Friday, January 9, 2009

ilmu silat gayung

salam ukhwah..
kali ni aku nak kongsi la dgn kawan2 ku, hari ni aku belajar satu ilmu baru, yang ku rasa akan berguna untuk aku pada hari ini,esok,dan seterusnya...hari ni hari pertama aku mendaftar untuk subjek ukk 1012(seni silat gayong malaysia), aku ambik subjek ni atas dasar minat yg mendalam dan nak cabar diri aku yang selalu je macam orang yg lembik..(heheh..mmg lembik pun kadang2)

tapi satu je la yg buat aku jadi sedih sikit, kuota15 orang masih tak cukup, jadi kemungkinan kursus ini akan ditutup jika tidak dipenuhi sehingga minggu depan, aku minta2 la ada yg akan isi kekosongan itu..sungguh aku amat berharap. sekian lama aku nak tutntut ilmu silat, baru sekarang baru aku berpeluang, aku tak mau mempersia-siakannya lagi. kerana kata orang,peluang hanya datang sekali, amat sukar utk datang buat kali kedua, kalau ada pun situasinya pasti berbeza.

tadi aku belajar dua step, agak canggung juga rasanya, sebab tak penah buat..tapi kata mat salleh practice make perfect..so i must keep on practicing to be more and more better every day. eh3..dah telebih cakap mat saleh plak..hehehe,(sebenarnya nak amik tesl tapi tak layak..simpan je la utk masa akan datang..heheh)

tapi apa2 pun memang aku seronok belajar silat gayong, walau pun agak lasak, tapi kena la aku tahankan diri, tidak ada cara yang mudah untuk kita dapat ilmu, pepatah arab ada mengatakan, man jadda wajadda waman zaraa' ila hasada, man kasala fasyala..maksudnya siapa yg berusaha dengan gigih maka apa yang diperolehi juga lebih dan orang yang malas akan gagal.

for the last but not list, aku harap ilmu yg ku dapat berguna utk aku dan orang lain, dan hati ku sentiasa dijaga oleh ALLAH agar aku tidak riyak dengan sedikit ilmu yang dianugerahkan olehNya kepada ku.

ok la..azan dah pun berkumandang..aku nak solat dulu..doakan aku ya..jazakallah khairan kasirah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

No comments:

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,