Sunday, February 8, 2009

mandi berlimau tapak dan berlimau seni??

assalamualaikum semua.
entri kali ini aku nak tulis mungkin ramai yang tau, dan mungkin ramai yang tak tau, siapa yang pernah mengikuti kelas silat seni gayung pasti akan melalui proses ini, iaitu mandi berlimau tapak dan berlimau seni.

bagi seorang pelajar baru, dan sebagai tanda menjadi ahli seni silat gayung, maka perlu menjalani adat ini, iaitu mandi berlimau tapak, mandi berlimau tapak ini perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan, (ikut cakap guru kan berkat)...selepas mandi berlimau tapak, pelajar lelaki perlu pla mandi berlimau seni, tapi boleh dibuat pada waktu yang lain.

bagi anak murid gayung wanita akan terus mandi berlimau seni, mereka ini diberi keistimewaan untuk terus melakukan mandi berlimau seni, kalau nak tau kenapa, jom pakat ramai2 masuk seni silat gayung.

tapi satu perkara yang meng hairan kan diri ini ketika upacara berlangsung. saya orang yang pertama yang menjalankan adat tersebut. apabila limau nipis dipotong, tiba2 cikgu azman bertanya kat saya...

ckg azman : dah bertunang ke?
abu : belum ckg.

ckg azman : dah ada kawan (makwe)?

abu : belum ckg.

ckg azman : (senyum) tak lama lagi la tu....(masih tersenyum)

abu : ?????


saya jadi blur.....pikir punya pikir..ala biar ja la..hehhe..kalau betul ok juga...tapi jodoh tu kan di tangan tuhan. saya terima mana yang terbaik buat diri.

gambar yang sempat di snap!!

bahan mandian berlimau tapak(lilin tu tak termasuk.)

bahan mandian belimau seni.

fikir2 kan..dan jom masuk silat gayung kalau nak tau lebih lanjut. selamat beramal..tata...jazakallah khair jaza...wslm.


1 comment:

Adi Alida said...

salam saudara...
sy nk tanye betul ke lepas proses belimau tu seseorang adlh dlm tempoh pantang. which dat means die takleh bergaduh mksudnye mcm bertumbuk ke coz that will caused him/she to be seorg yg kekal dengan sifat pemarah n nak cari gaduh slu..betul ke ye?

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,