Monday, February 16, 2009

.kawan+hari terbuka+layanan baik.

salam alaik.

sekadar penghargaan buat kawan yang melayan begitu baik. aku kira boleh dikongsi untuk semua agar jadi contoh dan teladan.

semalam 15.2.2009. berlangsung karnival hari terbuka kolej Aminudin baki. hari tersebut hari yang terakhir karnival tersebut berlangsung. jadi aku dengan beriya-iya dan semangat nya pergi ke karnival ter sebut. dengan harapan ada sesuatu yang dapat aku beli kat sana. memang ada sesuatu yang aku beli. aku tertarik dengan satu botol kecik minyak wangi. wangi sungguh. harga tujuh ringgit. aku bagi 5 bintang. sebab berbaloi. dari satu gerai ke satu gerai aku singgah. nampaknya semua tidak mampu menarik perhatianku+duit pokai. hahahaha. jadi sekadar menjengah dan memantau seperti seorang penguatkuasa lagaknya.(ada ke). dah bosan pusing-pusing baru aku teringat aku ada kawan tinggal di kolej berdekatan kolej ni. jadi aku dengan muka tak tau malu mendail nombor beliau.

minyak wangi yang aku beli (fawakeh)

abu: salam jirul.
jirul: wslm.
abu: aku ada di bawah suda ni. tapi aku tak tau mana satu rumah kau.
jirul : ala rumah dekat depan rumah aku sem lepas.
abu : blurrrrrr...tak ingat.(maklumlah,kali ketiga dtg ke kolej ni, dalam masa setahun)
jirul : (menjenguk dari atas ke bawah, sambil senyum).
abu : ok. hehehe. aku naik.
.tup. hp dimatikan.

masa untuk menyusahkan sahabat sudah tiba. jeng,jeng, jeng.

petang tu sekali lagi aku mengajak beliau turun pi karnival. singgah lagi dari satu kedai ke satu kedai. akhirnya. sampai ke gerai menjual makanan.

jirul : ambik la. aku bayar.
abu : eh. takpala.

jirul : ko ni. ambik jak. aku bayar.

abu---maka aku pun ambil la dengan muka tak tau malu. dalam hati dah malu dah tu.(buat-buat tak tau)
abu: terima kasih.


lepstu kitaorang balik rumah. makan apa yang dibeli tadi sambil berborak kisah-kisah silam. kisah di sekolah. waktu nakal-nakal dulu. banyak yang di borakkan. maka gelak pun banyak juga. kisah silam yang lucu semua terkeluar balik. hahahahahaha. sungguh lawak.

malam tu aku di jamu lagi dengan nasi lemak. aku tak tau la berpa harganya. aku nak bayar dia tak bagi. adui. sekali lagi aku rasa segan. baik pulak dia ni dengan aku. aku doakan ko murah rezki. dia cakap, tetamu kena layan dengan baik selama tiga hari. aku bukan apa, sebab aku ni kawan dia, tak kan la layan macam tu sekali. sebab aku pelajar, ko pun pelajar, jadi aku paham la juga ekonomi student ni macam mana. azab ooo. tapi aku bersyukur.

malam tu aku buat kali ketiganya aku "menyusahkan" kawan aku. hehehehehe. sory my pren. aku ajak dia tengok konsert akhil hayy ngan waheeda. hampeh tul waheeda nyanyi. tapi sampai ke akhil hayy. fuyooo. bestnya.terangkat dengar vokal dia. puas juga libido aku dengar. kalau tidak. ish3. tak tau la apa jadi. dah selesai majlis. kitaorang balik.

sampai bab nak tidur. aku fikir gak. tak kan la aku nak tidur satu katil dengan dia.dah la aku besar@gempal.tak muat kati. tapi tak la aku cakap. aku diam ja. tiba-tiba dia cakap. abu ko tidur la atas katil aku. aku tidur di bawah. tersentak lagi sekali. buat kali ke empat aku "menyusahkan" orang. tapi apa boleh buat. dah dia cakap macam tu.aku cuba menolak. tapi dia cakap takpa. ko kan tetamu. terharu lagi sekali. baiknya ada kawan macam ni.

pagi esoknya. dia belanja lagi aku makan tengah hari. nasi putih+telur dadar+ayam masak kicap. buat kali kelima aku menyusahkan orang. dalam hati aku bermonolog.(kalau 3 hari aku duduk sini, bankrap@muflis kawan aku ni.) tak boleh aku duduk sini lama-lama. nasib malam ni aku ada kelas. kalau tidak gamaknya aku kena tahan lagi sehari. oh tidak. bukan tidak mahu. tapi aku tak mau susahkan orang lagi. jam 2 petang aku balik. sampai ke kolej keseyangan kolej harun aminurrashid. dengan kenangan layanan yang baik dari seorang kawan. aku tak pernah di layan seperti itu. tu yang aku terkedu tu.

nak kenal kawan aku? ni dia.(sory jirul, aku amik kat fs kau. sbb gambar yg aku tangkap tadi tak clear-mohon kebenaran.)

Mohd Azirul Bin Jemrin (sahabat yang baik)

itu saja yang aku nak coretkan. moga aku boleh jumpa ramai lagi kawan yang macam ni. bahagia hidup. walau dalam hati rasa tak mungkin ada di akhir zaman ini. sahabat yang begitu baik dalam melayan sahabat yang lain. betullah jika kita hayati satu kata-kata. janganlah kita lihat keburukan seorang sahabat walau dia sejahat mana. tapi lihatlah kepada kebaikan-kebaikan yang dia ada. walau hanya satu kebaikan yang sahabat itu ada.

jazakallah khair.wallahualam. selamat beramal.


.the end.

2 comments:

Al Hadi said...

pergh.. gambar tepi pantai tu. romantis lagi hahahaha

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

hahhha.no komen. tu ja gambar yang ad. hahahahaha.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,