Friday, February 27, 2009

.trilogy "hijab sang pencinta".

salam alaik.

setelah dua hari internet di kolej kediaman aku ni asyik offline (menyebabkan darah ini menyirap), akhirnya hari ini ok jga dengan kepantasan internet selaju larian cheetah. akhirnya terlepas segala libido aku ingin membaca blog2 sahabat blogger seperti ab dan PM(mmg aku tunggu2 setiap update mereka) hehehe. hari ni dapat juga aku baca sambil terkinja2 keseronokan (hahaha. betui ka ni?).

sebenarnya entry kali ini aku nak ceritakan sambungan novel yang aku baca hari tu. novel tulisan ramli awang mursyid. iaitu hijab sang pencinta.



dalam novel kali ni lebih seronok dan sarat dengan saspen. dan sesuatu yang kadangkala kita tak terjangka dek akal fikiran. (kalau korang nak tau baca sendiri la) hehehe. korang boleh terfikir tak, boleh ke orang yang hidup pada abad ke 15, tertidur dan hidup kembali pada abad ke 21? ( adaptasi kisah ashabul kahfi. subhanallah!)

tapi satu je la yang hampeh. ending dia tak best sangat. dan tidak seperti yang dijangka. tetapi penceritaan memang best. penuh dengan nasihat dan ingatan buat diri ini. macam mana penceritaan karekter laksamana sunan yang banyak menghidupkan setiap babak dalam novel tesebut.( ssh agaknya nak jumpa orang macam tu sekarang). dan ada sesdikit elemen sejarah yang belum terungkai sepenuhnya. yang itdak diketahui kesahihannya. namun kebenarannya seperti benar ia terjadi. aku sarannkan korang baca la. bagi yang minat la. hehehe.

p/s : perlu untuk dibaca. saya bagi 4 stars for this books! hehehe.

selamat membaca dan beramal. wslm.

Tuesday, February 24, 2009

.hati galau.

mungkin banyak perkara yang difikirkan. tak terluah rasanya. takpelah tulis kat sini pun jadi la. asalkan jiwa tenang. sebaiknya mohon kepada yang ESA. biasalah manusia. sentiasa alpa dan leka. lemahnya terlalu banyak. setiap hari ada sahaja ujian yang menimpa. mungkin itu ujian yang ESA pada hambanya. bagi menguji sama ada bersyukur atau kufur dengan nikmat nyawa yang di beri. mungkin perlu untuk aku perbaiki diri. semakin kita berusaha untuk baiki diri. semakin galak syaitan mendekati.sudah tiba masanya agaknya untuk transformasi. mudah2an dipermudahkan oleh yang ESA. malas sebenarnya untuk menulis entry berkaitan kegalauan hati. namun mudah2an ada sahabat yang bersimpati dan mendokan diri ini. agar jiwa ini tenang kembali. moga aku kuat. terima kasih!

ya RABB. kuatkanlah jiwa hamba mu ini!

.the end.

Monday, February 23, 2009

.memori dulu-dulu.

bzzzzzzz. otomen. hehehe.

assalamualaikum.

entri kali ni nak bawa sahabat2 sekalian yang seangkatan dengan saya. untuk mengimbau kisah kita dulu kala. jika ada yang nak tambah sila2 la ye.

korang yang lahir pada tahun 80-92 an mesti ingat kan peristiwa dan perkara yang kita lakukan. ala, waktu dulu2. mari kita imbau. waktu sekolah rendah, waktu hingus masih meleleh,..hehehehe.

1. kat sekolah dulu selalu ada salesmen yang datang bawa katalog buku dan buat promosi. hari ni dia datang bawa katalog. esoknya dia datang untuk tuntut bayaran. kita ni pun belila, walaupun buku tu dah tau apa ceritanya. hehehe. (budak2 biasalah....)

2.waktu kat library, nampak macam rajin baca buku, tapi sebenarnya tengok gambar je. bukan baca sgt pun. pasut siap gaduh lagi sebab berebut buku yang banyak gambar. hehehe. korang ingat tak? tapi bila sampai waktu program NILAM semua pakat pinjam buku. alaaa nak dapat anugerah la katakan! hehehe. (aku pun sama!)

3. waktu sekolah rendah dulu, budak2 waktu tu suka pakai pensel box yang ada sebelah menyebelah, sesiapa yang ada pensel box tu punya la bangga siot! hehehe. siap lip lap lagi. tapi kalo pakai sekarang huduh! hahaha.

4. waktu dulu2 suka betul main lawan pemadam, sampai pemadam tu tak diguan, sampai ada yang pemadam ada 10 biji! ish3. pemadam dah tak guna untuk memadam dah. hehehe. (aku ada 5 je)

6. pembaris pulak tak sah kalao bukan pembaris yang ada bergerigi, pastu dalam pembaris tu ada manik2 warna warni, cantik yengok dari jauh. budak2 perempuan la selalu macam ni. (aku takde pembaris) hahaha.

7.time pendidikan seni, semua tunjuk eksyen pandai melukis, ikan la, rumah la pokok dan lain2. semua nak kena puji, lukis dah kira cantik, tapi bila sampai waktu mewarna. pergh...hancur! ahhaha. aku tergolong dalam golongan tu)hehehe.

8. game yang popular waktu tu game 2d, takde la yang 3d, game yang pupular macam mario, zelda, dan sebagainya. semua pakai tape. best ooo waktu tu. hahah (budak sekarang tgk game ni tak bernafsu).

tora datang lagi!hehehe

9.waktu balik sekolah la paling best. terus singgah kedai, singgah kedai beli tora, takpun jojo, lagi satu dendang. feveret tu. hehehhe. (jgn cakap kat aku korang tak buat) hehehehe. cokelat dalam kotak mainan tu kadang2 bukan makan pun. hehehe, nak mainan je sebenarnya. betul tak?

10. kalau bab kasut pulak, korang ingat tak kasut yang ada lampu tu, yang iklan dia kasut tu buleh tembak alien? hahaha. tu pasal la kita2 lu buleh tertarik. mesti bangga siot kalau pakai kasut macam tu. hehehe.

11. siri kartun yang pemes waktu tu macam power rangers, otromen,thundercats, gaban, dragon ball,sailormooon dan lain2. tak bley ooo kalo miss, kalau tidak terlepas la sesi menyembang dengan kawan2 tentang isu2 semasa (pasal cerita karton yang baru tengok!hehehe). ada betul ka?

12. kalau setakat pokok kelapa tu no hal la... masih boleh panjat.. hebat seh.. hehehe. budak sekarang, pokok-pokok yang rendah haram diorang tak dapat panjat.


budak2 zaman sekarang takde dah mainan macam kita dulu2. dorang sekarang ngadap internet. main sms. hp tu kira wajib la ada. maju la katakan. kadang dorang lagi advance dari kita.


sekian sahaja hasil karya merepek dan merapu dari saya yang saya ciplak dan ditokok tambah menggunakan daya ingatan yang masih kuat tentang kenangan2 lalu. kalau korang nak tambah sila2 lah ya! hehehe. amatlah dialu2 kan.

p/s : mesti korang tengah senyum2 baca entri neh. aku tak tau la 30 taun lagi budak2 masa tu. apa agaknya dorang main ye? hehehe.


.the end.

Friday, February 20, 2009

.akhirnya rindu terubat!.


aku rindu ingin membaca novel seperti dulu-dulu. hari ni aku dapat baca novel kembali. novelis yang memang aku minat gila. banyak-banyak novel yang ada kat malaysia ni. novel dia ja la yang aku suka baca. setelah tertinggal 2 siri. kini aku menggapai untuk membaca semula! hehehehe. novelnya yang tengah aku baca ni tajuknya "cinta sang ratu" aku pinjam dari kawan aku. terima kasih la ya Atun! lama dah aku tak baca novel. gian siot! hehehehehe. walaupun novel ni dah lama keluar. tapi aku tak berkesempatan nak baca. sibuk sangat.! aku tengah curi-curi masa untuk membaca. hehehehehe. aku cadangkan siapa yang tak suka baca novel. korang baca novel tulisan Ramli Awang Mursyid dan Faisal Tehrani. mesti ada benda baru yang korang belajar. sebab novel dia bukan picisan. boleh la kalau nak tambah ilmu pengetahuan.

selamat membaca, dan beramal!


.the end.


Tuesday, February 17, 2009

.aku pening+malas+azab.

boleh gila kalau macam ni!

Ya Allah. kenapa la aku ni. asyik malas saja. asigment banyak yang perlu dibuat dan perlu untuk di submit jumaat dan isnin. sungguh masanya sudah hampir. tapi aku belum mula lagi. cari nahas namanya. teringat entry sorang sahabat yang bertajuk 'makanya jgn bertangguh'. bila baca buat aku insaf seketika. tapi selepas itu habis sepi dibawa angin dan angan-angan. aduh. asigment perlu di submit.

dasar dan falsah :group work (25 ms)
delekuensi remaja: penyelewengan seksual (bentang esok)

kenegaraan : esei strategi mengekalkan perpaduan.


satu pun belum aku buat. teruknya aku ni. ish3. mudah2an aku dapat buat hari ini dan esok untuk siapkan. doakan aku ya. lepas aku tulis entri ni aku nak mula buat. huhuhuhuh. teruknya. azabnya buat kerja last minute. padan muka. siapa suruh malas!

moga aku dapat siapkan. jazakallah khair. wslm.


.the end.

Monday, February 16, 2009

.kawan+hari terbuka+layanan baik.

salam alaik.

sekadar penghargaan buat kawan yang melayan begitu baik. aku kira boleh dikongsi untuk semua agar jadi contoh dan teladan.

semalam 15.2.2009. berlangsung karnival hari terbuka kolej Aminudin baki. hari tersebut hari yang terakhir karnival tersebut berlangsung. jadi aku dengan beriya-iya dan semangat nya pergi ke karnival ter sebut. dengan harapan ada sesuatu yang dapat aku beli kat sana. memang ada sesuatu yang aku beli. aku tertarik dengan satu botol kecik minyak wangi. wangi sungguh. harga tujuh ringgit. aku bagi 5 bintang. sebab berbaloi. dari satu gerai ke satu gerai aku singgah. nampaknya semua tidak mampu menarik perhatianku+duit pokai. hahahaha. jadi sekadar menjengah dan memantau seperti seorang penguatkuasa lagaknya.(ada ke). dah bosan pusing-pusing baru aku teringat aku ada kawan tinggal di kolej berdekatan kolej ni. jadi aku dengan muka tak tau malu mendail nombor beliau.

minyak wangi yang aku beli (fawakeh)

abu: salam jirul.
jirul: wslm.
abu: aku ada di bawah suda ni. tapi aku tak tau mana satu rumah kau.
jirul : ala rumah dekat depan rumah aku sem lepas.
abu : blurrrrrr...tak ingat.(maklumlah,kali ketiga dtg ke kolej ni, dalam masa setahun)
jirul : (menjenguk dari atas ke bawah, sambil senyum).
abu : ok. hehehe. aku naik.
.tup. hp dimatikan.

masa untuk menyusahkan sahabat sudah tiba. jeng,jeng, jeng.

petang tu sekali lagi aku mengajak beliau turun pi karnival. singgah lagi dari satu kedai ke satu kedai. akhirnya. sampai ke gerai menjual makanan.

jirul : ambik la. aku bayar.
abu : eh. takpala.

jirul : ko ni. ambik jak. aku bayar.

abu---maka aku pun ambil la dengan muka tak tau malu. dalam hati dah malu dah tu.(buat-buat tak tau)
abu: terima kasih.


lepstu kitaorang balik rumah. makan apa yang dibeli tadi sambil berborak kisah-kisah silam. kisah di sekolah. waktu nakal-nakal dulu. banyak yang di borakkan. maka gelak pun banyak juga. kisah silam yang lucu semua terkeluar balik. hahahahahaha. sungguh lawak.

malam tu aku di jamu lagi dengan nasi lemak. aku tak tau la berpa harganya. aku nak bayar dia tak bagi. adui. sekali lagi aku rasa segan. baik pulak dia ni dengan aku. aku doakan ko murah rezki. dia cakap, tetamu kena layan dengan baik selama tiga hari. aku bukan apa, sebab aku ni kawan dia, tak kan la layan macam tu sekali. sebab aku pelajar, ko pun pelajar, jadi aku paham la juga ekonomi student ni macam mana. azab ooo. tapi aku bersyukur.

malam tu aku buat kali ketiganya aku "menyusahkan" kawan aku. hehehehehe. sory my pren. aku ajak dia tengok konsert akhil hayy ngan waheeda. hampeh tul waheeda nyanyi. tapi sampai ke akhil hayy. fuyooo. bestnya.terangkat dengar vokal dia. puas juga libido aku dengar. kalau tidak. ish3. tak tau la apa jadi. dah selesai majlis. kitaorang balik.

sampai bab nak tidur. aku fikir gak. tak kan la aku nak tidur satu katil dengan dia.dah la aku besar@gempal.tak muat kati. tapi tak la aku cakap. aku diam ja. tiba-tiba dia cakap. abu ko tidur la atas katil aku. aku tidur di bawah. tersentak lagi sekali. buat kali ke empat aku "menyusahkan" orang. tapi apa boleh buat. dah dia cakap macam tu.aku cuba menolak. tapi dia cakap takpa. ko kan tetamu. terharu lagi sekali. baiknya ada kawan macam ni.

pagi esoknya. dia belanja lagi aku makan tengah hari. nasi putih+telur dadar+ayam masak kicap. buat kali kelima aku menyusahkan orang. dalam hati aku bermonolog.(kalau 3 hari aku duduk sini, bankrap@muflis kawan aku ni.) tak boleh aku duduk sini lama-lama. nasib malam ni aku ada kelas. kalau tidak gamaknya aku kena tahan lagi sehari. oh tidak. bukan tidak mahu. tapi aku tak mau susahkan orang lagi. jam 2 petang aku balik. sampai ke kolej keseyangan kolej harun aminurrashid. dengan kenangan layanan yang baik dari seorang kawan. aku tak pernah di layan seperti itu. tu yang aku terkedu tu.

nak kenal kawan aku? ni dia.(sory jirul, aku amik kat fs kau. sbb gambar yg aku tangkap tadi tak clear-mohon kebenaran.)

Mohd Azirul Bin Jemrin (sahabat yang baik)

itu saja yang aku nak coretkan. moga aku boleh jumpa ramai lagi kawan yang macam ni. bahagia hidup. walau dalam hati rasa tak mungkin ada di akhir zaman ini. sahabat yang begitu baik dalam melayan sahabat yang lain. betullah jika kita hayati satu kata-kata. janganlah kita lihat keburukan seorang sahabat walau dia sejahat mana. tapi lihatlah kepada kebaikan-kebaikan yang dia ada. walau hanya satu kebaikan yang sahabat itu ada.

jazakallah khair.wallahualam. selamat beramal.


.the end.

Sunday, February 15, 2009

.tag lagi.

salam. mari isi masa lapang, dengan menjawab tag dari sahabat-sahabat bloger. tag ni datangnya dari kak yana. aku jawab ja la. tapi aku redah je. betul atau tidak pikir la sendiri guna akal yang waras. layannnn......

Use the first letter of your name to answer each of the following questions:
1. What is your name : Muhammad Abu Handhalah Bin Kamil.
2. A four letter words : Mmmm----when thinking bout something.
3. A boy's name : Matassian----a realy good friend.
4. A girl's name : Maisarah----my doughter name oneday.(ahaks)
5. An occupation : mengajar someone bout life.----my ocupation one day.(wink!)
6. A color : maroon----i dont have any choice.but this one is suit fo letter m.(giggleee)
7. Something you'll wear : my father shirt or shoes.(hehehehehehe)
8. Something found in school: meja. of cos la.(where scholl dont have a meja? maybe.)
9. A food : mee (of cos my favourite. mee kari, mee bandung, mee hailam..ooo so many)
10. Something found in the bathroom: miror( who the pretiest n handsome??)
11. A place : mecca ( of cos..thats my dream..one day i hope my foot will steep on that holy place)
12. A reason for being late : makan (hahaha...my hobby..oh no lecturerr was erupted!)
13. Something you'd shout : mengantuk----yawn.
14. A movie title : My mom is not your mom! ( coming soon next year at the cinema...hahahaha)
15. A musical group :Muhd abu orchestra. ( call me if got any function 013-xxxxxxx)
16. A street name : muhd abu orang kaya-kaya road (hahaha..aminnnn)
17. A type of car : Mercedes benze (of cos when igot the title orang kaya muhd abu.dreaming!)
18. The title of a song : Mau makan ka! (song & lyrics : by Muhd Abu---just wait n see)

tak tau la na tag siapa tapi aku nak tag juga sorang dua. yang perlu mewajibkan diri menjawab tag ini ialah:

tasneem:kawan baru.
abg faiezi: sory tau abg sibuk.ada masa lapang jawab la ya.
salmah: tag ko yang pertama aku rasa.
kak eya: tag yg lepas belum jawab lagi.

itu sahaja. selamat beramal. moga di berkati. wassalam.



.the end.

Saturday, February 14, 2009

.kawan?adik?.


tiba-tiba aku teringat kat kawan aku, kira junior aku kat sekolah dulu, rapat gila. lama dah tak jumpa. keluarganya selalu pindah randah( bukan nomad ya). pindah sebab tuntutan kerja ayah dan ibunya. selalu naik pangkat la katakan.last dengar pindah di johor.mungkin suatu hari boleh jumpa lagi. dik mat kira bertuah la ni. ada entri khas utk dirimu.hehehehehe.nanti kalau kita jumpa. nak ukur siapa lagi tinggi.hahahaha..mungkin saya tidak akan kalah buat sekian kalinya. terimalah kenyataan wahai sahabat yang dirimu itu rendah!(jgn marah.sekadar bergurau.). Abdul Fattah Naim Bin Abu Hanifah.



.the end.

Friday, February 13, 2009

PaNtAnG dIcAbAr!!

terima kasih kerana mencabar diri ini yang sememangnya pantang dicabar jika terlalu banyak cabaran.(eh apa yang aku cakap ni?)...hahhaa...ok hafiz dan fawiz...i take your chalenge.. the chalenge is? jeng...jeng...jeng...

gambor ni!!!

gambar ni diambil pada tahun 2007, ketika aku berada di tingkatan 6, semua yang kat atas tu adik beradik kita mula dari kiri yang pegang budak tu...budak kecik tu namanya Hamimah Alkhansa (anak buah aku yg sekarang ni dah pandai belari), pastu juwairiyah (sekarang kat maktab tawau..adik aku), seterusnya aku, lepastu abgku ( muhd uwais Alqarani...dekat INSTEP sekarang..amik pengurusan kos...), seterusnya baju kuning tu kakak aku,Halimatun Syaadah (dia sekarang duduk rumah, baru abis poly, tanam anggur a.k.a suri rumah..hahhaa), yang budak laki pakai baju itam tu adik aku, namanya muhd qusyairi( dia belajar kat mahad tahfiz,kat sabah...perasan ensam ja kerjanya..hahahaha..tapi aku sayang dia), dan akhir sekali adik aku jga, namanya saidah nafisah (teror speaking BI ni, tapi bahasa melayu kantoi...hahahhahaha..belajar kat SMK agama Kota Kinabalu)....eh lupa pulak..gambor ni di tangkap waktu hari raya eidul fitri...lalalalla.

cabarannya ialah????

-Go to your photos folder in your computer.
-Go to the 6th folder of photos.
-Go to the 6th picture in that folder.
-Put the picture on your blog and description of it.
-Invite six friends to join the challenge.
-Link them in your blog and let them know they have been challenged,


so aku dengan muka seposen dan tak tau malu aku cabar la orang lain utk buat benda ni..ehehehhe...

1.abg arif Ukm----buat2 tak tau..hahhaha.
2.samsul juwait..jauh ko tu..tapi bule lagi aku cabar ko..hahhaa
3.kak eya..dengan senang ati..hehhe
4.syafiqah..wei jawab la..tag aritu ko tak jawab pun..hehhe.
5.asleha...jawabya..tunaikan janjimu!
6.qayum...ki3..for the first but not last.....
7.ayient!!! ba..apa lagi masukkan gambar kiut mu tu..

selamat beramal...wslm.

Thursday, February 12, 2009

akhirnya..........siap!!

salam alaik..entri kali ini mengisahkan diriku yang tak pandai nak insaf2..hahah..sem lepas cakap dah tak nak buat sem ni, tapi buat juga..ni la manusia...sentiasa lupa,alpa dan leka..

lapang sikit dada aku, buat kerja last minit memang tak elok, tapi memontum tu ada, akhirnya siap kerja dasar dan falsafah sebanyak 20 muka usrat tu, agak berpuas hati kerana buat sendiri...no copy paste tau..berdosa..tak berkat...(pesanan ikhlas dari abu).

aku macamnak declare skali lagi ni..tak nak wat kerja last minute...tapi tak tau la aku ikut atau aku..kawan2 ingatkan aku...manusia2..hehhe..

chow..aku nak pi solat jumaat..jazakallah khair..wslm.

Sunday, February 8, 2009

mandi berlimau tapak dan berlimau seni??

assalamualaikum semua.
entri kali ini aku nak tulis mungkin ramai yang tau, dan mungkin ramai yang tak tau, siapa yang pernah mengikuti kelas silat seni gayung pasti akan melalui proses ini, iaitu mandi berlimau tapak dan berlimau seni.

bagi seorang pelajar baru, dan sebagai tanda menjadi ahli seni silat gayung, maka perlu menjalani adat ini, iaitu mandi berlimau tapak, mandi berlimau tapak ini perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan, (ikut cakap guru kan berkat)...selepas mandi berlimau tapak, pelajar lelaki perlu pla mandi berlimau seni, tapi boleh dibuat pada waktu yang lain.

bagi anak murid gayung wanita akan terus mandi berlimau seni, mereka ini diberi keistimewaan untuk terus melakukan mandi berlimau seni, kalau nak tau kenapa, jom pakat ramai2 masuk seni silat gayung.

tapi satu perkara yang meng hairan kan diri ini ketika upacara berlangsung. saya orang yang pertama yang menjalankan adat tersebut. apabila limau nipis dipotong, tiba2 cikgu azman bertanya kat saya...

ckg azman : dah bertunang ke?
abu : belum ckg.

ckg azman : dah ada kawan (makwe)?

abu : belum ckg.

ckg azman : (senyum) tak lama lagi la tu....(masih tersenyum)

abu : ?????


saya jadi blur.....pikir punya pikir..ala biar ja la..hehhe..kalau betul ok juga...tapi jodoh tu kan di tangan tuhan. saya terima mana yang terbaik buat diri.

gambar yang sempat di snap!!

bahan mandian berlimau tapak(lilin tu tak termasuk.)

bahan mandian belimau seni.

fikir2 kan..dan jom masuk silat gayung kalau nak tau lebih lanjut. selamat beramal..tata...jazakallah khair jaza...wslm.


Wednesday, February 4, 2009

jawab tag dari kak shida.

jawab tag dari kak shahida..mesti korang tak sabar mau baca kan..lets the secret revealed....hahhaha....layan.....

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda

-beriman
-memahami diri ini (terimalah seadanya..hehehe..banyak kurang ni)
-of cos pandai masak
-tak cerewet
-klakar....tapi jgn lebey2 ya..hahaha
-loving + tegas
-cantik+budi bahasa+sekufu...(tapi ciri ni kalau tak dipenuhi pun takpa....ni yg last di tengok..yg penting yang 6 diatas tu setle....hehehe...)

2. 7 wanita/lelaki yang anda minati sepanjang hidup

- ayah aku- kamil bin ahmad- syg sgt ngan ayah...terima kasih ayah...
- mama aku - rusnah binti daud - syg sgt kat mama...
- adik beradik ku. banyak ooo..tak cukup kolum nak tulis..hehehe
- si dia?? ada ke??~~~lalalala..tak pasti diterima atau tidak....
-mursyid aku...
-dah takde dah....hehehe...sory tak abis kolum.....

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang anda minati

- gembira
-hati berbunga2
-rasa dihargai
-malu2 kucing jiran aku..hehehe
-gumbiraaaaaa lalalalala...
-tak tau da apa perasaan..
-pikir la sendiri...hahahah

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama teman anda

- tanah suci mekah..teringin sangat nak pi....
- nak jalan2 kat australia...ehehhhe..nak tunggang kanggarooo...hehehe
- gunung everest..hehehe.(mati la istri aku kena ikut..haah)
- segitiga bermuda...ish3 pelik2...ahaha
- nak pi palestin.....
- zooo??? ye kot........boleh la....
- menginap kat hotel dalam laut..cantik siot....hehhehehe...

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

- jam loceng,,spy tak lambat bgn subuh..hahaha..
- barang kemas??..ye kot...(bertuahnya badan)
- baju/seluar dan lain2..ehhehe..kawin ngan aku tak yah beli dah pakaian..suma aku bagi..hahahha..
- bunga..................heheheh......
- apa2 la yg si dia suka..hahaha...
- chowwwww...dah takde dah..blurrr...

6. 7 lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

- menanti di bazakh..hahaha( malangnya...)..insaf2..
- tak pandai nyanyi la...
- suara tak sedap...
- ssh nak jawab tag ni..
- kena jujur kan.
- jadi tu je la satu lagu yg aku tau..
- tabah je la..ahahaha...

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu menjawab perihal 7 ini

- suhaimi---aku tau ko suka jawab
- ali khafjie--- jawab ya dik..hahah
- tasneem..kalau dia buka blog aku la..aku pun tak kenal sgt...jawab la ya.
- abg faiezi--- jawab bang....mau tgk abgnya jawapan.
- syazwani---e2n..jawabya.
- syafiqah idris----kekasih lamaku ni..baik ko jawab..hahaha
- sle......bah jawab ya sle..kasi ilang boring mu..hahha...

p/s: semua yang diatas adalah sekadar menjawab taging...mungkin ada yg betul dan ada yg tidak...hehehe...

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,