Friday, February 27, 2009

.trilogy "hijab sang pencinta".

salam alaik.

setelah dua hari internet di kolej kediaman aku ni asyik offline (menyebabkan darah ini menyirap), akhirnya hari ini ok jga dengan kepantasan internet selaju larian cheetah. akhirnya terlepas segala libido aku ingin membaca blog2 sahabat blogger seperti ab dan PM(mmg aku tunggu2 setiap update mereka) hehehe. hari ni dapat juga aku baca sambil terkinja2 keseronokan (hahaha. betui ka ni?).

sebenarnya entry kali ini aku nak ceritakan sambungan novel yang aku baca hari tu. novel tulisan ramli awang mursyid. iaitu hijab sang pencinta.



dalam novel kali ni lebih seronok dan sarat dengan saspen. dan sesuatu yang kadangkala kita tak terjangka dek akal fikiran. (kalau korang nak tau baca sendiri la) hehehe. korang boleh terfikir tak, boleh ke orang yang hidup pada abad ke 15, tertidur dan hidup kembali pada abad ke 21? ( adaptasi kisah ashabul kahfi. subhanallah!)

tapi satu je la yang hampeh. ending dia tak best sangat. dan tidak seperti yang dijangka. tetapi penceritaan memang best. penuh dengan nasihat dan ingatan buat diri ini. macam mana penceritaan karekter laksamana sunan yang banyak menghidupkan setiap babak dalam novel tesebut.( ssh agaknya nak jumpa orang macam tu sekarang). dan ada sesdikit elemen sejarah yang belum terungkai sepenuhnya. yang itdak diketahui kesahihannya. namun kebenarannya seperti benar ia terjadi. aku sarannkan korang baca la. bagi yang minat la. hehehe.

p/s : perlu untuk dibaca. saya bagi 4 stars for this books! hehehe.

selamat membaca dan beramal. wslm.

Tuesday, February 24, 2009

.hati galau.

mungkin banyak perkara yang difikirkan. tak terluah rasanya. takpelah tulis kat sini pun jadi la. asalkan jiwa tenang. sebaiknya mohon kepada yang ESA. biasalah manusia. sentiasa alpa dan leka. lemahnya terlalu banyak. setiap hari ada sahaja ujian yang menimpa. mungkin itu ujian yang ESA pada hambanya. bagi menguji sama ada bersyukur atau kufur dengan nikmat nyawa yang di beri. mungkin perlu untuk aku perbaiki diri. semakin kita berusaha untuk baiki diri. semakin galak syaitan mendekati.sudah tiba masanya agaknya untuk transformasi. mudah2an dipermudahkan oleh yang ESA. malas sebenarnya untuk menulis entry berkaitan kegalauan hati. namun mudah2an ada sahabat yang bersimpati dan mendokan diri ini. agar jiwa ini tenang kembali. moga aku kuat. terima kasih!

ya RABB. kuatkanlah jiwa hamba mu ini!

.the end.

Monday, February 23, 2009

.memori dulu-dulu.

bzzzzzzz. otomen. hehehe.

assalamualaikum.

entri kali ni nak bawa sahabat2 sekalian yang seangkatan dengan saya. untuk mengimbau kisah kita dulu kala. jika ada yang nak tambah sila2 la ye.

korang yang lahir pada tahun 80-92 an mesti ingat kan peristiwa dan perkara yang kita lakukan. ala, waktu dulu2. mari kita imbau. waktu sekolah rendah, waktu hingus masih meleleh,..hehehehe.

1. kat sekolah dulu selalu ada salesmen yang datang bawa katalog buku dan buat promosi. hari ni dia datang bawa katalog. esoknya dia datang untuk tuntut bayaran. kita ni pun belila, walaupun buku tu dah tau apa ceritanya. hehehe. (budak2 biasalah....)

2.waktu kat library, nampak macam rajin baca buku, tapi sebenarnya tengok gambar je. bukan baca sgt pun. pasut siap gaduh lagi sebab berebut buku yang banyak gambar. hehehe. korang ingat tak? tapi bila sampai waktu program NILAM semua pakat pinjam buku. alaaa nak dapat anugerah la katakan! hehehe. (aku pun sama!)

3. waktu sekolah rendah dulu, budak2 waktu tu suka pakai pensel box yang ada sebelah menyebelah, sesiapa yang ada pensel box tu punya la bangga siot! hehehe. siap lip lap lagi. tapi kalo pakai sekarang huduh! hahaha.

4. waktu dulu2 suka betul main lawan pemadam, sampai pemadam tu tak diguan, sampai ada yang pemadam ada 10 biji! ish3. pemadam dah tak guna untuk memadam dah. hehehe. (aku ada 5 je)

6. pembaris pulak tak sah kalao bukan pembaris yang ada bergerigi, pastu dalam pembaris tu ada manik2 warna warni, cantik yengok dari jauh. budak2 perempuan la selalu macam ni. (aku takde pembaris) hahaha.

7.time pendidikan seni, semua tunjuk eksyen pandai melukis, ikan la, rumah la pokok dan lain2. semua nak kena puji, lukis dah kira cantik, tapi bila sampai waktu mewarna. pergh...hancur! ahhaha. aku tergolong dalam golongan tu)hehehe.

8. game yang popular waktu tu game 2d, takde la yang 3d, game yang pupular macam mario, zelda, dan sebagainya. semua pakai tape. best ooo waktu tu. hahah (budak sekarang tgk game ni tak bernafsu).

tora datang lagi!hehehe

9.waktu balik sekolah la paling best. terus singgah kedai, singgah kedai beli tora, takpun jojo, lagi satu dendang. feveret tu. hehehhe. (jgn cakap kat aku korang tak buat) hehehehe. cokelat dalam kotak mainan tu kadang2 bukan makan pun. hehehe, nak mainan je sebenarnya. betul tak?

10. kalau bab kasut pulak, korang ingat tak kasut yang ada lampu tu, yang iklan dia kasut tu buleh tembak alien? hahaha. tu pasal la kita2 lu buleh tertarik. mesti bangga siot kalau pakai kasut macam tu. hehehe.

11. siri kartun yang pemes waktu tu macam power rangers, otromen,thundercats, gaban, dragon ball,sailormooon dan lain2. tak bley ooo kalo miss, kalau tidak terlepas la sesi menyembang dengan kawan2 tentang isu2 semasa (pasal cerita karton yang baru tengok!hehehe). ada betul ka?

12. kalau setakat pokok kelapa tu no hal la... masih boleh panjat.. hebat seh.. hehehe. budak sekarang, pokok-pokok yang rendah haram diorang tak dapat panjat.


budak2 zaman sekarang takde dah mainan macam kita dulu2. dorang sekarang ngadap internet. main sms. hp tu kira wajib la ada. maju la katakan. kadang dorang lagi advance dari kita.


sekian sahaja hasil karya merepek dan merapu dari saya yang saya ciplak dan ditokok tambah menggunakan daya ingatan yang masih kuat tentang kenangan2 lalu. kalau korang nak tambah sila2 lah ya! hehehe. amatlah dialu2 kan.

p/s : mesti korang tengah senyum2 baca entri neh. aku tak tau la 30 taun lagi budak2 masa tu. apa agaknya dorang main ye? hehehe.


.the end.

Friday, February 20, 2009

.akhirnya rindu terubat!.


aku rindu ingin membaca novel seperti dulu-dulu. hari ni aku dapat baca novel kembali. novelis yang memang aku minat gila. banyak-banyak novel yang ada kat malaysia ni. novel dia ja la yang aku suka baca. setelah tertinggal 2 siri. kini aku menggapai untuk membaca semula! hehehehe. novelnya yang tengah aku baca ni tajuknya "cinta sang ratu" aku pinjam dari kawan aku. terima kasih la ya Atun! lama dah aku tak baca novel. gian siot! hehehehehe. walaupun novel ni dah lama keluar. tapi aku tak berkesempatan nak baca. sibuk sangat.! aku tengah curi-curi masa untuk membaca. hehehehehe. aku cadangkan siapa yang tak suka baca novel. korang baca novel tulisan Ramli Awang Mursyid dan Faisal Tehrani. mesti ada benda baru yang korang belajar. sebab novel dia bukan picisan. boleh la kalau nak tambah ilmu pengetahuan.

selamat membaca, dan beramal!


.the end.


Tuesday, February 17, 2009

.aku pening+malas+azab.

boleh gila kalau macam ni!

Ya Allah. kenapa la aku ni. asyik malas saja. asigment banyak yang perlu dibuat dan perlu untuk di submit jumaat dan isnin. sungguh masanya sudah hampir. tapi aku belum mula lagi. cari nahas namanya. teringat entry sorang sahabat yang bertajuk 'makanya jgn bertangguh'. bila baca buat aku insaf seketika. tapi selepas itu habis sepi dibawa angin dan angan-angan. aduh. asigment perlu di submit.

dasar dan falsah :group work (25 ms)
delekuensi remaja: penyelewengan seksual (bentang esok)

kenegaraan : esei strategi mengekalkan perpaduan.


satu pun belum aku buat. teruknya aku ni. ish3. mudah2an aku dapat buat hari ini dan esok untuk siapkan. doakan aku ya. lepas aku tulis entri ni aku nak mula buat. huhuhuhuh. teruknya. azabnya buat kerja last minute. padan muka. siapa suruh malas!

moga aku dapat siapkan. jazakallah khair. wslm.


.the end.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,