Friday, April 17, 2009

+aku rasa macam nak hantuk je kepala kalau....+

jam menunjukkan 2.45 pagi dan 44 saat.

tapi mata aku masih segar bugar.
aku pusing kanan dan kiri.
sambil tatap nota di depan mata aku.
woii..tolong...aku masih belum boleh faham! dish3.

MySpace

sungguh teruk.
aku tatap lagi.
kepala dah teleng ke kiri.
yeess...tandanya ada benda masuk dalam otak aku sekarang.

MySpace
bangga2. hehe.

idea baik punya.
apa kata aku rebus nota ni.
pastu buat lauk makan malam.
mesti besh kan.
pastu otak aku akan bersinar2.
dan aku dapat jawab dengan tenang exam tersebut.

MySpace
yess..

oh tidak.
hantuk kepala sekarang jga.
sedar la abu.
tiada miracle yg akan berlaku.
ko kena baca jga buku tersebut.
adoyai..dish3.
hantuk kepala sekarang jga.

tolong wehhh....
MySpace
mengharap neh.

jawabkan exam aku boleh?
MySpace

ngee...

doakan aku tak pitam malam ni.
MySpace

ok aku nak rebus nota aku sekarang.
sekian.

.the end.

+hadiah a.k.a award dan solat hajat+

Assalamualaikum.

pagi tadi aku merayau2 ke blog kawan2.
maka aku singgah la ke blog storymoryluahanku.
pastu aku ngan muka terkejut terus rasa terharu.
heheheh.
nak tau sal apa?
sebab kat blog dia ada tertempek award untuk folower dia.
aku rasa macam tak nak amik.
sbb aku bukan ada tempek komen kat blog dia pon.
tapi bila aku fikir balik dengan menggunakan kewarasan akal aku ne.
pikir punya pikir.
maka aku ambik keputusan untuk ambik jga la award tu.
sbb mak aku pesan.
kalau orang bagi. jgn tolak. ambik jerr..heheheh.
nanti kecik lak buah pinggang dia. (tak baik tau..)
lagipun ni la salah satu cara aku nak hargai folower aku yang dah mencecah 38 orang tuh.
terima kasih weh semua. aku sungguh terharu. (dish3..geli tau....)

maka aku nak ucapkan terima kasih kepada saudari storymoryluahanku. kerna bagi award neh kat aku. hehehe.
jadik aku nak plak bagi kat folower aku. amik la ye. jgn segan jgn silu. kang aku merajuk pulak korang tak amik award ni. penat2 aku tempek kat blog aku neh. hehehe. amik ye. ni awardnya:

ambik tau. siapa2 yang berkenaan. tak amik siap!(ugutan..)

itu sahaja sal award. dan dikesempatan aku masih boleh menaip dan mengepost entry di blog aku neh. aku nak ucapkan terima kasih kat kawan2 aku. pelajar semester 2 pendidikan bimbingan dan kaunseling. sebab sama2 telah menjayakan majlis bacaan yasin dan solat hajat kita tu weh....moga kita sama2 dapat kejayaan yang baik untuk exam nanti ok. aku gak nak ucapkan terima kasih kat Dr Jazimin kerana sudi datang . walaupun aku tau, beliau amat sibuk. tabik sama beliau. senyuman tak pernah putus dari wajah beliau. aku nak jadi macam beliau satu ari nanti. insyaAllah. dan satu lagi, aku nak ucapkan terima kasih kat abang-abang senior yang sudi datang. terima kasih banyak-banyak, walaupun banyak perkara yang berlaku. tapi korang terima kami (budak baru belajar) dengan hati terbuka. terima kasih!

itu sahaja entry hari ini.
sekian.titik.


.the end.

Wednesday, April 15, 2009

+sedeeyyyy….+

Assalamualaikum.

aku mmg seboleh2nya tak nak baut entry sebegini.
aku tak nak.
sebab aku akan sedey, sebak, dan rindu mencucuk2.
sebab aku ni anak perantau.
pasai tu la tak da entry sedemikian. semenjak blog ini dibuka.
tapi kali ni aku terpaksa. (
terpaksa la sangat...saja buat2 emosi..)

entry apakah itu?

jgn korang cakap aku anak derhaka ya.
bukan derhaka. tapi aku tak leh tahan weh. (
aku kan lelaki macho..hak3.)
tapi aku terpaksa jgak tulis entry sedemikian.
kerana kegatalan seorang kawanku yang membuat tag shahdu neh. (
dush3..buat apiz)

entry apakah itu?

berahsia lagi kunun si abu ni ba...(
oppss..terkeluar sda sabahku...)
korang mau tau ka jga?
baa...aku tulis la kat sini ya.
nanti nda jua kamu tertanya2....(
alamak..terleby sda......sabahnya..)
bah..ni tag nya. baca bisai2 ya.

bayangkan sejak anda dilahirkan anda tidak pernah berjumpa dengan ibu bapa anda,ibu anda meninggal ketika anda di lahirkan, bapa anda meninggal kerana serangan sakit jantung (minta di jauhkan.syg ayah!) selepas dengar ibu anda meninggal dari doktor. dan anda tiada saudara mara untuk bergantung hidup, wajah ayah dan bonda anda tidak dapat anda bayangkan lantaran tiada foto yang di tinggalkan, dan pada ketika sekarang, anda menyambut hari lahir anda. dan dengan kuasa Allah, Allah telah meminjamkan kedua ibu bapa anda dalam masa seminggu, bayangkan anda tidak pernah mendapat kasih sayang dari ayah dan ibu, dan selepas seminggu Allah telah ambil kembali kedua ibu bapa anda dari anda.......

soalan pertama.
apa kata2 utama yang keluar dari mulut anda, apabila bertemu dengan kedua ibu bapa?
jwpn
: erkkk..urmmm...gulpp.....huhuhuhuh. (
menangis)

soalan kedua
.
apa 5 perkara yang anda lakukan selama seminggu anda jumpa ibu bapa anda?
i. berkenalan
ii. solat sama2.
iii. beri kasih sayang.
iv. jalan2 weh..sambil pegang tangan(
euww..sungguh segan ayat ini)
v. peluk, cium. dan mohon didoakan diri ini.

soalan ketiga.

siapa yang akan anda peluk dahulu antara ibu dan ayah.
jwpn : buat undian, siapa yang dulu. hhehehe.ok. aku tipu. of cos mak aku. dah puas baru ayah pulak. puas hati?

soalan ke empat.
apakah yang kamu fikir, perkataan yang keluar dari mulut kedua ibu bapa kamu ketika berjumpa dengan kamu?
jwpn: mungkin mak ngan ayah akan cakap...siapa nama anak ni? heheheh.
aku pon tak tau. kena tanya mak ngan ayak sendiri. lalalala.

soalan lima.
letak gambar mak ngan ayah kamu.
tadi si pengetag ni cakap gambar takde yag di tinggalkan.
lagipun mak ngan ayah aku tak bagi letak.
privasi katanya. hehehe.
mana boleh senang2 letak. kena bayar ok.!


sory la. entry ini dari sedey menjadi lawak.
gara2 aku yang biol neh.
tapi aku memang sayang mak ngan ayah aku.
tak sanggup hilang mereka.
tapi itu hakikat yang perlu kita telan dan terima satu hari nanti.

~semua yg hidup pasti akan pergi~

ps :apis. sory aku lamabt jawab. puas hati mu kan?hehehe.

.the end.

Monday, April 13, 2009

+mari ramai2....jom kita meriahkan+

assalamualaikum.

malam ni aku nak buat sedikit promosi.
barang baik punya...(berfikiran positif ok!)
agak besh, dan aku rasa org ni memang rajin buat benda tuh...kredit tuk paan.

jadi aku rasa tak la juga rugi atau tercemar blog aku neh.
dan langsung tidak merugikan aku kan...
kalau aku promosi barang baik ne kat sini.(dah macam jual barang pulak kan?)
aku lepak jap kat blog si Paan. member bloger yang aku tak kenal sangat.
tapi di sebabkan blog dia ne agak banyak barang bagus.
maka aku suka jugak lepak2 kat situ.

aku tertarik nak iklankan barang baik dia ne.
ni dia. team blogers: team untuk semua blogers malaysia.
laman ni macam laman web social.
frenster, myspasce dan sebagainya.
tapi banyak function weh.
seronok la jgak. bleh kenal rakan blogers yang lain.
dan boleh kongsi2 barang baik. hehehe.

aku nak upload gambar.
tapi internet low la pulak(dush3..bengang weh..).
heheh.
korang tengok sendiri la yer. kat laman web tu.
selamat bersosial networking.(betui ka ayat aku tuh!)

itu sahaja buat malam ini.
sekian.titik.



.the end.

Saturday, April 11, 2009

+ok aku tipu. jgn marah aku ye.+

assalamualaikum.

apa kabo semua?
aku memang tak tahan tengok blog aku ne kosong tak berhupdate, hehhe.
aku memang tak tahan bila tengok blog aku dah tak seceria meria dulu. (ceria ke dulu?)

entry yang lepas aku cakap mungkin aku tak kan hupdate blog.
tapi sekarang blog aku dah terhupdate! hahha.
jadi sila fahmi perkataan mungkin tersebut!
jadi kemungkinan akan banyak berlaku.
maka apa yang memmungkinkan ialah blog aku di hupdate.

apa yg ko merepek ni abu..dish3.

banyak sebenarnya yang aku nak conteng2 kat sini.
cuma kadang2 kan kespeeddan aku menaip agak seperti kura2.
jadik aku agak lazy tuk menulis.
maklumlah...pelajar cemerlangkan. tumpu pada study la katakan..(baca ayt ini dengan mata yang bersinar2 ok!)

korang nak tau. tadi pagi azab pertama aku dah lepas.
aku berjaya with flying colour dalam test silat gayung.
cuma tak lepas time begulik2 macam tenggiling tuh. (aku begulik jadi macam badak daaa....)
dan yang paling besh. aku buat gulungan 21 dengan jayanya, walau pun practice satu malam. (genius kan aku? hehehehe...)

rugi aku tak masuk sialat waktu kecik2 dulu.
kalau tak sekarang aku dah buat guling2 dah. ehehe.
sekarang semua dah keras. pinggang pun sakit ooo. huhuhuh.
tapi ini lah kecintaan aku kedua selepas debat.
walaupun setiap lepas latihan, pasti aku akan terbungkang kat dalam bilk!(huduh benorr....hehehe)

aku nak snap gambor. tapi tak sempat nak snap sebab sibuk besilat. abih baju aku kotoq...gambor yang aku sempat snap gambor cikgu aku je... ckg amir. tengkiu sifoooo.

korang rasa ni gambar curik ke. atau gambar cikgu amir tengah buat pose..hahaha. (sory cikgu. jgn belasah pulak saya pas ne. heheh)

yg ni mmg gambar curik. kesian oo. durank penat.

balik je dari silat. malam tu aku meneruskan aktiviti aku yg aku cinta yg pertama. iaitu. debat la pulak.hehehe.

usul malam ne.

AMERIKA SYARIKAT MAMPU MENJAMIN KEAMANAN DUNIA.

tajuk yang tak besh.
pastu jadi kerajaan pulak tuh.
terpaksa la sukung tu amerika. (walaupun hati tidak sudi. hahaha.)

malam ni aku lawan team kak bib, kama, dan johan. (diva upsi tu...hahaha)
tapi oleh kerana ketidak konsistenan mereka.
dan kechooiiian aku membuka konsep.
maka kami menang. yahooooooo. hahaha. kata kaza la. tak tau la betul ke tak....(nasib je kot. hehehe.)

lagi satu perkara. abis je latihan debat maka kami pun melepak di kedai makan. aku rasa. ni la pertama kali aku melepakk sampai jam 1 pagi. (sungguh. aku tak pernah buat. budak baik kan...hehhehehe..muntah sekarang..uwekkk...)

malam tu lah telah terungkai 1001 misi nusantara si baehaqi. hehehe. sungguh. aku bersyukur lahir di dunia ini, bahagia...... kalau nak tau tanya bai sendiri. hehehe. seronok kan kalau ada kawan yang memahami. disaat kita jauh dengan keluarga. maka ada yang mampu untuk buat kita ketawa dan senyum sehingga gusi kering kontang weh...

ok. itu sahaja.
jangan marah bagi namanya yang aku tertulis malam ne.
sekadar gurauan.
itu sahaja. sekian.titik.

.the end.


Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,