Tuesday, March 31, 2009

+apabila aku cilok gambar org+

oleh kerana mata aku tak leh nak tido malam ni.

maka aku ngan suka hatinya nak postkan entry utk blog ku neh.
tapi jgn marah. entry malam ni agak merapu dan mugkin tidak dapat diterima oleh sesetengah masyarakat.hehehe.(abu dah mula datang penyakit merapu meraban)

aku dengan keboringan tahap cipan. maka aku merayau2 tanpa hala tuju ke blog-blog manusia yg ada di muka bumi neh. maka aku tersinggah ke satu blog manusia. yg meletakkan gambar yg boleh meleraikan segala belitan usus2 yg ada. hehehhe.

aku apa lagi. dengan suka hati. aku rompak@pinjam sekejap. gambar tersebut. utk mencemarkan blog aku yg suci bersih dari noda neh. (ye ke? macam tuan dia la kan.?)

apa kata korang layan gambor nih. pastu gelak dari pelahan kepada kuat..macam neh.
ahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.....dan seterusnya sampai perut korang pecah.


rasa nak baling tak org yg buat pengumuman macam tu? macam nak terajang laju2 je kan?

sungguh tak sopan jiran tersebut. melampau lawak yg dia buat tuh!

kepada yg belum cukup umur. tutup mata sekarang. jgn tengok.
korang rasa ada tak mana2 budak yg nak kongsi makanan ngan budak neh.
eik..sungguh keji. hahahha.

kalau korang rasa tak lawak pun tak pa. aku saja ja nak letak gambar2 tu kat sini. utk org yg tak pernah tgk. hehhe, last sekali aku nak bagi kredit kat hot pitcure. kalau korang nak bukak. klik la kat situ. banyak lgi gambar yg melucukan ada.

sory kerana aku mencilok. jgn saman aku pulak ya.

saja utk suka2.

selamat mengeringkan gusi.

wslm.

.the end.


Sunday, March 29, 2009

+monyet itu baik...!+

alhamdulillah.

baru saja pulang dari program anjuran Pusat Islam UPSI.
rasa seronok amat.
banyak perkara yang aku belajar di situ.
belajar untuk menjadi daie.
belajar untuk menjadi hamba.
belajar mengenai aqidah.
belajar tentang uslub da'wah
belajar mengenai islam itu mudah.
jgn susahkan islam itu.
agar kita mudah menyampaikannya.
agar mudah mereka menerimanya.
tapi jangan ambil mudah.
kerana ilmu islam itu luas.
perlu untuk kita selami dan dalami.

ok kita ke scene yang agak tidak skema seperti di atas.
sebab tu la tajuk entry ini agak pelik.
heheheh. monyet itu baik?

nak tau sal apa? sebab ada sekor monyet berkeliaran di tempat program aku tuh.
amat jinak. dan tidak takut ngan manusia.
pertama kali aku pegang monyet.
selama ni tgk dari jauh sahaja.
subhanallah. maha suci Allah.
sungguh aku seronok tengok telatah monyet tersebut.
bagai monyet peliharaan. siap2 tidur kat pangkuan muslimah lagi. (aku tak sempat nak snap gambar yg ini)
moh kita layan telatah monyet tersebut:

tengah makan kuih-- roti sandwich dan kuih pulut.

terima kasih ustaz. hehehe. nyam2.

tgh memburu ulat buluh. dia makan ngan lahap sekali.

fuhhh..lega..garu kat sini..pastu kat belakang pulak ye. ehehhe.

ok..last skali. bersama tuan blog yg ensem. hehehe.(monyet tu malu tgk kamera,takut kamu ngorat dia)

macam2 telatah si monyet itu.
nasib tak buat aksi sarkas. mau terkeluar segala ketawa buruk aku tu.
hehehhe. kover2 line. nanti saham jatuh.

pas layan monyet. kami ramai2 mandi sungai. pergh..best siot.
lama tak jumppa sungai. tak sempat snap gambor.
dah main air. tak ingat dah gambar2 ne. hehhee.

bermain air dengan sahabat program yg lain.
aku baru kenal mereka sehari lebih, sebilangan peserta.
tapi ukhwah terjalin begitu cepat.
seperti kenal sudah lama.
itu lah indah ukhwah islamiyah.
didasari dengan aqidah islamiyah.

terima kasih kepada semua peserta.
banyak beri tunjuk ajar kepada diri aku yg suka merapu ini.
kepada pegawai pusat islam.terima kasih percaya pada aku yg sekejap2 mereng ini.

insyaAllah. selagi nyawa masih dikandung badan.
akan ku abdi pada agama dan jalan-MU ya RABB.

syukran.jazakallah khair jaza.
wslm.


.the end.

Friday, March 27, 2009

+isu berlakon pondan..apa kata aku?+

asaalamualaikum....

Sebentar tadi aku membelek2 laman web di internet. tetiba je aku jadi rajin nak membaca surat khabar. maka aku pun klik la kat metro dan aku terbaca satu tajuk yang agak menarik perhatian aku. aku rasa dorang baru perasan kot. tu pasal la baru tulis berita pasal benda alah tu. (opppss..jgn marah metro aku hanya menyatakan pendapatan aku sahaja. hehehe.)

tajuk berita tu berbunyik bengini. "duit lakonan pondan haram". klik sini kalau korang nak baca la.(kalau tak nak bca sudah..hehhe. abaikan sahaja)

ini sekadar pendapat aku. so kalau siapa2 nak bangkang atau nak marah...silakan. (anda pondan...hahah)

surat kha-bar tu cakap duit yang diperolehi hasil lakonan tu haram sebab jadi pondan haram. maka menjustifikasikan melakonkan watak pondan adalah haram. dan duit hasil lakonan itu adalah haram.

analogi dia bagi amat mudah utk kita faham. macam ni bunyiknya:

"robinhood mencuri duit org kaya, sebab dia nak bantu org miskin. perbuatan robinhood tu tetap haram dan berdosa, walaupun niat dia baik. "

oleh itu : matlamat tidak menghalalkan cara.

jadik dari penerangan aku yang berbuih2 kat atas tu. aku nak bagitau keadaan2 yang melanggar hukum dalam berlakon yang haram. dan didiamkan oleh pihak agama. dorang tak bising2 pun masuk surat khabar. (Opsss..terlahar..hehehe...)

1. berlakon tak pakai tudung. nampak aurat. haram. (maka duit hasil lakonan itu juga haram)
2.berlakon pegang2, peluk2...adalah haram. (maka duit hasil lakonan itu juga haram)
3. berlakon..masuk kelab malam. tempat maksiat. adalah haram. (maka duit juga adalah haram)
4. berlakon, dedah aurat sana, dedah aurat sini. adalah haram. (maka duit hasil dr itu adalah haram)
5. banyak lagi sebenarnya, tapi aku listkan itu je.

kesimpulan : duit orang yang berlakon haram la ye. kalau dia pegang2.peluk2. buka aurat. masuk tempat haram. maka hasil duit lakonan adalah haram. tak gitu ustaz di pusat agama? (kenapa diam? jawab segera...)

bukan setakat berlakon pondan je. rata2 lakonan sekarang ada adegan yang haram di sisi islam. maka ia adalah haram. walaupun mesege dia baik kan?

~matlamat tidak menghalalkan cara~

aku tidak pernah menyalahkan pekerjaan berlakon itu haram. tapi perbuatan dan cara itu yg membuatkan ia jatuh kepada haram. (ini hanya konklusi yg boleh aku buat dari kenyataan akhbar tersebut.)

maka. jgnlah berlakon. hehehe.

~HARAM kata mereka~

selamat beramal.

kan elok kalau macam ni. beradab dan cantik. berlakon tapi ada batasnya.

.the end.

Wednesday, March 25, 2009

+wajah baru+

assalamualaikum...

aku gatal tangan menukar template akibat keboringan melihat tempalate lama. saja tukar angin. (jangan berfikiran kotor ye...angin monsun tropika ya..bukan angin kentut!)

jagan siapa2 berani kutuk template aku ni! (ayat ugutan...dengan gigi taring terkeluar..)
jangan cakap template ini macam template perempuan...( aku suka..simple ok!...)

semoga korang lebih semangat membaca..hahaha..(ayat komfiden..hidung kembang-kempis...)

blog aku cantik......~abu mula perasan~

chow..

.the end.

Monday, March 23, 2009

+tahniah kepada pendebat khar+

debat naib canselor....2009.

pemenang : KHAR C
usul : isu keamanan : amerika harapan dunia

usul ditolak

pendebat terbaik :baehaqi.

tahniah buat aini dan hafiz dan semua pendebat.
semoga satu hari nanti aku boleh beraksi di pentas final jga macam korang.
teringin sangat2. (hahaha..abu berangan!)
tapi aku tetap berjiwa pendebat.

aku nak wakil universiti suatu ari nanti. doakan ya!

Sunday, March 22, 2009

+kenapa manusia suka marah2?+

Assalamualaikum.

aku dah 2 hari tak menatap blog aku yang tercinta neh.
sebab aku ada ikut pertandingan debat naib canselor.
tapi aku takde mood nak cerita pasal debat tu.
sebab ada perkara lain yang memberat dekat kepala aku ne.

entry ini bukan untuk menyindir atau mengata sesiapa.
tapi sekadar ingin menegur dan mengingatkan seseorang yang bergelar sahabat.
menegur si penulis ini juga.
agar kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada sekarang.
agar kita tidak cepat marah bila datang satu ujian.
agar kita tidak cepat melatah bila ada yang lain berbuat salah pada kita.

aku faham. memang semua orang berhak marah.
dan semua orang ada perasaan tersebut.
bila di tanya.
mereka akan berkata.
"ko tak paham perasaan kami..ko tak kena..mana ko tau!"
ya..betul..aku tak rasa. aku tak kena. jadi aku tak tau.
tapi aku pernah rasa lagi teruk dari ini.
dan memang. aku mengakui aku melatah.
dan aku marah-marah.
dan aku nak.
seluruh dunia tahu yang aku amat marah ketika itu.
aku kecoh kat semua orang.
aku nak orang yang buat salah itu datang meminta maaf.
sedangkan rasulullah tidak pernah mengajar begitu.
tetapi akibatnya selepas itu.
aku lama disishkan oleh kawan-kawan.
guru pandang sinis kepada aku.
sebab aku pemarah.
maka banyak perkara yang aku belajar.
dan aku berazam tidak akan ulang perkara yang sama.
cukuplah ia berlaku sekali dalam hidup.
agar aku lebih belajar memahami manusia.
agar aku belajar macam mana nak tangani amarah.
yang sebenarnya datang dari syaitan dan nafsu yang membisikkan perkara tersebut.

sabda Rasulullah :
"tidaklah kuat gagah it dengan pegaduhan,sesungguhnya kuat gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah"
(riwayat shaikhani)

orang yang kuat.
bukan yang suka mempamerkan kekuatan.
sebab tiada nilai disi yang Khalik.
tapi orang yang mengawal diri ketika marah.
maka dia lah yang kuat.
dan besar nilainya disisi Tuhan.

aku beri satu keadaan kepada kawan2 yang membaca.
jika sekarang kita marah kepada sahabat kita.
dan kita tidak mahu memaafkan dia.
sedangkan kita tidak tahu kenapa sahabt kita itu berbuat salah kepada kita.
sama ada dia sengaja atau tidak.
dan kita biarkan sahabat kita terus dirundum rasa bersalah.

tapi ingat,
Allah tu maha adil.
dan Allah yang jadikan kita.
dan Allah tahu bagaimana nak ajar hambanya yang sombong dan bongkak.
maka tiba suatu keadaan.
apabila kita berbuat salah kepada orang lain.
dan orang itu tidak mahu memaafkan kita.
maka apa perasaan kita?
bagaimana kita nak tebus kesalahan kita.
andai tiada kemaafan?

takut2...dan aku risau..
tatkala malaikat maut sampai...
nyawa di kerongkong..
tapi tak dapat mengucap.
sebab kwan kita tidak maafkan....

sebab tu lah islam mengajar kita sering bermaafan.
dan terima orang lain seadanya.
tiada yang sempurna melainkan Allah.
semua orang ada kelemahan.
dan kita saling tampung menampung dalam kelemahan yang ada.
tapi ini yang paling sukar terjadi.
kerana syaitan telah berjanji.
ingin membawa anak adam bersamanya ketika ke neraka nanti.

kerana marah.
dua saudara boleh berbunuhan.
kerana marah.
dua sahabt boleh bermasam muka.
kerana marah.
boleh jatuh sebuah negara.
kerana marah.
satu empayar boleh jatuh.
kerana marah.
kita jadi terhina.

kerana marah.
kita boleh mendidik.
dan marah itu hendaklah kerana Allah.

tapi..selalunya.
marahnya manusia kerana hawa nafsu dan syaitan.
kerana itu sering berpanjangan.

aku rasa itu sahaja.
aku mohon maaf jika ada yg berkecil hati.
mungkin akan ada yang berkata.
"ko tau apa abu!"
tapi takpa la.
kerana mungkin itu haknya.
tapi aku amat berharap keadaan reda semula.
aku amat berharap.
kawan-kawan aku kembali bersama semula.
jangan marah-marah.
rasionalkan fikiran.
dan terima orang seadanya.
rogers mengatakan."semua orang adalah unik"
dan kita adalah unik.
maka terimalah manusia "tanpa syarat"
terimalah baik buruknya.
kerana kita juga ada baik buruknya.
yang kita tak nampak.
tapi kawan kita nampak.
kerana itu Allah jadikan manusia itu,
mempunyai kelebihan yang berlainan.
dan kekurangan yang berlainan.
agar sentiasa tampung menampung.
tetapi manusia memang selalu "buta hati"
tak nampak apa yang tersirat.
hanya ingin memuaskan nafsu amarah sahaja.

aku menulis begini bukan nak kata aku baik.
tapi sekadar menegur dan mengingatkan.
kerana aku juga insan biasa,
kerana kawan-kawan aku juga insan biasa.
kerana kamu juga insan biasa.
kerana mereka juga insan biasa.
yang sentiasa khilaf.

renung2kan....dan fikirkanlah!
aku rindu tika dahulu......moga ia cepat kembali..
seperti sedia kala.

mohon maaf.
jazakallah khair.
wslm.

p/s : maaf jika entry ini menyesakkan pemikiran sesiapa.


.the end.

Friday, March 20, 2009

+abu kenapa?+

Ada orang cakap abu dah buat orang sakit hati dengan dia

Tapi abu cakap dia tidak tahu...

Dan orang itu cakap abu fikirlah dan muhasabah diri.

Tapi abu cakap dia bukan malaikat.

Yang tak buat salah.

Dia manusia biasa yang akan buat salah.

Tapi dia cakap dia tak boleh maafkan abu.

Abu cakap tidak apa.

Yang penting abu nak tau apa yang abu buat menyebabkan dia marah.

Abu tak ingat.

Sungguh abu tak ingat dan tak sedar,

Abu ikhlas. Abu cakap dia tak main2.

Abu cakap kalau abu buat salah.

Kan elok kalau orang tu tegur.

Supaya abu tak bualagi.

Supaya abu sedar yang dia buat tu salah.

Yang dia buat tu orang tak suka.

Tapi orang tu langsung tak bagitau.

Orang tu langsung tak cakap.

Abu jadi bingung dan bengang.

Abu rasa risau.

Bila abu tanya dia siapa.

Dia tidak mahu beritahu.

abu cakap kepala dia makin berat fikir.

Makin sakit rasanya.

Mungkin orang tu nak suruh abu rasa bersalah puas2.

Baru terbalas rasa sakit hatinya tu.

Tapi abu cakap abu tak kesah.

Sebab abu tahu.

Kalau orang tu adalah kawan yang baik.

Mesti dia tegur abu buat salah.

Supaya abu tak buat salah lagi.

Kecualilah kalau dia bukan kawan abu.

Abu masih mengadu dia rasa berat dan tidak senang.

Sebab ada orang marah kat dia.

Lalu aku kata kat abu.

“ala..biar je la..dia tak nak bagitau..abu sabar ye..”

Maka abu cuba pujuk diri dia.

Akhirnya abu diam.

Malas nak berkata-kata.

Mungkin kata-kata kadangkala boleh menyakitkan orang kata abu.


huhuhuh..muka sedih..(lebih kurang begini muka abu)


Abu sempat pesan kat aku, dia cakap macam ni:

Eh, kalau abu suka sakitkan hati orang.

Mesti dah ramai yang akan marah abu kan.

Tapi abu mmg tak seda telah sakitkan hati orang.

Dan abu tidak suka sakitkan hati orang dan disakiti.

Tapi abu sedar abu manusia biasa.

Yang akan buat salah.

Tapi orang yang tak nak maafkan orang lain itu lagi teruk rsanya.

Sbb tak mahu maafkan orang yang bersalah.

Abu cakap. Dia nak tanya kat orang tu.

Orang tu tak pernah buat salah ke?

Dan apa perasaan dia bila dia buat salah dan orang lain tak nak maafkan.

Mungkin hati dia dan abu tak sama.

Tapi abu sekadar nak tanya tu je kat dia.

Ingat kita manusia........itu pesanan abu yang terakhir.

Abu terus bersalam dengan ku, dan berlalu pergi.

Dari jauh. Aku tengok abu makin mengecil.

Dan akhirnya hilang dari pandangan.

Aku geleng2 kepala.

ntah..apa aku nak cakap ngan abu tu.




.the end.

Wednesday, March 18, 2009

+Aku agak lega+

fuhhh..aku sudah mampu untuk menarik nafas lega. (jgn jeles ek!)

tugasan hanya tinggal dua sahaja yang perlu di submit. (horreyyy)

jiwa agak lapang dan gembira serta senang hati.

pagi tadi baru dapat bercakap dengan kawan lama yg baik. hati agak gembira. sudah lama tidak berbual dengannya.

walaupun hari sabtu, ahad, dan isnin ini aku ada pertandingan debat naib canselor, tapi aku agak tidak risau. aku tidak tahu kenapa. mungkin aku tidak pikirkan sangat kot.(sebab rasanya tidak ada harapan menang..team semua hebat2 belaka...)

tapi tak kesah la. yg penting mode aku amat baik. dan aku amat gembira.

Sorylah..penulisan aku kali ini agak skema dan membosankan. aku tidak tahu kenapa mode aku baik hari ini, tidak ada roh untuk merepek. hehehe.

Leganya..nah aku hadiahkan senyuman yang paling manis tuk kawan2 blogers aku terutama skali penjenayah merah jambu. jgn sedey2 oke.hehehe.

.the end.

Monday, March 16, 2009

+Ada apa dengan pangkat?+

Assalamualaikum...

Ini entry yang menyindir..sila jgn baca kalau tak suka. (ugutan!)

korang pernah tak sebut nama orang tanpa pangkat yang dia ada, seperti dato', DR, Tan Sri dan sebagainya?

Peristiwa ini berlaku semalam, mungkin orang pandang remeh. tapi aku rasa ia agak besar dan mengguris perasaan ini.(cewaaah...abu mula sentimental..oppss..kembali serius sekarang..!!)

Kelas semalam terus terang aku rasa amt bosan. tapi aku gagahkan diri belajar subjek tersebut. kerana ilmu, aku sanggup,dengan keadaam kelas yang bising. aku taahkan hati. (kelas kenegaraan..siapa yang tak mengantuk wehhhh!!)

maka pada malam itu aku dan rakan-rakan a.k.a kroni aku "terpaksa" membentang tugasan yang diberikan.

ok2..meh kita jenguk apa perkara yang mengguris perasaan aku ne...

pertama : kelas amat bising..macam langau hurung t**k l***u. ( aku sangat geram!!). tapi aku masih dapat terima lagi kebisingan tersebut. sebab mungkin mak bapak dorang tak ajar kot kat rumah, macam mana nak diam dalam kelas waktu orang lain tengah membentang. (aku tak tau la mcm mana dorang jadi cikgu nanti..jgn salahkan murid bercakap dalam kelas waktu mengajar...sebab korang pernah buat benda yang sama!!ada paham!!!)

perkara itu aku masih tak kesah. apa yang aku kesahkan apabila ini berlaku....korang baca ye. pastu paham2 sendiri la....

ataullah : Diperkenalkan oleh DR Mahathir...bla..bla..bla...
pelajar dalam kelas : ehh..bukan..Tun..Tun..Tun...(buat bunyik langau...)
ataullah : Oh, ok...Tun Dr Mahathir mohammad..bla..bla..bla...

aku bermonolog dalam hati : wehhh..itu pun nak kecoh ke?? pasal pangkat tak disebut. geram aku!

bukan aku tak hormat kat Tun Dr Mahathir Mohammad, tapi agak2 la. cba aku sebut Nabi Muhammad s.a.w. dan aku rasa mmg tiada seorangpun yang akan bising macam langau atau tegur sahabat yang lain supaya berselawat keatas nabi jika nama baginda disebut.

kesimpulannya. aku amat geram. itu sahaja aku nak cakap. pangkat hanya di dunia. yang membezakan kita iman dan taqwa. (oh abu jadi ustaz kembali..sekarang berada dalam mode baik)

fikir2kan dan renungkan. tepuk dada tanya iman.

p/s : siapa yang terasa. aku mintak sory nek lorry...kalau dah terasa tu..len kali jgn buat lagi. dah gua mau chow dulu. wslm.


.the end.

Sunday, March 15, 2009

+aku nak itu dan ini+

~baik korang bagi apa yang aku nak~(ayat yang sungguh memaksa...hahaha~terutama kepada sufi~)

akibat dari tag yang diberi..maka aku menjadi seorang manusia yang demand!hahaha.

sufi...meh sini baca jawapan yang merepek dari aku. harap2 semua yang baca dapat salin dan pastu tunjukkan kat parent atau bos masing2 tentang permintaan aku ne,agar korang bleh belikan tuk aku? boleh tak? ( tumbuk abu sekarang...dush3..sungguh mengada...)

eh..tapi sebelum tu..ni tag beliau.
The rules are:

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours


Ok, ni repekan aku.

Benda2 alah yang aku nak/nak buat ketika birtday aku berlangsung!( ~hakikatnya tak pernah sambut pun~)

kalau yang lain tak dapat pun takpe. yg penting ni aku nak!

1. sekor anak harimau warna putih!( aku nak menatang ni dari sufi!~kedemandnan bermula~)

2. aku nak kek 15 tingkat! ( ni aku suh si hafiz bagi~dia kan pandai masak~)

3. nak mandi kat laut mati...supaya bleh terapung. (sbb aku tak pandai berenang...ni uncle ab yg kena bawa aku ke sana..lalala)

4. aku nak korang temankan aku daki gunung berapi krakota..( ne, fawez yang kena tunaikan!..hahaha(ketawa nada jahar) .padan muke ko pawiz)

5. Aku nak jadi kanak-kanak semula...( siapa2 yang volenteer? angkat bulu ketiak..hahaha.)

6. Aku nak bercuti kat gaza ( ada siapa2 yang berani nak join? meh suport duit tambang aku..)

7. aku nak orang nanyikan lagu tem besday aku. buleh?.. lagu pejal tahir...( siapa suara sedap..sila tampil kehadapan..bayaran 2.5 sen akan diberi..)

8. Aku nak makan daging unta dan kuda..( mengidam neh...ain ngan neem bleh belikan tuk aku tak?~buat muka kesian~)

9. Aku nak majlis besday aku ne, dilangsungkan dengan penuh protokolnya...iaitu di istana raja. (buleh ke? ni serahkan kat AJK protokol..penjenayah merah jambu. buleh atau tak ko kena buat jgak!)

10. for the last but not list, aku nak jet concorde....nak pi melancong ke bulan! ( aku nak tidor sana dua tiga ari... aku serahkan kerja ini kepada kakak cumel a.k.a sehat..kak nadiaa..hehehe. tak kira nak jugak (buat2 muka ketika umur 2 tahun))


sekian sahaja permintaan saya sempena ari jadi saya yang akan datang.... jadi aku nak interpreme hari jadi aku ne..tarikhnya ialah pada ------->


1 JULAI 1988


jadik..paham2 je lah..aku nak tag orang balek la ne.. (buat muka jahat!)

1. Neem
2. Kak Nadia
3.Kak bibah
4. Syeera
5. Kamarudin.
6. cukup sekadar itu..hehehe.

selamat menjawab tag aku dengan jayanya...babai.

.the end.




Saturday, March 14, 2009

+aku dapat anugerah!+

assalamualaikum..

aku nak bagitau. aku dapat award! hahaha.
bangga neh (hidung kembang kempis...macam ni O0O0O)
award ni dianugerahkan oleh seorang manusia bawah umur belum baligh a.k.a dzul (intonasi gurau..ko kena paham tu!)

inilah award yang diberikan....

timbul persoalan..rock-kah blog aku?

maka aku ditugaskan memberi ucapan..
maka kesengalan ucapan tersebut pun bermula...

bismillahirrahmanirrahim...

ada ubi ada batas,
ada lori ada bas,
ada lampu ada kipas,
lain hari aku balas,
dengan award yang berdas-das.

(akhirnya aku berjaya buat pantun 5 kerat!ada ke?)

sekian sahaja ucapan hari ini, terima kasih kepada dzul . dengan award itu menceriakan lagi blog aku neh! hahaha.

tenkiu zul..muah3x...(aku bukan gay!)

oh aku lupa sesuatu, patut tidurku tidak senang semalam
aku lupa nak forwardkan award ini kepada kawan-kawan aku yag lain(kenapa ayat aku skema pagi2 buta ne?)

aku nak bagi award ni kat..

1.fawiz the sengal
2.Uncle ab the chili mouth
3.sufi the jiwang(betulke?..matila aku oleh sufi...)
4. Hafiz the Diva (uweekkk)
5. penjenayah merah jambu the kerepek dan merepek.(ini betul!)

itu sahaja. selamat berbahagia...

.the end.

+sekitar Minggu Eksplorasi Islam KHAR+

Assalamualaikum..(muka serius)

entry ini adalah entry serius, jgn gelak! (muka garang...macam singa jantan lepas mengawan..)


Minggu ni kolej kediaman aku adakan program Minggu eksplorasi Islam (MEI), dan aku dengan gatal kaki dan tangan telah mendaftar dan memberi nama kepada penyelaras program untuk menjadi sekretariat a.k.a AJK program. maka aku diletakkan di bawah sekretariat Tajaan dan Pameran. setelah 2 minggu gerak kerja aku bermula dengan perit dan jerit ( jgn betulkan kesalahan ayat ini!), maka tibalah saat petang tadi jam 2.30 hingga 5.oo petang adalah slot yang perlu sekretariat aku kendalikan, iaitu slot BENGKEL KHAT DAN KALIGRAFI ARAB. bengkel tersebut berjalan dengan jayanya..walaupun ada beberapa masalah yang melanda...(biasalah tiada yg perfect..~ayat kover line~)

ni gambar sepanjang bengkel Khat tersebut. layan je la ye....

nama penceramah (korang baca sendiri~khat nasakh~)

pesrta program ngah tekun tulis khat

khat yang ditulis oleh sekretariat aku (khat hentami ke ni yanie?~jgn marah~)

antara tulisan khat yang mencuit hati aku dan mengkagumkan aku..layan...









nama aku yg dikhatkan oleh aku..eh silap. oleh penceramah itu...thanks ustaz!


sekian sahaja keseriusan aku kali ini, maka akn disambung kembali segal repekan itu di masa akan datang dan selepas entry ini..hehehe.

ok..selamat belajar khat....INDAHNYA SENI ISLAM...

.the end.

+tag yg merepek dan kelepet!+

Adakah benar ini personaliti aku? (abu mula ragu2 terhadap dirinya sendiri..oh tidak..!!)


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.( ini betul..hahaha.)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes. ( ini pun agak betul...jadi sepa nak kat aku paham2 jela..ada ke yg nak? abu kuat perasan!(ayat syeraa)...hahaha.)

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person. ( ini agak ragu2..agak malu utk mengaku yang satu ini!)

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with? ( ini amat tidak benar sekali! ia adalah fitnah tag ini! arggghh..jgn terpedaya ya..)

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job. (ini kadang2 saja..tapi hakikatnya aku amt rajin menelaah buku pe-la-ja-ran.... muntah kat abu..uwekkk)

The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success. ( ini pun agaknya fitnah kot!~main jalan selamat agar masih laku~)

How do you view success:

Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working. ( tak betulll... im prefer my time with my god first..~abu mula menjadi ALIM~)

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you. (NO-NO....im realy independence one..~abu buat muka MACHO~)

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve. (ni aku suka..tapi yg terperangkap dalam dilema tu aku tak suka..itu tak betul~muka bersiar2 sambil senyum sempurna~)

Segala yang benar itu adalh benar..dan yang tak baik itu adalah tidak benar. jadi ambik yang baik sahaja, yang tak baik dan tidak benar mengenai diri ini, jgnlah korang simpan dalam kotak fikiran korang..nanti akan membarah dan membusuk terhadap perasaan korang kepada manusia bernama abu ini...sekian kerja menjawab tag pada hari ini. wasalam...

p/s :aku tidak ingin mengetag orang lain buat masa sekarang ini, takut mereka menyumpah aku jadi peti ais atau kereta ferari...tak mauuuuu.....bye... (selamat ko sufi..hahaha)

abu tengah pose dengan muka bangga dan ilmiahnya! ( mesti ada yg nak muntah kan..terutamanya syeraa..tapi aku tidak pedulik!)


.selamat membaca dan memerengkan kepala.

.the end.

Thursday, March 12, 2009

+terima kasih kepada syafiqah+

salam...

aku teringat waktu aku muda2.
muda la sangat!
aku terjumpa gambar aku dulu2 dalam blog kawan aku.
blog lil secret,
(syafiqah ak.a pyqunk..amat penlik nama oanggilan beliau)
teringat waktu jerawat masih kurang di muka.
waktu tengah berahi mencari kekasih hati.
a
pa yg aku merepek neh..sekarang tolong suruh abu tanggalkan kopiah beliau.


jadi aku ambil dan save gambar tersebut. tanpa rasa malu dan segan.
mmg tak pernah tahu malu pun!
pedulik apa aku, aku nak post jga gambar waktu aku ngah hensem2 dulu.
dia mula perasan kembali..sekarang baling tomato kepad beliau pulak!
mesti korang exited mau tengok kan?

jeng3....hahaha.

cba korang cari aku(klunya :org yang paling ensem..abu dah mula perasan lagi..)

selamat mencari!hahaha.

.the end.

Tuesday, March 10, 2009

+pernah jumpa enchek malas?+

aku nak tanya kat korang. pernah tak enchek malas datang menyinggah sambil memberi salam kat anda. katanya ingin singgah sekejap sahaja....

tapi lama-lama enchek malas cakap dia nak tidur.... maka kamu ikut sahaja katanya...
kemudian enchek malas kata dia mahu main.... maka kamu ikut sahaja...
kemudian enchek malas kata dia tak nak buat kerja...maka kamu angguk tanda setuju..
kemudian enchek malas kata dia nak itu dan ini... maka semua kamu turuti...

lama-lama enchek malas kata dia mau tinggal di situ selamanya..... maka kamu membenarkannya...

kadang-kadang semua perkara ini berlaku dalam diri kita.... termasuk la si tukang karut ini...(hanya pandai berkata tapi sendiri buat... abu telah mebuka pekung di dada...hahaha)

takut-takut kerana enchek malas kita jadi seperti ini.....

enchek malas sdg bermalas-malasan


p/s : aku menulis entry ini kerana utk ingatkan manusia2 yang malas.. termasuk si tukang karut ini. hehehe.

Sunday, March 8, 2009

+apabila satu makhluk perasan dia hensem+kiut+

kalau ada orang perasan hensem

perasan diri cantik

perasan diri comel

perasan diri kiut

perasan muka macam brad pitt

apa korang rasa kat makhluk tu?

rasa macam nak muntah tak? (abis la ko abu)

rasa macam nak sekeh tak... (dush...dush..dush...)

tapi kan aku ada jumpa orang perasan hensem+kiut.

korang nak tgk tak siapa?

jeng-jeng.....

korang jgn baling aku dengan kasut lak ye...



.............hehehe. lariiiiiii...............

interprame muka ( ntah apa2 tah si abu neee )


sekian sahaja repekan pada malam ini....wslm.

.the end.

Saturday, March 7, 2009

+sungguh rajin aku jawab tag!+

Sungguh rajin mereka mentagg aku. aku jawab je la yer. sowy lambat sket....layan jer la. hehehe.


1. Tanda2 kamu badmud?
Bulu kening aku akan bercantum dan timbul kedut dan kerut di dahi (amat huduh muka!)
2. Tanda2 kamu marah?
Pernah tengok badak sumbu nak marah tak? macam tu la kot! hahaha.
3. Tanda2 kamu sinting?
apabila aku mengadap laptop atau HP sambil senyum, atau time makan kaki aku bergerak2 macam nak tendang orang.

4. Tanda2 kamu malu?
Muka aku jadi merah dan badan jadi sejuk semacam.

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
Aku buat tak tau dan jerit dalam hati.....aku jelesss wehhhh... baik korang hentikan perbuatan tu!!!
6. Tanda2 kamu sedang sedih?
duduk sorang2 sambil termenung melihat matahari! huhuhuhu......
7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
aku akan senyum ngan semua orang sambil rasa diri ini terapung di udara...

APA
1. Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?

hitam+oren+hijau+kain pelikat warna biru.
2. Apa kah kamu termasuk orang yang suka shopping?
Tidak.amat malang siapa jadi isteri aku. tak sukaaaaaa!penat!!membazirrr duit aku! hehehe.
3. Apakah kamu percaya love at first sight?
tak! hehehe. malas nak explain kenapa...hahaha
4. Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
Aku nak mandi..hehehhe.
5. Apa rasa di hati kamu saat ini?

risau+nervous+bimbang+dan yg sewaktu dengannya.

BILA
1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
01 Julai 1988
2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
Sooo manyy ooo. Bila aku dapat jadi best studennt kat sekolah aku, tebeliak mata cigu2 weiiii. hahaha. sbb aku bukan la budak yg dalam kalangan cerdik. dan selalu berada dalam kategori Galus (gagal + lulus). lagi satu aku dapat buat mak ngan ayah aku bangga...dan aku dapat masuk UPSI. hehehe.
3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa?
tak ingat. lama dah tak kena marah. rindu nak kena marah la...
4. Bila kamu akan married?
sensitif ni..bila si dia dah nak kawen ngan aku la...hahaha.

BAGAIMANA
1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?
Aku buat2 tak tau dan buat2 lupa.
2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
muka aku merah, menahan malu. ahaks! haha. bersyukur la ye. muka tu masih cukup,hidung mata, telinga dan sebagainya, Alhamdulillah. thanks ya RABBB!
3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
aku akan bersedih la. huhuhuhuh. moga dapat berjumpa lagi. hehehe.
4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
Aku akan tanya dia kenapa tak suka aku. mgkin ada yg bley aku baiki.
5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api?
Ya Allah ampunkanlah hambamu ini! nauzubillah min zalik..mohon di jauhkan dari bencana.
6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
Aku akan besilat sorang2 dalam bilik. hehehhe.


sekian sahaja repekan dan rapuan dari aku. jadi aku dengan bangga nya ingin mngetagg kawan2 aku tanpa segan silu nya, walaupun dorang taknak jawab. hahaha.


Ahmad sufi (jawab ye...tag pertama dari aku)

ab (aku tau uncle tak suka...tapi aku nak bagi jgak..pedulik haperrr aku..hahaha)

helmi ( ni lagi sorang..tak suka jawab tag..tapi aku mmg suka bagi kalau orang tak suka jawab..hahaha)

neem ( selalu kena tagg ngan sy kan? sabau je la..hehehe)


dahhh..tu je kot. babai...


.the end.

+hari ini aku amat penat !+

huh! jam di dashboard menunjuk 6:56 petang. jari jemari aku ni baru rasa nak mengetuk dan menampar papan kekunci keyboard ni.

cadangnya ingin menulis entry berkaitan pidato antarabangsa yang berlangsung semalam, tapi kawan aku si fawiz dan cerita lam blog dia, malas pulak aku ingin mengetuk papan kekuci dengan benda yang sama!

aku ingin cakap hari ini aku amat penat! tak seperti sabtu-sabtu yang biasa. mungkin kalori aku terbakar lebih hari ni.

ia bermula semalam selepas balik dari PICC, waktu tu mata aku dah menjerit2 nak tidor, lebih kurang macam ni la...

anak mata : wei....aku ngantuk, aku nak tidoooo....
aku : shadap you....aku nak wat asigment sket lagi ni!

maka pada ke esokan harinya (sabtu) maka aku bangun dengan lemahnya, akibat dari tidur lewat semalam. oleh sebab ada kewajipan yang perlu untuk aku tunaikan, maka aku pergi ke bilik air, cuci muka, gosok gigi, n then amik wudhuk... pastu ngadap tuhan jap. (uhuk!alim pulak ko abu...).

maka pagi itu sekali lagi aku bermolog dalaman, aku rasa nafsu dan syaitan tengah berusaha menggoda dan menjebak aku ke lembah kemalasan sekali lagi.... oh tidakk!!!

nafsu a.k.a syaitan : weiii..ko penat, tak yah la pi kelas pengurusan ko kurikulum.
aku : mana boleh...aku kena pegi, kalau aku escape kelas, nanti anak murid aku escape kelas jgn marah pulak!
nafsu a.k.a syaitan : ala, ko bukan pernah ponteng kelas pun, sekali jeeee....
aku : ye tak ye jgak kan? (mula dah termakan hasutan).... bukan efect pointer pun, at least tiga kali tak dtg baru tak boleh amik exm!
nafsu a.k.a syaitan : tau pun, jadi tidur la balik..... best oo, tido pas subuh ni....
aku : errmmmm.... eh! tak bolehhhhhhhh!!! hari ni kawan aku si ataulah dan fini pnya program, bridget bomba, tak kan aku tak datang. kecik ati diorang nanti...aku kena datang jga kelas..tak elok ponteng.!

maka aku berjaya jga melawan nafsu aku pagi tadi, maka aku bangkit, amik perkakas mandi, n then mandi dan bersiap dengan jayanya! segar sedikit, tapi aku masih penat, mata masih ingin tertutup! ya ALLAH, kuatkanlah hambamu ni untuk pergi menuntut ilmu....(buat2 muka inoncent..)

program sahabat aku berjalan dengan jayanya, nasib aku tak boring, best jgak program ngan bomba tu.. sempat jga la aku main alat pemadam api serbuk tu... yang selama ini aku ingatkan perhiasan kat sekolah2 dan universiti! hehehehe.....(bakal ckg yang teruk!)

lepas program tu tiba pulak satu masalah, batin aku meronta2 inginkan rehat..... tapi lepas program tu aku ada kelas silat gayong! adoooiiii... lagi la kuat batin aku meronta2 minta simpati...

batin : weehhhh...tuan badan..pulang la weiiii...... tidorrr!
aku : mana boleh! aku kena pi jgak silat, kalau tak tertinggal pelajaran la aku!
batin : alahai nasib badan...... mati la kena dera pas ni...huhuhuh.

kebetulan hari ni redup, lega sikit hati aku, kalau tak ari-ari besilat tengah-tengah panas, azab ooo.... tapi ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari, aku pun tak tau la kenapa cikgu silat aku pada hari tu, agak garang.... aduhai, kena teruk lagi la aku hari ni... memang punnnn... aku telah dijatuhkan dua kali, dan punggung aku rasa sakit..adooiii..... sabau je la.. nak pandai.. kena la terima..ye kan?

lepas abis kelas aku bermonolog lagi...

aku : sabau ye, pas ni kita balik kita tidur.. boleh kan?
batin : ye la..aku dah terseksa dah ni.. penat gila.. cpat2 sket pulang...
aku : ye la.... nak balik la ni...hehehe.

sampai je kat bilik, aku solat zohor, dan terus aku landingkan badanku ke tilam yang empuk di kolej kediaman aku tu...perghhh..nikmat siot tidorr... sampai makan pun aku dah tak kesah, sebab keutamaan aku waktu itu adalah tidorrr.....

tengah syok2 tidur, tiba2 aku dengar suara orang perempuan menyanyi... seram jugak.. aku bangun la.. rupa2 nye HP aku berbunyik.. dalam hati aku berkata, sejak bila pulak aku pnya alarm tone bunyik lagu neh!???

aku tengok jam..alamak dah Jam 6 petang... nenoooooong x 4... aku belum semyang asar.. terus aku bangun dah menunaikan kewajipan.. hehehe, takut terlajak wehhh... pastu badan aku rasa ringan macam kapas, lenguh-lenguh semua hilang... apa lagi ngadap laptop kesayangan aku la...

fuuhhhhh.... sungguh. hari ini aku amat penat... kesian jiwa dan raga aku neh.... tapi dah terubat dah,, aku janji yerkkk. tak buat lagi, kalau aku buat lagi.. padan muka la yer abu!! hahaha.



.the end.

Tuesday, March 3, 2009

+aku present perkara lucah!+

assalamualaikum!(jawab,kalau tak jawab dosa....)

semalam tepat jam 8.00 malam. aku ada kelas yang amat aku sukai, dan kadang-kadang aku malas nak masuk kelas tersebut, akibat daripada akta2 kelucahan yang kadang-kadang tidak dapat dituruti dengan baik.

hatta tersebut la kisah, pada malam tersebut aku ditugaskan untuk membentang hasil kerja yang saya kira agak lucah juga. opppssssss. lupa pulak. sebelum tu subjek yang kitaorang belajar ni ialah subjek major saya yang berbubunyi seperti ini:

Delekuensi remaja dan penyelewengan sosial
3 jam kredit
Enchik Ab Aziz Yatim

oleh itu aku di tugaskan untuk membentangkan penyelewengan seksual,( merah2 muka). oleh kerana ini kerja group, so aku hanya ditugaskan untuk bentang pasal gay, lesbian, dan onani/masturbation. hahahaha. (aku malu nak bentang benda ni). tapi apa bley buat dah kena suruh, terpaksa la aku cari bahan yang kadang-kadang menyebabkan orang sekeliling aku pandang aku lain-lain. (aku tak tau diorang pikir apa.!)

maka malam kejadian aku bentang lah dengan konfidennya tanpa segan silu menyebut perkataan-perkataan yang sensitif dalam peradaban melayu. seperti tuttttta,tutttt, dan tuuuutt. hahahaha.

so aku nak share ngan kengkawan perihal onani yang aku dah bentang dengan jayanya.

1.Melakukan onani/mastubation adalah haram mengikut jumhur ulama. berdasarkan ayat ini!(Dan orang-orang yang mereka menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Al-Mukminun : 5-7). )

2. Ada ulama membolehkan melakukan onani apabila seorang suami tinggal berjauhan dengan isteri dalam jarak masa yang lama, kerana salah satu pecahan hukum fiqh, dibolehkan melakukan kemudaratan yang kecil daripada berlaku kemudaratana yang besar, maksudnya daripada si suami terjebak kepada zina, maka dia boleh melakukan onani.

3. manakala menurut ibn hanbal dan di sokong oleh ibn hazm, mengatakan seorang remaja itu boleh melakukan onani jika ada tiga perkara berikut:
- tidak mampu untuk berkahwin
- takut terjebak dengan zina
- bukan menjadi adat atau kebiasaan

3.Namun islam mengajar umatnya untuk berpuasa bagi menahan nafsu shahwat.!

lepas aku bentang, maka timbullah persoalah2 dari kengkawan aku yang mendengar, so aku nak share sket. mana tau ada yagn boleh bantu aku jawab kan. antaranya ialah :

1. pendidikan seks di sekolah? releven atau tidak?

2. macam mana dengan golongan khunsa? perlu dibuang atau tidak satu lagi kemaluannya?

3. transeksualisme, apa tu?

itu je la soalan yang sempat aku ingat dalam kepala otak aku ni. jadi pada sesiapa yang sudi, jawab la ye......

p/s : blog ini bukan blog porno, dan dikawal oleh akta kelucahan 1991(digubal oleh aku!) hahaha.jadi paham2 la ye. sebarang kelucahan tidak di benarkan!

Sunday, March 1, 2009

+kawan ke macam ni?+

kadang-kadang dia kawan

kadang-kadang dia lawan

kadang-kadang dia baik

kadang-kadang dia jahat

kadang-kadang dia buat aku ketawa

kadang-kadang dia buat aku sedih

kadang-kadang dia jujur

kadang-kadang dia khianat

selalunya bermuka-muka

selalunya senyum-senyum sahaja

tapi aku diam sahaja

mungkin itu lagaknya manusia

perlu diterima seadanya

mungkin dia tersedia untuk kita

menegur dan menyapa kala alpa dan leka

tapi akhirnya aku buat begini sahaja................buat2 muka sengal!

macam gambar di bawah.

hahahahahaha. saja melawak!

dikala boring melanda!



anak siapa la neh!

.tata.the end.

+malam+

aku boring....

aku penat....

aku pening....

sigh....

mengantuk la pulak....

tapi ada kerja perlu di selesaikan....

mata dah mula kuyu...

namun jejari masih menekan kekunci laptop....

entah betul entah tidak....

seperti ada bintang-bintang di depan mata...

aku tangkap....

opssss....terlepas...

gedebuk!!!

shut down.....offlineeeeeeee....

.the end.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,