Thursday, December 16, 2010

pengakhiran

orang baik + kehidupan = akhirnya baik

orang jahat + kehidupan = akhirnya jahat

selalu orang berfikir sedemikian. siapa yang nampak dirinya baik, maka semua memberi asumption. oh, baik budak ni. kalau jumpa seorang yang jahat perangai macam se-tan. terus akan di nilai, aiyaa.. perangai, jahat sungguh!

macam kita lebih tahu dari tuhan kan? sedangkan mati kita nanti pun tidak tahu macam mana. sama ada dalam keadaan baik atau tidak. atau memang lumrah manusia. suka menghukum !

bukanlah saya ingin sampaikan, bahawa orang yang baik itu akan berakhir dalam keadaan tidak baik, dan orang yang jahat itu akan berakhir dengan keadaan baik. cuma, saya ingin sampaikan, kita berusaha untuk baiki diri, tapi pengakhiran hidup kita..... hanya Allah yang tahu. maka jangan pernah sesekali kita menghukum atau menilai orang lain itu jahat dan sebagainya. kerana kita sendiri belum tentu selamat !

cuma pesanan saya, untuk pembaca yang tersayang. tingkatkan diri untuk menjadi yang lebih baik dari hari ni. kalau rasa diri tu dah baik. bawa-bawa lah mengucap. takut riak pulak. kalau rasa diri tu dah tersasar jauh. carilah sumber cahaya untuk betulkan balik diri. :)

jangan cepat menghukum. kerana semua manusia itu Allah beri ruang dan peluang untuk berubah dan baiki diri. maka doakanlah kesejahteraan orang lain. agama islam kan adalah agama yang selamat dan menyelamatkan. Rasullullah pun ketika ajal ingin menjemput, masih menyebut Ummati...ummatii... sayangnya baginda dengan umat akhir zaman. jadi kita?


ukhwah !

fikir-fikirkan. :)
wslm.

p/s : oh ya. seronok juga membaca di alam maya. jom singgah sini -----> link

No comments:

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,