Friday, December 17, 2010

saya punya sepasang mata yang manis


mata

oh. terima kasih tuhan, kerana memberi nikmat ini kepada saya.
serius. saya punya sepasang mata yang manis. :)
dan saya bersyukur kerana itu.

saya punya sepasang. sebelah kiri dan sebelah kanan. dan saya rasa anda semua pun sama, cuma kefungsian mata untuk berfungsi saja yang berbeza. mungkin. ada yang rabun. ada yang ditarik nikmat sementara dunia. dengan kata lain buta.

rahsia saya, dan ia bukan lagi rahsia sejak kebelakangan ni. jadi bukan rahsia lah. (ha ha ha ha.. merepek .. abaikan. ) saya punya mata kiri. dan mata kiri saya rabun. adalah dalam 100 megapixel. dan saya bergantung harap dengan mata kanan. yang tahap kerabunan adalah 0.01 megapixel Almost perfect ! selama ini jika saya tutup mata kanan. maka daya penglihatan saya sama seperti orang rabun. tetapi keajaiban berlaku, bila saya buka mata kanan dan kiri. yes ! saya boleh melihat dengan baik. maka selama ini saya tidak pernah risau akan keadaan ini. saya biarkan saja mata saya yang kurang sihat ini. kerana masih ada mata kanan yang sihat dan boleh membantu saya.

but lately, selepas mata kanan saya bengkak. mungkin anda boleh lihat entry ini LINK. dan saya pada mulanya persetankan mata yang sakit itu. mungkin dalam fikiran saya, "oh..nanti elok lah ni". tapi bila menginjak hari seterusnya, mata saya masih lagi bengkak, dan saya mengambil langkah proaktif yang patut di ambil lebih awal dengan pergi ke klinik UPSI. Dr cakap, mata saya masuk kuman. bla,bla,bla.. saya di beri ubat.

sekarang mata saya dah susut, tidak bengkak lagi. tapi yang jadi masalah. pandangan saya sudah semakin kabur-kabur. bila saya tutup mata kiri, pandangan saya kabur. bila saya tutup mata kanan. memang wajiblah kabur sebab mata kiri saya memang dari dulu lagi rabun. jadi, kalau saya buka dua-dua mata, haruslah kabur jugak. sudah...saya dah jadi "orang istimewa". ye lah. rabun kan.

err.. saya sedang menyiapkan surat-surat untuk program. tapi acapkali mata kelam kelabu. hah. siapa baik hati. boleh tolong saya. :)

saya tidak suka berkaca mata. sebab dia akan menambahkan tanggunjawab saya yang memang sedang banyak.

p/s : tengah berkira-kira ingin memakai kaca mata atau tidak.

nasib baik hafal huruf di papan kekunci ni. kalau ada silap ejaan. maaf lah ya. :)

ada apa-apa cadangan?

sekian.

5 comments:

Suria. said...

eh. mata saya juga manis !
mak saya kata mata saya bulat & besa !
mcm arwah kakak saya.:))

handhalah ibnu kamil said...

kecik ja abg tgk mata su. tak besar pun. hahaha..
tapi manis jgn risau. :)

Belly Surya Candra Orsa said...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )

Cikgu Moon said...

klw awl2 nie xyh pkai spect lgi...mkn vitamin A byk....cri ubt yg baek utk mata...insyaallah boleh kurang rabun tu....tpi klw dh tggi sgt cm sy mmg xleh watpe ar...hahaha

handhalah ibnu kamil said...

belly : yup. thanks for visit !

moon : ye ke? kalau nak makan vitamin A tu nak cekau kat mana, kene beli kat parmasi ke?

erm. BTW thanks for sugestion. abg cuba ye cikgu moon !

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,