Friday, December 10, 2010

alasan

alasan sudah lama tidak menulis menyebabkan penulisan semakin hambar dan kurang menarik. betul kan?
tetapi apa pun perkara jika di buat acapkali, pasti akan meningkat dari masa ke semasa. waima awak tu tidak tahu apa-apa sekalipun tentang sesuatu perkara, tetapi jika ada minat dan kesungguhan pasti anda akan mendapat hasil yang lumayan.

belakang parang jika betul asahnya, makan akan menjadi tajam bukan?
macam tu jugalah dengan kelebihan kita. jika di asah berkali-kali pasti akan menjadi mantap. malah kelemahan kamu juga boleh jadi kelebihan. tuhan itu maha adil.

jadi alasan penulisan hambar, adalah di sebabkan saya yang jarang menulis. maka otak saya pun kurang bergerak dan memproses. oh kesian.

maka saya berazam akan memenuhkan apa sahaja yang berada di dalam benak saya ke dalam blog ini. erm, mungkin untuk tatapan anak-anak atau cucu saya di masa depan. paling seronok kalau boleh masukkan blog saya di dalam muzium negara. mungkin ! suatu hari nanti. ha ha ha.

sharpen the saw - habit 7 (Prof. Dr Stephen Covey)

selamat beramal. :)

4 comments:

F.Aminurrashidd said...

aku geram sebab tu aku komen..

frasa 'waima' kena disusuli dengan frasa 'sekalipun',

contoh, waima ko kurus sekalipun, tidak menjustikasikan ko makan siket. keh3x

handhalah ibnu kamil said...

hahaha.
cuba tgk elok2. mana ada salah.
ada je pun "sekalipun" sebelah waima tuh.

awak ni pawez... hahaha..jgn lah geram2. keh3.

setelah sekian lama. akhirnya fawez komen kat blog aku. yesss.. :)

F.Aminurrashidd said...

cess ko betulkan balik yep! berbloging jangan kerana nak tgk komen.. berblogging sebab minat okkk.. kalo xde org komen, terus berenti blogging. keh3x

handhalah ibnu kamil said...

hhahaha.. kau sentap aku yeepp..
biasalah.

aku bloging kerana minat. aku berenti bloging sekejap sbb aku sebokkk dan aku malas.

sekarang aku sebok dan aku rajin. hahaha.. mau berbloging kembali.
tdk mengharap komen. cuma teruja bila kau komen. hahaha

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,