PBB untuk menghalang israel! bagaimana israel menyusun strategi untuk merekrut orang yang bekerja dengannya, dan orang-orang ini terdiri daripada golongan bijak. bermula dengan memasukkan pelajar ke kelab rottery, kemudian di naikkan kepada lion club, seterusnya freemason dan iluminati yang berada pada tahap tertinggi.

aku belek lagi, kemudian dinyatakan perbandingan mengapa israel itu nampak hebatnya. jika diikutkan disbahnya, 1 orang israel sama dengan 100 orang islam di muka bumi ini. tapi jika dilihat kepada kemajuan dan penguasaan ilmu, 1 orang israel sama dengan beratus2 orang islam. betapa tertinggalnya orang islam. kadar celik huruf pulak, dalam kalangan negara yang majoriti islam hanya 40% sedangkan di negara barat kadar celik huruf adalah 96%. sungguh jauh bedanya. aku terkedu. sedih melihat bangsa dan agamaku! dalam hati aku terdetik. aku ingin menjadi penyumbang kepada kenaikan peratus umat islam yang celik huruf! kemudian di senaraikan intelektual yahudi yang memegang kuasa ekonomi dunia, yang menyebabkan mereka mampu untuk memperkudakan siapa saja!

aku belek hingga ke bahagian tengah buku, diletakkan gambar-gambar mangsa kekejaman israel, kanak-kanak, orang tua, wanita, semua berada dalam keadaan yang mengerikan dan menyayat hati. aku tiba-tiba sebak, mengalir air panas. macam mana aku boleh riang ria di sini. sedangkan sahabatku disana menderita. rasa benci membuak2 dalam diri terhadap yahudi. tapi aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. dan aku takut aku dipersoalkan kerana itu di akhirat kelak!

buku ini, banyak memberi info baru berkenaan yahudi yang aku tak tahu. tentag perancangan mereka dan sebagainya. jadi aku sarankan kepada anda yang membaca untuk membeli buku ini dan baca. tak rugi!

aku ingin bertanya, perasan tak sejak kebelakangan ini berita berkenaan kekejaman zionis ini dah jarang-jarang di dengari di TV? jawapan nya mudah, inilah kuasa yahudi, apabila mereka mengawal media dunia, mereka sekat berita, konon2nya Obama itu telah melunaskan janji2nya. sehingga layak diberi bobel keamanan! sedangkan rakyat palestin hari2 menangis derita dek kekejaman mereka!

ya Allah selamatkan lah saudaraku di palestin.
selamatkanlah tanah palestin yang diwakafkan kepada umat islam!

apa tindakan kita?
fikir2kan!

Saturday, November 28, 2009

+idea+

berikan aku masa.
mungkin untuk fikir.
dan beri buah fikiran.
bukan kerna aku tiada idea.
atau tiada isu.

banyak saja.
isu "mat kolonel"
isu si gerombolan.
isu "dub bye2".
isu itu ini.

tapi aku agak malas.
minta maaf itu sifat semulajadi manusia.

aku nak gerak selang 2 hari.
pergi berbakti.

kita bercanda lain kali saja oke.
bagi yang rajin masuk blog aku la.
bub bye!


















terimalah aksi sarkas sebelum aku pergi. hehehehe.


sekian. bub bye.

Wednesday, November 18, 2009

+susah sungguh kau nak ungkap Alhamdulillah+

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. kata pertama meluncur keluar dari tubir mulut aku selepas tamat kertas peperiksaan terakhir bagi semeseter ini. aku bersyukur di permudahkan segalanya. ku bermohon agar semua sahabat seperjuangan mampu untuk mendapat keputusan yang terbaik.

"Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7)"

seusai pengawas peperiksaan berkata "ok awak semua boleh keluar dari dewan peperiksaan". telinga aku menangkap banyak butir2 bicara sahabat seperjuangan aku yang baru selesai menajawab peperiksaan. ya memang gembira, dan memang aku juga gembira. rasa terlepas suatu beban di dada. namun gembira kita berpada, dan gembira kita kerana yang KHALIK.

"yeesss", "yahoo", "merdeka"...begitu bait butir tutur sahabat aku. tidak kurang juga yang berkata. "boleh la enjoy lepas ni". aku sekadar tersenyum sendiri melihat gelagat mereka. terdetik dalam hati. susah sangat nak sebut kalimah Alhamdulillah?. ahhh. aku bersangka baik. mungkin mereka ungkap dalam hati. perkara baik yang kita lakukan tak perlulah nak tunjuk2 kat orang bukan? ulah sahabatku. aku sekadar mengangguk setuju.

cuma kadang2 aku seirng terfikir. walau perkara ini nampak remeh di mata setengah pihak. namun budaya ini perlu diubah. ungkaplah Alhamdulillah. tidak perlu bayar. free saja. Allah bagi pahala lagi. kan best macam tu. kerana aku juga begitu dahulu. sukar utk ungkapkan Alhamdulillah tika usai peperiksaan atau mendapat keputusan peperiksaan. namun ku bersyukur aku dikelilingi orang yang sering mengamalkan budaya "tegur-menegur". maka aku ditegur. dan perkara yang membuat aku lebih terkesan. orang yang menegur itu lebih muda dari aku.terima kasih buat orang itu.(moga ada saham utk mu di akhirat kelak).

tak susah bukan nak sebut Alhamdulillah? biar kamu rasa apa yang ku sampaikan ini kecil saja di pandangan kamu. tapi aku rasa ini yang ku mampu. "biar kita memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya"(laskar pelangi) dan kata-kata ustaz hasrizal dalam blog saifulislam.com. "erti hidup pada yang memberi". aku cuba untuk menganalisis apa yang ku lihat dan terjadi di sekeliling aku. maka aku rasa perkara ini perlu untuk diperbetulkan semula. manfaatnya besar. aku ingin menjadi orang yang memberi.

p/s : tengah baca buku Aku terima nikahnya. karangan ustaz hasrizal. terima kasih kepada abg kacak. nanti dah selesai aku tuliskan reviewnya.

sekian.
wslm.

Monday, November 16, 2009

+ketika cinta bertasbih+

assalamualaikum,

setelah aku merajinkan diri melawat blog sahabat-sahabat yang ada kat alam maya ni. sungguh banyak entri yang menceritakan tentang filem KETIKA CINTA BERTASBIH. banyak juga review telah dibuat. membuatkan hati aku tertarik nak tengok. tapi tak tahu kat mana nak dapatkan cerita tu. nak muat turun dari laman sesawang. amatlah mustahil tika ini kerana internet di rumah aku amatlah lambat macam siput berlumba dengan kura2.

Alhamdulillah, 2 hari yang lepas aku bertandang ke rumah sahabat. Abg shahir, kebetulan dia ada cerita tu. maka dengan muka tak malu, aku sedut cerita tersebut. terima kasih abg shahir. setelah melakukan sesi sakat menyakat di rumah beliau. maka aku pulang ke rumah dan terus layan cerita tersebut. hehehe. (minta maaf la yer abg shahir ngan abg akram. bukan sengaja nak melakukan onar kat rumah anda. saja bergurau.)

memang betul. cerita ini tidak mengecewakan aku. tidak seperti filem ayat-ayat cinta yang banyak lari dari cerita yang digarapkan dalam novel. walaupun tema cerita ini adalah cinta. namun pengajaran yang ada dalam cerita ini amat berguna. buat para remaja yang sering mendambakan cinta seorang wanita. jadilah seperti Saudara Khairul Azam, dalam mencari cinta syariat tidak diketepikan. ajaran agama didahulukan dari cinta. kerana sedar dan pasti, jika cinta itu tidak bersandarkan kepada agama maka syaitan yang menjadi dalang di sebaliknya. kekutan beliau dalam belajar juga perlu untuk dijadikan sebagai teladan. sembilan tahun belajar di negara orang, meninggalkan keluarga nun jauh di nusantara. hanya sekadar untuk menggenggam segulung ijazah utuk berbakti pada keluarga, masyarakat, dan agamanya bila pulang ke tanah lahirnya kelak. tepuk dada, tanya diri kita.

karektor ana athafunnisa juga digarap dengan baik. seorang gadis yang berpendidikan tinggi. tetapi rendah diri. bersederhana dalam segala hal. mencari cinta atas landasan syariat dan ilmu. tingkahlaku dan tutur katanya adalah berdasarkan ilmu. aku tertarik dengan syarat yang Ana berikan ketika Furqan malamar beliau. "aku sedia menjadi yang halal bagi kamu, dengan syarat, kamu tidak menikah dengan perempuan lain selagi aku mampu menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada mu". kata-katanya mungkin boleh melunturkan semangantsang jejaka yang mungkin ingin berkahwin lebih dari satu. tetapi kerana keyakinan berlandaskan agama dan ilmu, maka tutur katanya senang untuk diterima.

cerita ini betul-betul dekat di hati. kerana dalam keluarga ku, semua perkahwinan bukan atas dasar bercinta dan pernah berjumpa sebelum berkahwin. semuanya atas permohonan dan kebergantungan terhadap Allah s.w.t. dan ku yakin. bercinta selepas kahwin itu lebih indah dan nikmat. Setiap jodoh anak Adam itu telah ditetapkan. Maka mohonlah pada yang ESA. jika sampai masanya, maka dua hati akan Allah satukan.

p/s : remaja sekarang bercinta bagai nak rak. sampai ke dunia perkahwinan. segala kemanisan sudah hilang. sedih!

Friday, November 6, 2009

+rabbi yassir, wala tuassir!"

setelah 4 paper exam ku lalui, ku rasa ada kemudahan yang Allah beri.

ku bersyukur, dan ku bertambah yakin. rezki itu Allah beri.

lancar saja pen menari2 di atas kertas menjawab soalan.

walaupun aku belajar tidak sama dengan orang lain.

kerana masa ku terlalu banyak ku guna untuk perkara lain.

kerana "perkara" itu juga penting.

namun ku pasak dalam hati. "intansurullah hayansurkum, wayutsabbit aqdaamakum!"

masih ada satu kertas exam yang perlu ku tempuh.

ini jihad ku. agar aku tidak menjadi fitnah kepada agamaku.

tolong doakan aku!

pesananku, walaupun bukan selayaknya aku memberi. biar kita hebat dalam segala bidang. agar kita tidak dipandang rendah. agar tidak ada yang berani memperkotak-katikkan agama kita.

p/s : agak terkilan tak dapat pergi debat Royal, mungkin ini yang terbaik buat aku. Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.

p/s2 : entri ini dah terperap dalam draft dah 5 hari. akibat dari internet yang amat mencabar kesabaran diri. maaf la yer.lama tak update.

Saturday, October 31, 2009

+kejayaan itu milik kamu ke?+

Assalamualaikum,

Bila tiba musim exam, ramai yang resah gelisah. Padahal sebelum ini tidak pernah pun begitu. Maka normal lah dia berkelakuan begitu. Exam kan menentukan result. Result itu pointer, pointer membantu untuk posting kelak. Maka ramai yang “struggle” bagai nak rak. Bagai exam itu segala-galanya. Sampai ada tetinggal solat, bacaan quran tah ke mana. risau tak sempat nak habiskan sukatan bacaannya. Hubungan dengan ALLAH semakin jauh. Tidak ke kamu tau? ALLAH yang berikan kejayaan. Maka hubungan dengan ALLAH perlu dijaga bukan?

Tapi ramai yang tak sedar. Dia fikir kejayaan itu hak mutlak dirinya, usaha itu nombor satu, hubungan dengan pencipta tak tahu dia letak nombor berapa. Sila jangan silap paham, bukan aku menidakkan usaha, tapi usaha perlu seiring dengan doa dan tawakal. Di samping berusaha, maka perlu untuk mendekatkan diri dengan khalik. Maka barulah ALLAH sayang. Bila ALLAH dah sayang, maka mudah IA untuk memberi. Tak begitu?

Hei3. Kamu… sedarlah.

Terngiang-ngiang di gegendang telinga, kata-kata seorang ustaz. ALLAH sentiasa menunggu untuk hamba-hambanya memohon kepada-NYA, di satu pertiga malam. Memohon apa sahaja. Tetapi seringkali hamba-hambanya angkuh dan sombong. Tidak mahu meminta. Sedangkan jika ia meminta, TUHAN akan bagi. “Allah tidak megubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri (QS)”. Maka betul bukan? Minta saja, jangan sombong. Tapi kena beradab ok. Kerana DIA pencipta kita.

Betulkan balik niat kita, exam itu kerana ALLAH, buka kerana pointer, bukan kerana ibu bapa, lecturer, kawan-kawan dan sebagainya. Allah itu yang utama, maka yang lain menyusul kemudian. Baru berkat. Mak selalu pesan, “kalau abu gagal tidak apa, yang penting abu dah usaha, dan kebergantungan dengan Allah itu kena sentiasa, jika abu gagal, dan itu percaturan Allah yang terbaik. Maka terimalah. Dan jika abu lulus, maka itu juga percaturan Allah yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik buat abu”. Aku semat kuat2 kata-kata mak, agar aku tak mudah kecewa jika aku gagal.

Selamat menempuh peperiksaan buat warga UPSI. buat yang terbaik. InsyaAllah kejayaan menyusul kemudian!

"jika rebah, bagun sendiri!"

Sunday, October 25, 2009

+kadang-kadang ia mengajar kita+

Assalamualaikum.
moga2 dirahmati Allah buat semua.

dua tiga hari ini agak banyak perkara yang berlaku, dan kehidupan aku juga agak sibuk. sampai kadang-kadang terleka dibuatnya. namun ku berterima kasih ada juga insan-insan yang prihatin, yang datang mengetuk hati ini agar kembali sedar. tidak boleh lalai lama-lama, nanti bersorak sorai si durjana.iblis dan syaiton lah. tentu!

banyak juga perkara yang ku belajar minggu ni, cuma tunggu aku amal atau tidak. dan ku mohon kemudahan dari Allah, agar permudahkan segalanya. RABBI YASSIR WALA TUASSIR! kadang-kadang Allah nak tegur kita, bukan dari cakap-cakap manusia. tapi dengan perbuatan manusia pun kadang-kadang kita rasa ditegur. betapa lalainya kita. suatu peristiwa, apabila melihat si adik kecil rajin sungguh turun ke surau, sebelum tidur melakukan solat hajat di surau, tiba-tiba hati kecilku berbicara, aku agak kurang turun ke surau kebelakangan ini. sibuk sangat dengan urusan dunia. sampai rumah Allah pun jarang-jarang nak turun. sedangkan si adik kecil itu lebih muda dariku, sudah tentu dosanya kurang, tapi aku? aku terdiam. istighfar. aku rasa diriku ditegur.

sekali lagi aku rasa ditegur, tersentak rasanya, apabila abg zul berbicara dengan penuh lembut, lebih kurang begini tutur nya. " kita sering melaungkan yang kita ini, pejuang islam, kita ingin naikkan nama islam di mana kita berpijak, kita lah rantai2 penerus perjuangan islam.*diam sebentar* tapi agak janggal, apabila orang yang melaungkan kata-kata perjuangan ini membiarkan rumah Allah lenggang, tidak di makmurkan". sekali lagi aku rasa ditegur. ayat itu betul2 terkena pada batang hidung aku.terima kasih.

"amat besar kebencian Allah kepada orang yang berkata tetapi dia tidak melakukan apa yang dikatakannya"

"moga ia menjadi peringatan buat aku dan buat kamu di luar sana yang menggelarkan dirinya JUNDULLAH!"

terima kasih!

psst : jom makmurkan dan meriahkan rumah Allah!


mahk88
6.50 ptg
25 oktober.

Wednesday, October 21, 2009

+indahnya bersahabat jika disulami ukhwah+

kelas makmal bersama cik najidah.

sahabt2 seperjuangan!

setelah 12 minggu bersama. ukhwah dan kejelekitan antara kita bertambah-tambah. moga ia berkekalan sehingga ke akhirnya. seronok melakukan aktiviti bersama anda semua. semat kukuh2 nasihat yang cik najidah berikan. moga pengalam beliau memberi kekuatan dan semangat baru buat kita. jika beliau boleh. kita lagi boleh.

psst : malas nak hurai panjang2. saja nak abdikan gambar sahabat di sini.

sekian.

mahk88
1.39 pag
22oktober

Tuesday, October 20, 2009

+apa orang kata? lomo on?+

ku berkenalan dengan gadget ini beberapa bulan yang lepas. setelah bersiar2 sambil membawa popcorn ke laman sesawang di alam maya yang maha luas tanpa sempadan ini.(tdk ada pulak yang nak rebut sempadan kan) ku terhenti di blog abdul fatah. beliau ada juga bau2 bacang dengan aku. tapi tak tahu sejauh mana kebenaran kebauan bacangan itu. ah...perdulikan. bukan itu yang ingin kita bincangkan pada hari ini.

ku masih dalam proses godek2 gadget ini. amat klasik. jika tidak di jaga dengan betul, mungkin adik-adik kamu di rumah menyangka ia adalah barang mainan yang boleh direndam di dalam mesin basuh atau baldi berisi penuh air. kamera ini betul2 ringan, dan seperti mainan designya. ku juga dalam perancangan utk mengoder gadget ini di laman2 sesawang yang menjual gadget ini, kerana menurut kajian yang aku lakukan dengan bertanya kepada kawan-kawan, gadget ini amat sukar untuk dijumpai di kedai-kedai kamera,mahupun di pasar-pasar malam atau kedai ah kiong. kerana hanya yang betul2 minat saja yang akan beli, sebab penggunaanya amatlah manual dan klasikas. namun ku jatuh hati akan kecantikan dan keunikan serata ke kalsikas gadget ini.(maklumlah retro).

kamu doa2kanlah aku ada rezki lebih. nak beli DSLR, tak mampu. kamera lomo ini pun oke. dah la cantik, klasik, nilai estiteka pun tinggi.(apekah?) nanti kalau ada rezki. aku upload gambar2 yang ku tangkap guna kamera lomo ni yer. ku ulang sekali lagi. itupun jika Allah izinkan. maka doa2kanlah yer. (muka budget minta sponser)


psst : kalau nak tahu lebih tentang kamera ini. boleh lepak kat laman ini.link.

sekian.

mahk88
3.03 pagi
21 oktober

Saturday, October 17, 2009

+bila harimau mengaum+

Kuasa yang paling hebat dan agung itu hanya ada pada yang ESA, tidak ada tara bagin-NYA, kerana DIA yang mencatur segala-galanya. maka jangan kamu sombong dan bongkak, jika kamu hebat di dunia, kerana belum tentu kamu selamat di akhirat sana. jadi beringat kalau nak jalan di dunia ini dengan mendabik dada, sentiasa pandang rumput di bawah, jgn asyik pandang langit sahaja...

sekadar untuk peringatan kepada semua, untuk aku juga, dan untuk kamu yang membaca. aku sekadar ingin berkongsi minat ku yang satu ini, aku amat minat pada seni silat, kerana ia berseni indah, oh, aku terpikat!


barisan tenaga pengajar..terima kasih cikgu!


rakan-rakan seperjuangan...moga berkekalan!


pendekar katik..hehehe.

sekitar gambar penganugerahan bengkung, walau aku sekadar menjadi ahli jwatankuasa, tapi ia pengalaman yang amat menarik. seronok bekerja dengan mereka semua. persembahan yang mereka lakukan sebentar tadi amat memikat hati. membuatkan aku terus terpikat,teruja..indah seni melayu!


*kali ini biar gambar sahaja yang berbicara. tafsir sendiri oke!
sekian.

mahk88
6.29 petang
17 oktober.

Wednesday, October 14, 2009

+alangkah bersyukur ku dilahirkan normal+

lahir kita di dunia cukup serba serbi. kurang sikit2 tu tidak apa la. tapi masih cantik dan menarik. kalau sempurna sangat takut2 makan diri. dengan sedikit kecantikan dan kecukupan serba serbi itu pun ramai yang tak bersyukur. macam-macam yang di lakukan untuk tampung yang rasa kurang. sampai herot berot muka. kan dah tak cantik.

selalu aku merenung diri, banyak kelemahan dan kekurangan, tapi ku bersyukur aku dilahirkan normal, tidak hensem sikit pun tidak apa lah. Allah nak tengok bertaqwa atau tidak. bukan rupa paras yang di nilai. seperti sahabat nabi bilal bin rabbah, walau hitam dan tidak menarik, tapi dia di janjikan syuraga Allah, dan bidadari menunggu kedatangan beliau. di dunia mulia, di akhirat Allah beri lebih kemuliaan.

aku tertarik untuk berkongsi cerita yang guruku selitkan dalam pembelajaran kelas psikologi abnormal petang tadi. pada waktu itu kami belajar sub tajuk developmental disorder, iaitu masalah yang berkaitan perkembangan di awal kanak-kanak. di dalam developmental disorder ini terdapat subtopik iaitu learning disorder, dan di dalam learning disorder ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu reading disorder, mathematic disorder dan disorder of writen expression. ketiga- tiga masalah ini adalah berkaitan dengan masalah kanak-kanak yang sukar untuk membaca, mengira, dan menulis walaupun tahap umur mereka sepatutnya sudah pandai melakukan perkara tersebut.

aku namakan lelaki yang mempunyai masalah mathematic disorder ini sebagai zam yer.

situasi...
setelah habis makan di sebuah restoran.zam pergi ke kaunter dan mengeluarkan not berjumlah rm 5 dan di berikan kepada tokey kedai. takoy kedai pening kerana haraga makanan adalah sebanyak enam ringgit.

tokey kedai : adik, harga makanan 6 ringgit.
zam : ???? ada baki tak?
tokey kedai : takde baki, tapi harga makanan adik 6 ringgit.
zam : emak cakap kalau makan kena bayar 5 ringgit, dan tunggu bayaran baki.
tokey kedai : ????

tokey kedai tersebut berilah zam rm1 barulah zam beredar.

zam, menghadapi masalah mathmatic disorder, apabila beliau sukar untuk mengingati atau memahami nombor. zam mempunyai pekerjaan ,dan hidup normal, tapi apabila ada suatu keadaan yang berkaitan dengan nombor , maka dia sukar untuk memahami, seolah-olah perkara tersebut tidak ada dalam benak fikirannya. masalah ini menganggu kefungisan hidup zam. menyebabkan sukar untuk berurusan jika melibatkan nombor atau wang.

terlalu banyak, masalah atau disorder yang pelik-pelik dan kadang-kandang tak masuk dek akal, tetapi hakikatnya itu yang berlaku. ku bersyukur, aku di lahirkan normal serba-serbi, dan kamu juga patut bersyukur!

sekian.

mahk88
15 oktober
3.03 petang.


Tuesday, October 6, 2009

+cikgu kat upsi gelabah akibat isu posting+

Assalamualaikum..

Upsi tengah kecoh perihal isu posting yang dibekukan katanya selama 2 tahun, kemudian kenyataan tersebut dibetulkan oleh Timbalan Naib canselor Akademik dan Antarabangsa, mengatakan posting tidak dibekukan, tetapi kemungkinan pelajar akan lambat ditempatkan di sekolah-sekolah, dan beliau berpesan lagi para graduan perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar bila keluar nanti tak la tanam anggur memanjang dan besarkan perut kehadapan sahaja kerjanya. hehehe.

kadang-kadang bila aku fikir balik, elok juga isu ini timbul. boleh juga kita lihat siapa yang betul2 ikhlas belajar, atau siapa yang memang belajar kerana nak posting, kalau tak posting gelap masa depan. lawak sungguh aku tengok gelagat budak-budak upsi. bukan apa, aku juga sebahagian dari mereka, tapi macam tak percaya pulak rezeki tu Allah yang bagi, siap begaduh pulak budak2 ISMP dengan budak DPLI kat blog Upsi kini, tuduh menuduh antara satu sama lain. hei..mahasiswa, sedarlah.... ingat bagus ke gaduh2..rezeki tu Allah bagi.

dalam masa setahun, sebulan, sehari, sejam, seminit, sesaat, Allah boleh putarkan kembali keadaan mengikut kehendaknya. jadi jangan kecoh2. belajar sahaja dekat upsi dengan hati yang ikhlas dan jujur ok? Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segalanya, aku ulang sekali lagi, rezeki itu Allah yang bagi bukan KPM atau KERA-JAAN ok!

sila baca kenyataan NUTP berkenaan isu ini di sini.

sekadar renungan untuk semua..
firman Allah dalam surah Al ankabut ayat 2-3, Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

anggaplah ini sebagai ujian wahai sahabat seperjuangan ku di bumi Upsi ini. Allah hendak uji kita, sama ada kita mengadu padanya jika berlaku musibah, (ujian ini baru sedikit jika dibandingkan para rasul dan sahabat dahulu ), atau kita melatah sambil menunding salah kepada orang lain. ingat...sengketa bawa perpecahan. maka bersorak sorai musuh2 kita.

mohon maaf jika ada khilaf dalam penulisan. sekadar secangkir pendapat dari insan yang daif.
sekian.

mahk88
7 oktober
12.42 tgh/hari

+seronok juga sekali sekala jadi superhero+

dulu waktu budak-budak. sering sahaja berangan nak jadi superhero. suka sangan berlakon lagak superhero kesayangan. kadang-kadang sampai mimpi pun ada. berangan tak sedar diri. ingat balik rasa lucu la pulak. tapi masa itu tak berulang lagi. yang lepas, tak boleh nak ulang kembali. sekdar memori sahaja yang terpahat. ingat sambil senyum macam orang tak siuman. hahaha.

pada waktu itu tidak ada apa dalam fikiran. hanya ingat nak main. sampai ke kadang menyusahkan mak ayah. selalu buat mereka risau. bila kena marah, mula lah merajuk tak tentu pasal. hahaha. sungguh indah...

tapi bila dah besar. rasa macam nak jadi macam dulu bila ingat2 balik. hehehe. tu la manusia tak pernah nak bersyukur kan? apa yang tak ada sering di pinta2, tapi bila dah ada.... nak tengok pun tak mau..huh! manusia2.

opss...telebih mukaddimah la pulak... sekadar nak berceloteh berkaitan dengan makmal kaunseling kelompok yang ku lakukan petang tadi bersama rankan. seringkali kami bermain2 dalam makmal. lagak seperti kanak-kanak. bukan apa. sekadar untuk merasa jiwa kanak-kanak dan jiwa pelajar sekolah kembali, agar senang untuk melaksanakan modul yang kami cipta dengan izin-Nya untuk pelajar di sekolah kelak. aktiviti yang dijalankan oleh sahabatku khairul telah mengimbau kisah di zaman silam. tatkala hingus ku masih belum kering. hehehe. jom tengok apa yang aku buat di dalam makmal...

sila senyum dan diam2 sahaja ok?


aktiviti tutup mata sambil bawa guli...sian kena buli...


oo..yeeahh..naruto datang...kagebunshin...hahaha.


ni kalau goku tengok..komform dia nangis. punya la burokk...ngeh3x...


ni aku tak tau....bf puca katanya..ala katun ninja tu.. hahaha.


doremon..tolong aku. kata nobita (sila buat muka desprate...)


hero malaya..apakah??


psst : entri ini tidak serius. sekadar nak berkongsi bersama kamu. jadi jangan ambil serius.
pssst : sila ambil yang tersirat. yang tersurat letak tepi.
pssssst : ini lah yang akan jadi kalau budak kaunseling masuk makmal.
psssssssst : tiba2 rasa macam nak jadi herooo.....

sekian sahaja.

mahk88 7 oktober 2.29 pagi

Friday, October 2, 2009

+berlapang dada+

assalamualaikum.

dalam hidup ini jangan tipu jika kita tidak diuji. Allah akan uji Hamba-hambanya yang beriman, untuk mengetahui sejauh mana Hambanya itu dekat dan beriman kepada-NYA. dalam surah An Nuur 24:22, Allah berfirman " ...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, Apakah kamu tidak suka Allah mengampuni mu? Dan Allah maha pengampun dan maha penyayang"

berlapang dada lah dengan apa yang berlaku, terimalah kekurangan dan kelebihan yang ada pada aku, kamu dan mereka untuk sama-sama menjadi cerminan diri. orang yang sukar untuk berlapang dada selalunya sering terperangkap dengan masalah kehidupan yang dicipta sendiri. terimalah teguran dari orang lain kerana ia ada benarnya. Pokok tak kan bergoyang jika tiada angin yang bertiup...

kejadian yang berlaku terhadap aku betul-betul menyentak perasaan. sungguh terkesan di jiwa, walaupun di mata orang lain amat kecil, namun permasalah itu adalah pemula kepada masalah yang lebih besar, jika aku yang memahami ini tidak sensitif terhadap perkara ini, maka malang buat aku. terima kasih buat sahabat yang menegur. aku berlapang dada. kerana itu yang sebaiknya.

" Ya Allah jika ini jalan yang terbaik KAU sediakan untuk aku maka permudahkanlah, namun jika ia bukan yang terbaik dan akan merosakkan aku, maka sasarkanlah dan hindarkanlah aku daripadanya"

psst : siapa yang belum selesai puasa enam sila buat yee...


mahk88
14 syawal
2.31 pagi

Sunday, September 27, 2009

+tanya sama hati+

bila tanya sama hati. selalu saja dia dolak dalik. ada saja alasan yang nak diberi untuk tutup khilaf. kenapa kamu sukar sangat nak jujur? sakit ke bila berkata yang benar? ikut hati kata orang binasa. jadi cabut saja hati itu. letak tepi. ganti dengan plastik. ok tak? eh..itu cara bodoh namanya. itu orang yang nak cari jalan senang. cara selamat untuk selesai satu perkara.

jadi?
cabut hati, cuci dengan klorox kemudian masukkan balik..mustahil bukan? bagi kamu yang logika , tapi tidak bagi yang Esa. dua kali Baginda Rasul dicuci dan dibersihkan hati. tapi bukan dengan klorox ya. Tapi dengan air zam-zam. itu kerja Tuhan, jangan persoalkan.

dari hati segala macam boleh berlaku. yang baik, yang tak baik, yang sedang2, yang teruk sangat pun boleh. jadi sama-sama muhasabah. nak bersihkan hati ada cara. rasul dah ajar. dengan mengingati Allah hati-hati akan tenang. basahkan dengan zikrullah serta selawat kepada baginda junjungan nabi.

moga hati kita sentiasa tenang. jangan selalu tanya pada hati. tapi tanyalah pada iman. kerana itu yang akan memandu kita ke jalan yang benar. yang Allah dan rasul redho.


*hatim ajwad dan fatimah zahra, hati mereka masih putih bersih!

sekian.


mahk88
8 syawal

12.15 malam.


Tuesday, September 15, 2009

+perpustakaan+

salam ramadhan dan hari raya yang bakal menjelang.moga dah topup apa yang kurang. ramadhan datang setahun sekali. tak tahu tahun depan kamu jumpa lagi. mati itu pasti bukan?

cuma nak maklumkan, yang aku update blog di perpustakaan UPSI, menggunakan PC di perpustakaan UPSI. ajaib bukan? bagi aku, dan bukan kamu, jarang aku lepak sini berlama-lama. takut orang kata aku nerd atau ulat buku. risau juga bila ditanya keputusan peperiksaan. sebab kata orang, yang duduk libry lama2 ni selalunya dapat dean list? betul ke? kamu yang cakap. bukan aku. tak terlibat ok!

*entry ini agak berbaur kosong dan tiada motif, sila maafkan penulis. sengaja meninggalkan wasiat sebelum pulang ke kampung yang tidak ada teknologi jalur lebar. maka seminggu tak berupdate la blog ni.(bukan perkara biasa..hehehe).

**Mohon maaf zahir dan batin, luar dan dalam kepada semua sahabat, rakan-rakan sedarjah rendah, tinggi, dan seuniversiti, begitu juga sahabat bloger(mana tau ada terasa baca entry aku). maaf la yer, jemput la datang rumah rayer nanti. duit raya jgn lpa bagi tau.

***sekadar nak beritahu yang aku lepak di perpustakaan sebenarnya...ajaib3x.


mahk88
26 ramadhan
11.27 pg

Friday, September 4, 2009

+taujihad diri+

manusia memang sukar untuk sedar, tetapi beruntung bagi mereka yang sedar selepas diketuk beberapa kali. penangan "sepak terajang" ustaz azlan kepada hati/jiwa aku sebentar tadi begitu terkesan. semacam ada satu semangat baru yang tiba-tiba berlari2 masuk (cepat bukan?). moga2 makanan jiwa seperti ini selalu aku dapat ( ya Allah permudahkanlah!).

betul kata para ulama, jiwa ini perlu diberi makan hari2, jka tidak kurus melidi mereka, hatta dalam madrasah ramadhan sekalipun. jika tidak, senang sungguh si nafsu menyucuk2 agar membuat mungkar.

seperkara yang betul2 memberi kesan, "kita boleh berbicara tentang islam, tentang jihad, tentang hadis dan sunnah, tapi bila waktu ingin melaksanakan, semua kecut perut, bacul, penakut..." tarbiah yang paling berkesan ialah praktikal setelah tahu!


pssst : jangan jadi mahasiswa seperti katak bawah gelas!


mahk88
3.07 pagi
15 ramadhan.

Wednesday, September 2, 2009

+dalam bersahabat+

orang kata,
semakin banyak kawan.
semakin banyak musuh.

ye ke?



indah bersahabat jika dasarnya iman!

........................................................

"dan boleh jadi kamu tidak menyukai kepada suatu perkara,
padahal ia baik bagi kamu. dan boleh jadi kamu suka kepada
suatu perkara padahal ia buruk bagi kamu"
(al-baqrah 216)


mahk88
1.47 ptg.
13 ramadhan

Monday, August 31, 2009

+Fatimah Az-Zahra aku rindu kamu+


tawa riang....

senyummu,
rengek manja mu,
keletahmu,
mata, mulut, hidung, dahi..
semua terbayang.


buat aku rindu kamu.
tak sabar nak pulang,
untuk dakap kamu!

moga menjadi mujahidah kelak!
pembela agama.


alahai..comelnye...


indah wajahnya...



*syahdu teringat kepada fatimah.

...................................................................

ayah cik pulang nanti bawa baju untuk fatimah ok...


mahk88
1.33 pg
11 ramadhan

Sunday, August 30, 2009

+hening subuh+

hening subuh mengitngatkan aku kisah lalu, menggamit rindu pada mereka yang jauh, namun atas dasar pejuang maka sunnatullahnya adalah berkorban, maka berjauhan itu adalah perkara biasa.

melunaskan tanggungjawab sebagai daie dan penuntut, mehnah dan tribulasinya amat banyak, maka dalam hening subuh, aku hanya mampu mengenang dan terkenang, saat dulu-dulu tika aku tidak diwasilahkan. sungguh indah, namun nikmat sekarang tidak terkata manisnya!

p/s : selamat hari lahir buat sahabatku, Abdul Fattah Naim. moga dengan panjang umurmu, maka meningkat iman dan amalmu!

*berteleku bermunajat.


mahk88
5.29 pg
10 ramadhan.

Friday, August 28, 2009

+alhamdulillah+

pelajaran dari Allah itu amat berharga dan asbab nya adalah dari manusia. jika aku memandang dari aspek itu maka alhamdulillah.

selesai sudah forum perdana sempena bulan kemerdekaan. maka alhamdulillah. penangan yang hebat dari ustaz Anhar bin Opir dan ustaz Mior Isfandy. menusuk terus dalam jiwa. Diskusi berkaitan dengan kemerdekaan. adakah kita sudah merdeka? seperti laungan keramat tunku dahulu? maka aku rasa ada suatu kesilapan jika kita kata merdeka. kerana hakikatnya kita belum merdeka.

rupanya jarum si laknatullah, sudah bermula tika perang salib lagi. apabila salah seorang pembesar mereka ketika itu berkata, jika kita ingin jatuhkan empayar islam. maka jauhkan mereka dari Al-quran dan hadis. jgn sesekali angkat senjata dengan mereka, kerana kita pasti kalah. maka saraf la jawapannya. nauzubillah, jika ini berlaku di era globalisasi ini. maka tidak ternafi, kita masih di jajah. secara senyap menyusup dalam jiwa.

bila tersedar, rupa-rupanya kita sudah terjajah. nauzubillah.

Alhamdulillah jika sedar.!

*terima kasih yang hadir ke forum tersebut, dan kepada adik2 rexko saya. terima kasih atas kerjasama anda. moga Allah mebalas dengan rahmat ramdhan kareem.!


wasalam.


mahk88
8 ramadhan 1430h
3.30pg.

Monday, August 24, 2009

+ramadhan bulan koreksi diri+

assalamualaikum.

sudah lama aku tidak update.
baik tak yah ada blog,
kalau tak nak update.
itu kata kawanku yang tak berapa nak kawan.
tapi kawan la juga.

tinggalkan itu bersama angin lalu.
.................................................................................

orang puasa, kita pun puasa.
tau tak puasa itu apa?
sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga?

kalau di tanya,
mesti dapat jwab.
ikut bahasa buku pendidikan islam.

tapi roh ramadhan itu,
ramai yang tidak rasa,
ramai yang tidak dapat menyelami,
ramai yang sama sahaja perangai,
fi'il tak juga berubah2.

puasa2 juga,
mengumpat tak tinggal.

puasa2 juga,
merokok makin banyak tika berbuka.

puasa2 juga,
berdua2an bukan muhrim itu mesti.

puasa2 juga,
perkara mungkar seiring sejalan.

sedangkan bulan puasa ini,
syaitan iblis dirantai.
disekat dari menggangu manusia.
mengapa banyak perkara mungkar berlaku?

*koreksi diri di bulan berkah.
...................................................................................

kepala aku ligat berfikir..
apa aku akan berkesempatan kiamat?

oh aku tidak sanggup,
moga ini bukan petandanya.

*diam tak mampu berkata.sigh~~



mahk88
8.36 mlm
4 ramadhan

Friday, August 14, 2009

+mungkin kejadian ini menyebabkan ada yang rasa dia ditembak di bahagian jantung+

assalamualaikum.

moga-moga kita dijauhkan dari hasutan syaitan yang direjam.

satu kejadian telah berlaku di masjid tanjung malim.
kejadian yang ku rasakan wajar dilakukan.
bagi membuatkan mata2 mereka yang buta.
terbuntang luas.

berikutan dari entri aku yang lepas.
berkenaan konsert pesta konvo di upsi.
dan aku menjangkakan perkara ini akan berlaku.
iaitu sindiran sinis dari pihak masjid tanjung malim.

tapi aku rasa itulah suara warga penduduk tanjung malim.
yang tak rela bumi kandung suluh budiman di cemari dengan acara sedemikian.

manusia memang sukar untuk belajar dari kesilapan.
sering buat benda yang sama.
hatta acap kali ditegur.

sedangkan sesi yang lepas jga.
ada konsert dianjurkan sempena pesta konvo.
dan ia telah ditegur ketika khutbah jumaat.
tak jga pandai sedar2.

dan kali ini,
pihak masjid menegur sekali lagi,
dengan edaran fliers di masjid tersebut.

ni la fliers tersebut.(klik utk imej besar*)

aku berdoa moga2 mereka sedar.
dan aku rasa,
pasti ada yang rasa seperti ditembak di bahagian jantung kan?

sakit tak?
macam tu jga rasa sakit ati aku.
tgk korang buat konsert!

jgn la cemarkan konvokesyen upsi dengan perkara sedemikian.

mohon maaf jika ada yang terasa.
kerana itu hadir dari lubuk hati.
insan naif dan daif.


wassalam


.the end.

Wednesday, August 12, 2009

+alahai..anak kandung suluh budiman+

salam.

hari isnin ada konsert jac.
hari ni pulak ada konsert faizal tahir.

mana pergi budaya ilmu?
sedangkan ini bumi kandung suluh budiman.
yang melahirkan intelektual seperti za'ba.

jika mereka ada.
malu gamaknya.

budaya hedonisme diangkat.
budaya intelektual di letak tepi.

tak tau la.
ini graduan yang bakal dilahirkan.
yang bakal didik anak bangsa

bila ditegur.
semua melenting.
semua salah.

takut2 ada yang termaki hukum tuhan!
nauzubillah!

sedikit renungan untuk para daie di luar sana.
jgn pernah lelah kerana Allah bersama kita.

biarlah sesisi dunia membenci kita,
kerana kebenaran yang kita bawa.
dan ia adalah benar si sis pencipta.
maka jiwa kita tenang selamanya.

tapi jika seisi dunia menyukai kita,
kerana kita mengikut telunjuk mereka,
dan ia batil di sisi yang Esa.
maka gundah gulana lah jiwa.


yang haq ttp akan tertegak
kerana ini janji yang Esa

wallahualam.

.the end.

Friday, August 7, 2009

+sesak+

salam.

selamat bercuti H1N1.
aku dah kembali ke UPSI.
dengan dada yang agak sesak.

aku belek2.
rupanya aku ada 2 asigment nak kena hantar.
satu hari isnin,
dan satu hari selasa.
damn!
dua2 aku tak siap lagi.

pagi tadi kelam kabut pi libry,
cari bahan tuk asigment.
sekali...semua buku rujukan dalam bahas inggeris lagi.
aduii..penin.

sedap kena pangkah ngan kawan aku,
katanya kalau nak buku bahasa melayu,
jgn masuk universiti.
ahaha.

lepastu berlaku la sesi sekeh menyekeh.
kurang hasam betul!
hohohoh.

punya main best cuti seminggu,
tak buat apa.
dngan alasan yang tak ble blah..
"bahan takde...."

sungguh kurang hasam kan?
sekarang..
padan muka la jawabnya.
hahaha.

sila doakan kesejahteraan aku.
minta maaf wahai mata,
minta maaf wahai otak,
inta maaf wahai perasaan...

kamu kena kerja keras.
sekian!

PraSangka: jgn buat kerja tangguh2.


.the end.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,