Friday, September 4, 2009

+taujihad diri+

manusia memang sukar untuk sedar, tetapi beruntung bagi mereka yang sedar selepas diketuk beberapa kali. penangan "sepak terajang" ustaz azlan kepada hati/jiwa aku sebentar tadi begitu terkesan. semacam ada satu semangat baru yang tiba-tiba berlari2 masuk (cepat bukan?). moga2 makanan jiwa seperti ini selalu aku dapat ( ya Allah permudahkanlah!).

betul kata para ulama, jiwa ini perlu diberi makan hari2, jka tidak kurus melidi mereka, hatta dalam madrasah ramadhan sekalipun. jika tidak, senang sungguh si nafsu menyucuk2 agar membuat mungkar.

seperkara yang betul2 memberi kesan, "kita boleh berbicara tentang islam, tentang jihad, tentang hadis dan sunnah, tapi bila waktu ingin melaksanakan, semua kecut perut, bacul, penakut..." tarbiah yang paling berkesan ialah praktikal setelah tahu!


pssst : jangan jadi mahasiswa seperti katak bawah gelas!


mahk88
3.07 pagi
15 ramadhan.

12 comments:

oranglidi said...

btul2.. jgn cakap je lebat. buat nye berat.

handhalah ibnu kamil said...

syukran orang lidi....

ZAHILAL ZAHARI said...

erm..
mmenag patt kita bnyak kan santapan jiwa ni
supaya jiwa tue tak kosng jerk.

KAK TEH said...

Salam. sbb abu dok sebelah ustaz azlan kot, tu yg cpat menyerap masuk apa yang disampaikan.hehe..x der la, akak gurau aje. Apapun, seinfiniti kesyukuran, Allah bagi kita peluang untuk merasakan hidayahNYA, dengan terpilihnya kita menjadi seorang Islam yang beriman..Apatah lagi yang berada di jalanNYA..teruksan berjuang...Sabda Nabi SAW : “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memfaqihkannya (memahamkan) dalam agama.”

abuyon said...

salam Handhalah,

Benar, prakikal itulah yang utama. Konsep saya, tarbiyyah adalah 24 jam. Kalau kita lihat Nabi, ketika makan pun sempat, tarbiyyah.

Lagi, bila praktikal, yang penting - istiqamah. Sikit tak apa, tapi berterusan. Macam solat malam, dua rakaat tak apa, tapi jadi amalan.

Pengejar Masa said...

"action speaks louder than words".

tapi sampai sekarang banyak org masih terbuai dengan kata-kata...

vidadarisakura said...

ndamo jadi katak.ndamo.hee

Abdul.Fatah.Firdaus said...

bawah gelas. fuh. gelas jernih. masih boleh pandang luar. ;)

handhalah ibnu kamil said...

abe hilal : yups, rajin2 la turun surau ye.

kak teh : mungkin kot.

abuya : kita sependapat.

pm : hehehe. moga kita dijauhkan.

vivi: katak hodoh kan?

fatah : boleh nampak luar tapi tak boleh buat apa2.

abuyon said...

salam Handhalah,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik Lah..
pinta anak-anakku ..hehe

Pyanhabib said...

selamat hari raya

handhalah ibnu kamil said...

abuya : terima kasih abuya, tentang duit raya itu, mana tau ada rezki anak-anak abuya, ada umur kita jumpa boleh la bagi. hehehe.

*sampaikan salam buat anak-anak abuya. salam ramdhan dan lebaran.

pyanhabib : terima kasih kerana menyinggah, salam lebaran jga.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,