Sunday, January 18, 2009

betul ke aku nak jadi kaunselor??

salam...
tergerak nak menulis pula malam ne, tadi kawan ku si ain tanya aku: abu aku tgu post baru kat blog kau. aku jawabla...: adui, macam malas nak menulis kat blog. cuma mekap2 ja sikit petang tadi.

tapi korang mesti heran kan knp aku menulis gak malam ne, walau pun aku cakap ngan si ain aku malas nak menulis.takda idea konon..hehhe.tapi dalam takda idea ni..tiba2 timbul idea aku nak menulis...terlintas kat benak aku ni pas baca blog pensyarah aku..timbul juga rasa kagum kat encik aziz...hebat pengalaman beliau ketika jadi kaunselor.


dalam seronok2 aku membaca penulisan beliau..terlintas kat fikiran aku ni..betul ke aku ni nak jadi kaunselor, rasa ter amat berat la pulak tugas sesbagai kaunselor. aduh, aku tersentuh tgk cara encik aziz menangani masalah disiplin. satu perkara yg buat kau tersentak macam mana beliau jadikan pelajar yg paling bermasalah di sekolah tersebut menjadi ketua pengawas asrama dan pelajar sekolah yang bermasalah sebagai pengawas asrama. bingung juga aku macam mana beliau nak tangani pelajar macam tu. korang fikir la sendiri macam mana...betul mengikut rogers, bahawa kita kena menerima orang tanpa syarat. barulah senang nak hadapi sesuatu perkara.

aku juga kagum macam mana beliau menahan segala pandangan pesimis guru2 lain terhadap beliau dalam usaha untuk merubah sekolah tersebut. terlintas di fikiran aku, perkara ini berlaku dalam tahun 1992, macam mana pula aku pada tahun 2012 apabila dipostingkan kelak? aku rasa cabaran nya lebih hebat. aduh...mampu ke aku ni??

ligat otak aku berfikir, walaupun aku baru semester 2, perjalanan masih jauh. namun aku gagahkan otak aku untuk berfikir..mampu ke aku ni..dan aku bertanya pada diri aku..betul ke aku nak jadi kaunselor ni?? hanya kau dan Allah je yg tahu apa yg terbuku kt lubuk hati aku ni. berat rasa nya. mudah2an Allah permudahkan perjalanan hidupku. tapi Allah akan sentiasa menguji hamba2Nya. jadi, aku tak akan ter lepas dari ujian tersebut.

aku akan ambil semangat yang ada dalam pensyarah aku. untuk aku meneruskan cita2 aku untuk mendidik anak bangsa.memang itu yang aku idamkan sejak aku kecil, iaitu ingin bergelar cikgu. agar ilmu yang aku ada tak kan putus sehingga malaikat israfil meniupkan sangkakala.

doakan aku ya semua...syukran..jumpa di entri lain. tata...

No comments:

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,