Saturday, October 31, 2009

+kejayaan itu milik kamu ke?+

Assalamualaikum,

Bila tiba musim exam, ramai yang resah gelisah. Padahal sebelum ini tidak pernah pun begitu. Maka normal lah dia berkelakuan begitu. Exam kan menentukan result. Result itu pointer, pointer membantu untuk posting kelak. Maka ramai yang “struggle” bagai nak rak. Bagai exam itu segala-galanya. Sampai ada tetinggal solat, bacaan quran tah ke mana. risau tak sempat nak habiskan sukatan bacaannya. Hubungan dengan ALLAH semakin jauh. Tidak ke kamu tau? ALLAH yang berikan kejayaan. Maka hubungan dengan ALLAH perlu dijaga bukan?

Tapi ramai yang tak sedar. Dia fikir kejayaan itu hak mutlak dirinya, usaha itu nombor satu, hubungan dengan pencipta tak tahu dia letak nombor berapa. Sila jangan silap paham, bukan aku menidakkan usaha, tapi usaha perlu seiring dengan doa dan tawakal. Di samping berusaha, maka perlu untuk mendekatkan diri dengan khalik. Maka barulah ALLAH sayang. Bila ALLAH dah sayang, maka mudah IA untuk memberi. Tak begitu?

Hei3. Kamu… sedarlah.

Terngiang-ngiang di gegendang telinga, kata-kata seorang ustaz. ALLAH sentiasa menunggu untuk hamba-hambanya memohon kepada-NYA, di satu pertiga malam. Memohon apa sahaja. Tetapi seringkali hamba-hambanya angkuh dan sombong. Tidak mahu meminta. Sedangkan jika ia meminta, TUHAN akan bagi. “Allah tidak megubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri (QS)”. Maka betul bukan? Minta saja, jangan sombong. Tapi kena beradab ok. Kerana DIA pencipta kita.

Betulkan balik niat kita, exam itu kerana ALLAH, buka kerana pointer, bukan kerana ibu bapa, lecturer, kawan-kawan dan sebagainya. Allah itu yang utama, maka yang lain menyusul kemudian. Baru berkat. Mak selalu pesan, “kalau abu gagal tidak apa, yang penting abu dah usaha, dan kebergantungan dengan Allah itu kena sentiasa, jika abu gagal, dan itu percaturan Allah yang terbaik. Maka terimalah. Dan jika abu lulus, maka itu juga percaturan Allah yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik buat abu”. Aku semat kuat2 kata-kata mak, agar aku tak mudah kecewa jika aku gagal.

Selamat menempuh peperiksaan buat warga UPSI. buat yang terbaik. InsyaAllah kejayaan menyusul kemudian!

"jika rebah, bagun sendiri!"

10 comments:

ninim said...

salam..abu..mak aku pun pesan macam mak ngko jugak....aku setuju aper yang ngko kta..pastu bila dapat result muler rasa tak adil..tengok oranglen punya result gempak...masyaALLAH

fatah85 said...

masyaAllah.
astaghfirullah.
hmm.

ain fathihah fhm said...

terima kasih, Abu

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

aini : semat kuat2 kata2 itu. moga berjaya daam exam yer. tolong doakan aku sekali.

fatah : semoga berjaya juga buat sahabat yang jauh.

ain : sama2..moga berjayaye ain!

akram izamy said...

belajo gegajin..
ingat org tua kat kampong..
ok selamat..
semuga berjaya...

Syahir Mohamad said...

Salam..
betul kata2 abu.. betul2..
nak kongsi sikit.. pengalaman saya..
masa bukan bulan exam, solat subuh lambat. kadang2 6.20 baru solat. masuk bulan exam, ramai datang. baguslah. tapi yg saya kecewa, ada yang nak solat cepat. terkejar2 nampaknya. Saya ditegurnya. lambat Qama't.. entahlah. mybe nak study kot. itu yg kena qama't awal. harap bukan itu tujuannya. Solat kerna nak study.. solat bukan kerna Allah.. fikir2kan..
jaga hati, iman dan amal..
istiqamah..
wassalam.

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

abg akran : terima kasih. semoga berjaya juga.

abg syahir : hu..terkena batang idung saya juga. peringatan utk diri sendiri dan orang lain juga.
syukran akh.
ala kullihal..semoga berjaya!

Syahir Mohamad said...

salam..
laa..kena bantang hidung abu ke?
luka atau cedera parah ni.. lain kali hati2lah berjalan. hehehe..

Anonymous said...

Salam bro...
Mak wa pun ade pesan gak bro..tapi laen macam skit..bro tau mak wa cakap ape..

klu nak laptop baru..peksa akhir taun mesti no. 1..klu tak krm salam...hadooiii...

oklar bro..selamat menempuh alam peperiksaan...all the best to u and to me too...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

abg shahir : ye lah. lain kali saya berhati2 oke. terima kasih.

danish : alahai. oke la tu ada pemangkin. tapi letakkan Allah yang utama ya. All da Best utk danish.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,