Monday, November 16, 2009

+ketika cinta bertasbih+

assalamualaikum,

setelah aku merajinkan diri melawat blog sahabat-sahabat yang ada kat alam maya ni. sungguh banyak entri yang menceritakan tentang filem KETIKA CINTA BERTASBIH. banyak juga review telah dibuat. membuatkan hati aku tertarik nak tengok. tapi tak tahu kat mana nak dapatkan cerita tu. nak muat turun dari laman sesawang. amatlah mustahil tika ini kerana internet di rumah aku amatlah lambat macam siput berlumba dengan kura2.

Alhamdulillah, 2 hari yang lepas aku bertandang ke rumah sahabat. Abg shahir, kebetulan dia ada cerita tu. maka dengan muka tak malu, aku sedut cerita tersebut. terima kasih abg shahir. setelah melakukan sesi sakat menyakat di rumah beliau. maka aku pulang ke rumah dan terus layan cerita tersebut. hehehe. (minta maaf la yer abg shahir ngan abg akram. bukan sengaja nak melakukan onar kat rumah anda. saja bergurau.)

memang betul. cerita ini tidak mengecewakan aku. tidak seperti filem ayat-ayat cinta yang banyak lari dari cerita yang digarapkan dalam novel. walaupun tema cerita ini adalah cinta. namun pengajaran yang ada dalam cerita ini amat berguna. buat para remaja yang sering mendambakan cinta seorang wanita. jadilah seperti Saudara Khairul Azam, dalam mencari cinta syariat tidak diketepikan. ajaran agama didahulukan dari cinta. kerana sedar dan pasti, jika cinta itu tidak bersandarkan kepada agama maka syaitan yang menjadi dalang di sebaliknya. kekutan beliau dalam belajar juga perlu untuk dijadikan sebagai teladan. sembilan tahun belajar di negara orang, meninggalkan keluarga nun jauh di nusantara. hanya sekadar untuk menggenggam segulung ijazah utuk berbakti pada keluarga, masyarakat, dan agamanya bila pulang ke tanah lahirnya kelak. tepuk dada, tanya diri kita.

karektor ana athafunnisa juga digarap dengan baik. seorang gadis yang berpendidikan tinggi. tetapi rendah diri. bersederhana dalam segala hal. mencari cinta atas landasan syariat dan ilmu. tingkahlaku dan tutur katanya adalah berdasarkan ilmu. aku tertarik dengan syarat yang Ana berikan ketika Furqan malamar beliau. "aku sedia menjadi yang halal bagi kamu, dengan syarat, kamu tidak menikah dengan perempuan lain selagi aku mampu menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada mu". kata-katanya mungkin boleh melunturkan semangantsang jejaka yang mungkin ingin berkahwin lebih dari satu. tetapi kerana keyakinan berlandaskan agama dan ilmu, maka tutur katanya senang untuk diterima.

cerita ini betul-betul dekat di hati. kerana dalam keluarga ku, semua perkahwinan bukan atas dasar bercinta dan pernah berjumpa sebelum berkahwin. semuanya atas permohonan dan kebergantungan terhadap Allah s.w.t. dan ku yakin. bercinta selepas kahwin itu lebih indah dan nikmat. Setiap jodoh anak Adam itu telah ditetapkan. Maka mohonlah pada yang ESA. jika sampai masanya, maka dua hati akan Allah satukan.

p/s : remaja sekarang bercinta bagai nak rak. sampai ke dunia perkahwinan. segala kemanisan sudah hilang. sedih!

8 comments:

Syahir Mohamad said...

salam..
takdelah punya..
heheh.. semoga kita dapat mencontohi azzam.. kita boleh berusaha sebaik mungkin..
ada movie lain beritahulah..

Anonymous said...

adeh.. best yer??? nie yg rasa teringin nak tgk nie.. wakakakaka...

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

salam..
tahniah dah tgk..

pas ni jg lupa tgk sang murabbi pula...

naikkan semangat...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

abg syahir : insyaAllah. harap2 abg shair dapat jadi amcam azam. hehe.

insyaALLAH,kalaua da sasya bgtau.

sufi : best la encik sufi. tak rugi weh. 4 star. hehe.

wana : insyaAllah. ana ni moie tak update sgt. rasa nak tgk baru cari. sang enti ada cerita tu tak?
hehehe.

ninim said...

salam..abu, aku nak sedut jugak

cikgu_hilal said...

nak sedut gak..
huhuh

KhairulZamanKhobin said...

sebuah filem yg bagus.. best... dan penuh ngn moral yg patut dicontohi... 2 thumbs up.. x sabar nk tgk KCB 2

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

aini dan abg hilal : boleh je. meh pendrive.
10 ringgit sekali sedut.

man : aku tggu ko jadi pengarah je. hehehe.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,