Tuesday, October 6, 2009

+cikgu kat upsi gelabah akibat isu posting+

Assalamualaikum..

Upsi tengah kecoh perihal isu posting yang dibekukan katanya selama 2 tahun, kemudian kenyataan tersebut dibetulkan oleh Timbalan Naib canselor Akademik dan Antarabangsa, mengatakan posting tidak dibekukan, tetapi kemungkinan pelajar akan lambat ditempatkan di sekolah-sekolah, dan beliau berpesan lagi para graduan perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar bila keluar nanti tak la tanam anggur memanjang dan besarkan perut kehadapan sahaja kerjanya. hehehe.

kadang-kadang bila aku fikir balik, elok juga isu ini timbul. boleh juga kita lihat siapa yang betul2 ikhlas belajar, atau siapa yang memang belajar kerana nak posting, kalau tak posting gelap masa depan. lawak sungguh aku tengok gelagat budak-budak upsi. bukan apa, aku juga sebahagian dari mereka, tapi macam tak percaya pulak rezeki tu Allah yang bagi, siap begaduh pulak budak2 ISMP dengan budak DPLI kat blog Upsi kini, tuduh menuduh antara satu sama lain. hei..mahasiswa, sedarlah.... ingat bagus ke gaduh2..rezeki tu Allah bagi.

dalam masa setahun, sebulan, sehari, sejam, seminit, sesaat, Allah boleh putarkan kembali keadaan mengikut kehendaknya. jadi jangan kecoh2. belajar sahaja dekat upsi dengan hati yang ikhlas dan jujur ok? Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segalanya, aku ulang sekali lagi, rezeki itu Allah yang bagi bukan KPM atau KERA-JAAN ok!

sila baca kenyataan NUTP berkenaan isu ini di sini.

sekadar renungan untuk semua..
firman Allah dalam surah Al ankabut ayat 2-3, Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

anggaplah ini sebagai ujian wahai sahabat seperjuangan ku di bumi Upsi ini. Allah hendak uji kita, sama ada kita mengadu padanya jika berlaku musibah, (ujian ini baru sedikit jika dibandingkan para rasul dan sahabat dahulu ), atau kita melatah sambil menunding salah kepada orang lain. ingat...sengketa bawa perpecahan. maka bersorak sorai musuh2 kita.

mohon maaf jika ada khilaf dalam penulisan. sekadar secangkir pendapat dari insan yang daif.
sekian.

mahk88
7 oktober
12.42 tgh/hari

9 comments:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

aku dgr byk budak upsi tgh meracau skang ni,hahaha,bertenang cikgu,bertenang!
btw,kau dapat tak?

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

hahaha.
tau takpe.

aku ka kool...
kena steady..
lagipun aku baru sem 3.
lambat lagi nak abis blajar.
malas nak pikir posting itu.

ku berserah pada Allah...

salmah salleh said...

takpela...tak jd cikgu kerajaan,jadi cikgu swasta...hehe...sementara tunggu posting, boleh kawen..yes!!

Syahir Mohamad said...

salam..
tak gelabah pun. heheh.. penuhkan diri kita dengan sebanyak mungkin kemahiran dan ilmu agar kita sentiasa bersedia dengan apa jua cabaran. walau kita tidak jadi guru tapi kita tetap pendidik dalam apa jua keadaan. hehehhe...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

mot : eawah2. dah ak sabar nak kawen yer? hehehe.

abg syair : betul ke tak gelabah. abg kan orang yang berkemahiran. mmg la tak gelabah. tu yang duk kuliah keluar kuliah tak wat apa2 kat upsi. itu yang masalah. hehehe.

Anonymous said...

SY SETUJU NGAN AWK MMG RAMAI BUDAK2UPSI YG TAK DPT POSTING ATAU GAGAL TEMUDUGA DOK TGH GELABAH & MEROYAN...ADA SETENGAH TU DAH MULA CALLING2 KABEL-KABEL YG ADA LAH KAN...ENTAH KABEL ELOK TAK...NTAH2 KABEL WAYER TERPUTUS...HA.HA.. KALAU ADA KABEL TU N DAPAT ALHAMDULILLAH LAH...NASIB KORANG LA KAN...

paan said...

posting - post - blog ???

Syahir Mohamad said...

Salam..
bukan berkemahiran. kita kena percaya setiap ketentuan dapat dari Allah. Pasti ada hikmah setiap perkara. Apa2 pun persiapan diri untk masa hadapan..

salmah salleh said...

usaha + tawakal...
kita merancang,Allah pun merancang..namun rancangan Allah itu lebih baik dr rancangan kita..

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,