Friday, May 22, 2009

+politik2. aku mula berbicara+

Assalamualaikum.
mungkin aku dah berjangkit.
atau atas kesedaran.

tapi lbih berat kepada berjangkit kot.
dengan manusia.
bernama alang.

untuk berbicara sedikit.
pasal politik.
negaraku yg terchenta ini.

sila rujuk dua artikel ini.
dan buat analisis oke.

metro.

SLIM RIVER: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan berharap pembangkang menghormati proses perundangan itu.

"Saya bersyukur kepada Allah, dengan rasa tawadduk terima keputusan seperti juga apabila dimaklumkan keputusan Mahkamah Tinggi (yang mengisytiharkan pada 11 Mei lalu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah)," katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak cawangan-cawangan Umno Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini.


dan yang ini.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, prosiding mahkamah yang dilalui Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) sekarang berhubung isu kerajaan negeri Perak sekadar mengikuti proses undang-undang semata-mata.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, keputusan muktamad sebenarnya adalah di tangan rakyat Perak kerana mereka yang berhak membuat pemilihan yang baru, sekali gus menamatkan krisis politik terburuk dilalui negeri tersebut.

“Kami memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk memenuhi kehendak rakyat. Kita tidak akan bergantung dengan keputusan mahkamah selain dari keputusan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mahkamah ditangguhkan semalam.

Ditanya keyakinannya untuk menang, Nizar berkata: “Dari segi perundangan kita cukup yakin kerana kita sudah pun memenuhi kesemua kriteria yang dikehendaki oleh panel tiga hakim.”

Semalam, Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (BN) dan Nizar dibacakan jam 3.30 petang esok (hari ini).

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Raus Md Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Zainun Ali menetapkan masa tersebut setelah selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Zambry diwakili oleh peguamnya Datuk Cecil Abraham manakala Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah.

11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.


aku nak gelak.

rasa macam tak elok.

aku nak nangis.

macam tak perlu pulak.

ish3.

macam2 orang sekrang kan.


apa yg ada dalam fikiran aku sekrang.

Dato z bersyukur mng dgn jayanya dgn menggunakan undang2.

Dato Ir nizar plak. kalau buat lagi sekali pr. peratusan dia mng tinggi.

dan perak akan jatuh ke tangan pembangkang semula.

yeay!

ohohoh.

jgn buat spekulasi.

aku sokong mana.

itu rahsia oke.


~aku bdak bawah umur~

lalala.


aku berdoa.

agar semua ini cepat pulih.

daulah akan tiba.

Ya Allah, Bantulah umat islam.


cukup2 la bertelagah!


sekian.


.the end.

10 comments:

a.b geldofg said...

berani ko ye
kan tk pasal kena buang
heheheehe
aku tkpalah

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

hehehe.

saya tak cakap apa pun.
ikhlas tu.
erk.

lalalla.

alang said...

Manusia bernama alang? siapakah?

Politik2. Tak byk sebenarnya ahli2 politik di Malaysia. Kebanykan adalah politikus yg sentiasa merosakkan bukan untuk mengcantikkan.

neem said...

abu..

neem bosan la dgr lagu nih.

huhuh

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

alang adalah manusia yg gemok.

hahaha.

aku setuju tu alang.

aku mmg dah boring tahap cipan ngan politik neh.
huhuh.

cpt2 la berakhir semuanya,

neem :
okey. dah tukar. hehehe

alang said...

uik. Aku bukan gemuk, aku buncit sikit je.hehe.

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

alang: hohooh. nasib mengaku.

gemok = buncit.

hehe.

lariii......

neem said...

kumpulan apa dah?

oh tidak..

neem x suka sgt lagu dorg..

ahhhhhhhhh................


waaaaaaaaaaaaaaaahhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

xpe lah.

masuk blog abu neem akn mute suara.

macih2~

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

neem : adeii. group mwaddah.

kenapa neem tak ska?
best plak lagu dorang neh.

adeii.
neem nak mutee.

sob3.
sedeih.

neem said...

hhohhoho

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,