Friday, December 31, 2010

2011 ini dari saya yang k u r a n g m a t a n g , , ,

Masuk tahun ini, umur saya sudah 23 tahun. jika di kira dari angka tahun 2011 itu. ya umur saya sudah 23 tahun. (jika dulu umur begini sudah ada 3 orang anak. err. atau lebih gamaknya)

banyak perkara yang terjadi pada saya. ada yang baik. ada yang kurang baik. ada yang memang betul-betul tak baik. tetapi semua perkara itu mendewasakan saya yang ku-ra-ng m a t a n g ini. ya saya mengaku. memang agak kurang matang. perangai macam b u d a k - b u d a k tak cu-k-up um-ur.

tapi saya ada mereka ini. :)

mereka buah hati saya. :)
terima kasih riey

dan mereka ini yang banyak mengajar saya. terima kasih.
buat mereka saya doakan yang terbaik buat anda semua. ingat pesan saya. perbuatan tidak semudah kata-kata. tetapi tidak rugi untuk kita mencuba. bangkit dan teruskan. berlapang dada lah. lidah mana tidak tergigit. pisau mana tidak menghiris. kamu semua kekuatan saya. yang lama itu jangan di lupakan. simpan, jadikan kenangan untuk panduan masa depan. supaya kita tidak rebah dalam perasaan yang sama di masa akan datang. saya sudah cukup rimas dengan perkataan yang "bukan2" dari mulut kalian. kerana ia begitu menghiris-hiris perasaan. selepas ini. saya cuma mahu mendengar yang gembira. kalau duka sekalipun, biarlah ia pengajaran bermakna, untuk kita bersama selamanya. tidak jasad mungkin hati itu bersama. :)

saya pernah mengganggap mereka ini bukan apa-apa bagi saya, ya itu dulu. salah saya. tapi sekarang. mereka inilah yang bermakna. untuk seterusnya kita teruskan. jatuh rebah. bangunlah! moga pengakhirannya satu yang menggembirakan buat semua. :)

ok. ini serius jauh dari hati saya yang dalam. :)

::::::::::::::::::::::::::: :: :::::::::::::::::::::::::::::

saya tidak mahu membuat azam. saya sudah ada wish list saya. yang dulu-dulu masih ada. belum tercapai. jadi saya gunakan yang itu lah. ingin capai yang itu. mungkin akan tambah dari semasa ke semasa.

PraSangka : err. mudah-mudahan tiada yang terjebak dengan hasutan nafsu dan syaiatan malam ni. ya Allah selamatkan anak-anak muda ini.

Tuesday, December 28, 2010

A n u g e r a h


ok. saya dapat anugerah. ala, yang macam dulu-dulu saya dapat. cuma saya tidak tahu di mana saya letak semua anugerah-anugerah tu. err. mungkin dekat entri2 yang lepas ada kot. :)

seperti biasa, bila ada yang memberi, pasti ada syarat dan balasannya. itu lumrah bukan. orang memberi kita merasa. orang berbakti kita berjasa. erkk. mengarot2. :P

ok. ada beberapa soalan yang perlu saya jawab.

1. ucapan anda

terima kasih cik intan sbb bagi yep. im really appreaciate. :)

2. berikan ciri-ciri lelaki/wanita idaman untuk di jadikan isteri/suami.

a) agama
b) sekufu
c) putih dari saye. :)

3. satu tips untuk kekalkan hubungan dengan pasangan.

err. belum ada. jadi tak tau. mungkin persefahaman kot. tapi, lidah mana yang tak tergigit kan? pisau mana tak menghiris? ngeh3

4. pernah anda jumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta?

err. tak pernah.

5. bagi 10 orang follower. :)

siapa mau? angkat tangan? gua sangat demokratik yer. ambik la sape yang mau. tapi mau tag juga beberapa.

ambek lah yep.

kamal | faweez | musrifah. eh silap. musfirah

sekian.
wslm.

Saturday, December 25, 2010

rindu

sekadar perasaan.

yang tak terluah.

ya saya rindu.

rindu pada keletah mereka.

rindu mau buat mereka menangis.

ha ha ha ha.

Fatimah Az Zahra dan Mohd Hatim Ajwad ! ayah cik rindu kamu !



nanti balik ayah cik beli cekelat ! wee.. mesti dah besar kan. :P

moga menjadi anak yang soleh dan solehah sehebat nama kalian. :)

sekian.

PraSangka : tahu, mereka tidak akan boleh baca entri ini . tapi mungkin akan datang. ya entri ini akan mereka baca sambil tersenyum-senyum. err. entah waktu itu saya ada umur lagi atau tidak. mudah-mudahan, Allah mudahkan segalanya. amin !

Friday, December 24, 2010

mengada-ngada

orang akan cakap kita mengada-ngada. bila kita tulis benda seperti ini di dalam blog.

hui. saya sakit kepala!
ada tips, cepat dan berkesan?
puleasee.... :)

ini bukan main-main. gigih update. dengan sebelah tangan menekan tengah kepala. ha ha ha. :P

oh. kesiankan beliau?
pedulikan saja. :P

ha ha ha ha.

sekian utk hari ini.
p/s : mood : bersyukur dengan apa yang ada. :)
PesananSewel : orang meting saya update blog. heh !

Wednesday, December 22, 2010

taip.taip.taip.

47 perkataan

Speed test



ok. setakat ini sahaja.
cubalah !

sejak akhir-akhir ini

terlalu rajin saya post entry baru. tidak tahu mengapa. hati rasa seronok untuk berkongsi rasa.

mungkin faktor saya keseorangan. untuk mengubat rasa galau, saya menulis.

hah. suatu hari nanti saya mungkin akan tersenyum dan ketawa membaca tulisan-tulisan saya. jika di izinkan untuk menapak lama lah di bumi ini. :)

p/s : rasa-rasa ada hutang "tag" dengan beberapa teman bloger. jika masa terluang itu lebih, dan keadaan emosi berada dalam keadaan optimum. saya jawab lah ya !

mood : R I N D U . . .

jalan raya dan longkang

hey. jangan sampai tak boleh beza jalan raya dengan longkang. nanti jalan raya jadi longkang. longkang jadi jalan raya. | saya pernah cakap sebegini kepada seorang kawan. ya, kawan. sekadar nasihat yang di olah agar nampak lebih kecindan.

tadi, baru sebentar tadi. naik motorsikal ke kampus. dengan lesen haram. err. tiada lesen. kondisi mata yang masih belum elok. tiba-tiba. eh. "kenapa jalan ni nampak macam dua. dah bergabung dengan longkang kat tepi tu".

mengambil tindakan drastik. berhenti. kenyit-kenyit mata. baca surah Al fatihah, tiga qul. pastu raup kat mata. hah. longkang dan jalan raya sudah tidak bergabung. cuma masih kabur-kabur.

sepanjang balik ke kolej, risau takut kejadian tadi berulang. huh. Alhamdulillah tiada apa-apa.

p/s : naik motor mata kena elok ! lagi satu, jangaan bergurau benda yang tak berapa sedap di dengar oleh telinga. nanti kena bayar "cash!". :)

sekian. wslm.

Monday, December 20, 2010

belog saya ada harga

kalau jual rasa-rasa laku tak?



err. cukup ni mau tampung hidup saya semester depan.
ada yang mau beli?

p/s : google.com hargenye 89.90 million. menurut web ini lah ---> link

saja suka-suka. kalau mau try silakan. kalau mau beli saya jual. dalam dolar okay ! ha ha ha. :)

Sunday, December 19, 2010

Kontest Blog Terkemas

saya memang suka mengemas blog. sejak kebelakangan ni lah. habis semua saya sapu. habis semua saya lap. sehingga licin dan bersih. satu habuk pun tiada. err. saya pakai dynamo je. :)

tidak tahu macam mana boleh terjebak dengan contest ni. ni semua di sebabkan si secreet. hah. salahkan orang. padahal sendiri yang nak join. ha ha ha ha. ok! stop. ni banner blog si pembuat kontest. (bajet boleh menang sebab masukkan banner tuan punya belog)



dan ini salah satu syarat wajib. masukkan banner yang tuan belog letakkan kat belog beliau. kemudian masukkan link sekali. (oh, masih perasan blog saya adalah belog yang kemas! ha ha ha) .

ok. sila tekan banner di atas untuk ke link kontest montest. sila lah join. err. :)

ingin menjemput untuk menjoin sekali :

http://munqeedz91.blogspot.com/ | http://t0matopink.blogspot.com/ | http://azizarsyad.blogspot.com/

err. tak tahu sempat lagi atau tak nih. mudah-mudahan sempat.
err. kontest ni bukan untuk gadis-gadis je kan? tiba-tiba gedik mau join.

aha. rekod. ini kontest pertama yang saya join !
terpilih atau tidak. ini datang dari kehendak saya. tidak di paksa!

terima kasih cik hana atas kontest ni !

p/s : mood : perasan belog saya adalah terkemas. ha ha ha ha. :)

sekian !

Friday, December 17, 2010

saya punya sepasang mata yang manis


mata

oh. terima kasih tuhan, kerana memberi nikmat ini kepada saya.
serius. saya punya sepasang mata yang manis. :)
dan saya bersyukur kerana itu.

saya punya sepasang. sebelah kiri dan sebelah kanan. dan saya rasa anda semua pun sama, cuma kefungsian mata untuk berfungsi saja yang berbeza. mungkin. ada yang rabun. ada yang ditarik nikmat sementara dunia. dengan kata lain buta.

rahsia saya, dan ia bukan lagi rahsia sejak kebelakangan ni. jadi bukan rahsia lah. (ha ha ha ha.. merepek .. abaikan. ) saya punya mata kiri. dan mata kiri saya rabun. adalah dalam 100 megapixel. dan saya bergantung harap dengan mata kanan. yang tahap kerabunan adalah 0.01 megapixel Almost perfect ! selama ini jika saya tutup mata kanan. maka daya penglihatan saya sama seperti orang rabun. tetapi keajaiban berlaku, bila saya buka mata kanan dan kiri. yes ! saya boleh melihat dengan baik. maka selama ini saya tidak pernah risau akan keadaan ini. saya biarkan saja mata saya yang kurang sihat ini. kerana masih ada mata kanan yang sihat dan boleh membantu saya.

but lately, selepas mata kanan saya bengkak. mungkin anda boleh lihat entry ini LINK. dan saya pada mulanya persetankan mata yang sakit itu. mungkin dalam fikiran saya, "oh..nanti elok lah ni". tapi bila menginjak hari seterusnya, mata saya masih lagi bengkak, dan saya mengambil langkah proaktif yang patut di ambil lebih awal dengan pergi ke klinik UPSI. Dr cakap, mata saya masuk kuman. bla,bla,bla.. saya di beri ubat.

sekarang mata saya dah susut, tidak bengkak lagi. tapi yang jadi masalah. pandangan saya sudah semakin kabur-kabur. bila saya tutup mata kiri, pandangan saya kabur. bila saya tutup mata kanan. memang wajiblah kabur sebab mata kiri saya memang dari dulu lagi rabun. jadi, kalau saya buka dua-dua mata, haruslah kabur jugak. sudah...saya dah jadi "orang istimewa". ye lah. rabun kan.

err.. saya sedang menyiapkan surat-surat untuk program. tapi acapkali mata kelam kelabu. hah. siapa baik hati. boleh tolong saya. :)

saya tidak suka berkaca mata. sebab dia akan menambahkan tanggunjawab saya yang memang sedang banyak.

p/s : tengah berkira-kira ingin memakai kaca mata atau tidak.

nasib baik hafal huruf di papan kekunci ni. kalau ada silap ejaan. maaf lah ya. :)

ada apa-apa cadangan?

sekian.

Thursday, December 16, 2010

pengakhiran

orang baik + kehidupan = akhirnya baik

orang jahat + kehidupan = akhirnya jahat

selalu orang berfikir sedemikian. siapa yang nampak dirinya baik, maka semua memberi asumption. oh, baik budak ni. kalau jumpa seorang yang jahat perangai macam se-tan. terus akan di nilai, aiyaa.. perangai, jahat sungguh!

macam kita lebih tahu dari tuhan kan? sedangkan mati kita nanti pun tidak tahu macam mana. sama ada dalam keadaan baik atau tidak. atau memang lumrah manusia. suka menghukum !

bukanlah saya ingin sampaikan, bahawa orang yang baik itu akan berakhir dalam keadaan tidak baik, dan orang yang jahat itu akan berakhir dengan keadaan baik. cuma, saya ingin sampaikan, kita berusaha untuk baiki diri, tapi pengakhiran hidup kita..... hanya Allah yang tahu. maka jangan pernah sesekali kita menghukum atau menilai orang lain itu jahat dan sebagainya. kerana kita sendiri belum tentu selamat !

cuma pesanan saya, untuk pembaca yang tersayang. tingkatkan diri untuk menjadi yang lebih baik dari hari ni. kalau rasa diri tu dah baik. bawa-bawa lah mengucap. takut riak pulak. kalau rasa diri tu dah tersasar jauh. carilah sumber cahaya untuk betulkan balik diri. :)

jangan cepat menghukum. kerana semua manusia itu Allah beri ruang dan peluang untuk berubah dan baiki diri. maka doakanlah kesejahteraan orang lain. agama islam kan adalah agama yang selamat dan menyelamatkan. Rasullullah pun ketika ajal ingin menjemput, masih menyebut Ummati...ummatii... sayangnya baginda dengan umat akhir zaman. jadi kita?


ukhwah !

fikir-fikirkan. :)
wslm.

p/s : oh ya. seronok juga membaca di alam maya. jom singgah sini -----> link

Tuesday, December 14, 2010

ehem

ha, dah siap. tinggal nak masukkan link yang hilang.

sila jgn komen tentang ada warna pink kat blog ni, saya tak tahu nak remove macam mana. sila jangan cakap template ini untuk wanita-wanita atau gadis-gadis. sebab saya suka ok !

ok. ini yang terakhir. setelah mencuba berpulu-puluh template.
mungkin lepas ini saya akan lebih rajin update. :)
insyaAllah. (kalau lah rajin. kalau ok !)

hah. dah masuk waktu subuh !
jom solat !

nanti saya sambung lagi.
wslm.

under construction

maaf atas segala kesulitan . (bajet blog hot)

blog sedang berada dalam pembaikan. sedang di kemaskini.
sekian terima kasih.

p/s : orang comel. blog mesti comel juga ! ha ha ha ha. :)

lelah

penat. lelah. sekian ~

oh. ini entry terpendek. maaf!
err. tapi sukahati saya lah. blog saya :)

Sunday, December 12, 2010

ini sekadar diari untuk mengatakan aku pernah alami

sila mandi di tempat air mengalir,
sila jangan tenyeh mata anda selepas melakukan kerja-kerja yang melibatkan habuk dan kuman.

jika tidak.
anda akan jadi begini.

ini ubat sakit mata.

kesimpulan : saya sedang sakit mata. erm. bengkak. tapi masih gigih update blog kan?
tabah je lah.

sakit itu ujian, sakit itu rahmat. maka positiflah !

melangkah

hidup ini penuh dengan pilihan. dari kita kecil sehingga besar. kita pasti akan berada dalam situasi memilih. sama ada hendak memilih perkara yang baik atau tidak. sama ada perkara yang memberi manfaat atau perkara memberi mudarat. Dalam keadaan memilih, ada juga yang kita tersalah pilih. biasalah, manusia itu Tuhan anugerahkan kelemahan serba serbi supaya kita beringat. tapi ingat kelemahan itu juga adalah kelebihan. :)

memilih untuk melangkah kehadapan atau mengundur ke belakang. itu juga pilihan. pesanan saya, cukuplah kita memilih untuk melihat apa yang berlaku di belakang, supaya kita boleh menapak lebih jauh ke hadapan. jadikan sesuatu perkara di belakang itu sebagai iktibar. bukan kah itu bijak namanya.

maka berhati-hati dalam memilih dan melangkah !
apa pun yang terjadi, jangan pernah lelah untuk melangkah ke hadapan !

aku rindukan senyuman kamu abu !
(tak boleh macam kadir, sedikit pun takpalah !)

Saturday, December 11, 2010

mengidam

sudah dua minggu saya kecur air liur.
sudah dua minggu saya tidak dapat makan benda itu.
hari ini saya dapat makan benda itu.

ok. nafsu saya puas. Alhamdulillah.

terima kasih. :)

ini benda itu. yummy. apam balik. :)
gambar di ambil di www.resepiraidah.blogspot.com

Friday, December 10, 2010

alasan

alasan sudah lama tidak menulis menyebabkan penulisan semakin hambar dan kurang menarik. betul kan?
tetapi apa pun perkara jika di buat acapkali, pasti akan meningkat dari masa ke semasa. waima awak tu tidak tahu apa-apa sekalipun tentang sesuatu perkara, tetapi jika ada minat dan kesungguhan pasti anda akan mendapat hasil yang lumayan.

belakang parang jika betul asahnya, makan akan menjadi tajam bukan?
macam tu jugalah dengan kelebihan kita. jika di asah berkali-kali pasti akan menjadi mantap. malah kelemahan kamu juga boleh jadi kelebihan. tuhan itu maha adil.

jadi alasan penulisan hambar, adalah di sebabkan saya yang jarang menulis. maka otak saya pun kurang bergerak dan memproses. oh kesian.

maka saya berazam akan memenuhkan apa sahaja yang berada di dalam benak saya ke dalam blog ini. erm, mungkin untuk tatapan anak-anak atau cucu saya di masa depan. paling seronok kalau boleh masukkan blog saya di dalam muzium negara. mungkin ! suatu hari nanti. ha ha ha.

sharpen the saw - habit 7 (Prof. Dr Stephen Covey)

selamat beramal. :)

perasaan

tidak tahu bagaimana untuk ekspresikan.
tapi sejujurnya saya gembira kamu semua ada.
terima kasih.

er. status begini seharusnya ada di facebook saja.
sila kesali~

bersenam

perasaan semangat mahu bersenam/beriadah bersama rakan-rakan,
janji pukul 5.30 petang.
jam 4.30 saya pandang katil,
mak saya pesan tak elok tido petang.
tapi saya betul-betul penat.
sekejap sajalah. bersandar di birai katil.

tiba-tiba terjaga dengan aksi terkejut (tingkahlaku terlazim) , "eh, dah jam 6.30" ?
kepala pening dan agak lambat untuk memproses maklumat.

ok. FINE. saya tak turun bersenam.
maka lemak hari ni masih tersimpan untuk esok. huh ! !

Wednesday, December 1, 2010

dosa

seorang teman bertanya pada saya.

teman : abu, pernah buat dosa tak?
saya : pernah, sebab apa tanya ?

teman : ouh. saya juga pernah. saja saya bertanya pada awak. kadang-kadang saya rasa malu, sebab buat dosa. lemahnya kita kan.
saya : ermm. saya pun sama. Nasib lah Allah maha pengampun, tak pernah jemu DIA melayan kita yang bermacam ragam ni. malah Allah rindu akan hambanya yang sering mengadu dan merintih padanya menyesali yang khilaf. kalau lah sesama manusia, mesti kita dah di benci. dah selalu sangat buat salah.

teman : yup. betul. saya harap dosa-dosa saya di ampun Tuhan. terlalu banyak sangat buat salah. kadang-kdang rasa malu dengan diri sendiri. :(
saya : kawan, saya juga sama, tapi sama-sama kita baiki diri. Allah maha pengampun. yang penting kita bertaubat. dan berazam tidak ulangi kesalahan kita. kalau lah Allah beri kita serba lebih. nanti kita sombong. tidak mahu mengadu pada DIA. berapa ramai yang di berikan sedikit kelebihan. jalan mendabik dada. sudah lupa rumput yang di pijak. mendongak sahaja ke langit.

teman : terima kasih kawan. moga saya berjumpa kamu di syurga nanti. kita kawan sampai bila-bila ok!
saya : insyaALLAH. mudah-mudah an.

::::::::::::::::::::::::::::: :: ::::::::::::::::::::::::::::::

serius saya rindu saat-saat seperti itu!
sering mengingatkan antara satu sama lain.
sayang kita pada manusia pasti akan ada prasangka.
sayang Allah pada kita tidak berbelah bahagi. :)

p/s : sekadar berkongsi pengalaman dalam bersahabat. semoga menjadi teman hingga ke syurga. :)
nota kaki : dialog telah di ubah lebih formal tanpa mengubah konten sebenar. untuk memudahkan kefahaman pembaca.

sekian.
6.55 petang.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,