Friday, January 15, 2010

ketika cinta bertasbih 2

assalamualaikum.

untuk pengetahuan anda semua. aku bukanlah orang yang romatik atau jiwang.(bukan promosi). tetapi aku juga bukanlah seorang yang hati kering. tidak tahu nak nilai apa itu cinta. maka kadang-kadang aku bermonolog sendiri berkaitan dengan perasaan pelik itu. iaitu cinta. oleh kerana aku juga manusia biasa. maka aku juga inginkan cinta. hehehe.

maka tidak salah bukan kalau aku layan cerita cinta. yang penting mesenge nya sampai dan baik utk semua. aku sempat untuk meluangkan masa menonton sambungan cerita ketika cinta bertasbih. dan bagi aku cerita ini amat baik. mungkin ada sedikit kekurangan atau pertikaian yang boleh wujud. tetapi mungkin ia juga boleh dijadikan contoh. cerita ini menunjukkan cara hidup islam. walaupun tidak seindah di dalam novel. tetapi nilai2 islami itu masih ada.

aku nak buat sinopsi cerita aku malas. apa kata aku ceritakan endingya terus. hahaha. mesti ada yang bengang kan? kalau ada kawan2 yang nak tgk. meh la ke bilik aku. sedut je. bagi yang jauh tu. korang donload la sendirik kat syok.org. ok lah. aku nak gi solat subuh. :)

tak tahulah bila lagi aku akan tgk cerita sebegini. :)

sekian.
wslm. :)

Wednesday, January 13, 2010

manusia sering berburuk sangka

assalamualaikum.

perasaan yang buruk dan keji itu datangnya dari syaitoon. maka jika dituruti, kita adalah sahabat mereka. maka tabiat suka berburuk sangka juga adalah bisikan halus dari syaitoon. supaya anak adam ini berpecah belah.

jarang sekali ada yang nak berbaik sangka dengan orang lain. hatta dia adalah sahabat baik sendiri. ada saja yang nak di kata. maka bersorak sorai lah si syaiton. mission acomplish. :)

manusia ini juga fiil nya suka membuat intepretasi awal. jika dia melihat seorang yang sering bermuka masam atau jarang senyum. maka dia akan terus menghukum dengan mengatakan si dia itu adalah sombong. tanpa mahu mengenal hati budi. anda tak tahu kan, kalau mmg muka dia fix macam tu. tapi itulah manusia. maka pengajaran pertama : anda hendaklah sentiasa senyum dan ramah mesra dengan orang-orang yang suka bersangka buruk ini.

jika kita melihat seseorang, kita hanya kenal 10% dari peribadinya. mungkin penilaian awal. maka selebihnya kita perlu untuk dekati dan fahami orang itu. maka 90% lagi anda akan dapat. jika perangainya sama apa yang anda gambarkan, jika baik anda beruntung, jika sebaliknya maka anda kenalah terima dan nasihat. mana tahu dia beruabah kerana anda. maka anda dapat pahala yang berpanjangan bukan? pengajaran ke dua : jgn sesekali terasa anda di caci atau dimaki oleh orang lain jika ada yang menjeling2 anda. mana tahu dia nak ushar anda.



"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah." (Sahih Muslim)

sekian.
wslm

Tuesday, January 12, 2010

Pemergian yang amat jauh.

Assalamualaikum.

aku baru pulang dari pemergian yang jauh. semata-mata untuk memberi penghormatan dan rasa kasih aku kepada 2 orang yang kukira abangku di bumi bertuah ini yang telah pergi ke tempat yang amat jauh dan diluar ruang lingkup pemikiran manusia.

rasa terkilan yang amat sangat, aku tidak sempat menatap wajah arwah. rasa yang betul2 buat aku terasa kehilangan. terbayang-bayang wajah arwah, setiap kali aku sendiri. mungkin aku perlukan seminggu dua utk mengurangkan rasa-rasa ini.

hati kami bertaut atas dasar gerak kerja islam. tutur dan senyum mereka buat aku betul2 terasa. dua butir permata pejuang yang hilang.

"ya Allah ampunkanlah dosa akhi fadhiri.."
"ya Allah selamtkanlah akhi faizol.."

buat dua akhi yang dicintai. saya doakan keselamatan dan kesejahteraan anda di sana. walau akhi berdua tiada di sisi, namun semangat akhi sentiasa ada bersama saya. setiap bait nasihat yang diberi akan saya semat kukuh. syukran jazilan atas segalanya.

benarlah, kematian itu datang tidak diberitahu, jika itu waktunya. maka tidak terlewat sesaat mahupan terawal sesaat. on time. moga ia menjadi kekuatan utk aku berada di jalan ini. ya Allah tempatkanlah mereka bersama orang yang beriman dan layak untuk syurgamu. Amin.

dari esak nafas.
sekian.
wslm

Wednesday, January 6, 2010

kambing hitam lagi.

Sarjan TUDM, peniaga mengaku tak bersalah minta dibicara

PETALING JAYA: Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran, 42, dan ahli perniagaan, K Rajandran Prasad, 37, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, berhubung kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM bernilai RM100 juta, pada 2007 dan 2008.

Kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Tharmendran, dari Pangkalan TUDM Subang dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Kanan, Mohamad Shukri Mohamad Yusop melakukan kecurian dalam bangunan Materiel Processing Shed, Matra 1, Pangkalan TUDM Kuala Lumpur, Sungai Besi, iaitu dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 bernombor E227718 dan E227856... selebihnya anda boleh baca di (sini).

::::::::::::::::::::::: - :::::::::::::::::::::::

korang rasa isu ni ada iras2 kes altantuya tak? mengikut analisis awal aku, mereka berdua ni akan dikambing hitamkan. kemudian perbicaraan akan berlangsung dalam jangka masa waktu yang panjang. dan apabila perbicaraan itu lama dan bertangguh-tangguh, pasti akan banyk isu dan perkara baru yang muncul atau di ada-adakan, untuk menutup atau mengaburi isu yang asal. paham sgt dah aku permainan orang politik ni.

logik ke, manusia yang berpangkat sarjan boleh nak songlap 2 enjin jet pejuang yang besar gabak tu?? kalau betul dorang buat, mesti ada "ular sawa" yang jadi dalang bukan?? maka kesian lah "ikan bilis" ini mendapat publisiti murahan dengan kesalahan menyonglap 2 enjin jet pejuang itu. kemudian akhirnya mereka dibebaskan atau kes ini akan senyap macam tu je. tanpa ada resolusi atau penyelasaian. dankemudian mereka akan pastikan rakyat2 marhein ini lupa dengan menimbulkan isu yang lain.cerdik bukan mereka?

cukup2lah kita diperbodohkan. cukup2lah kita dipermainkan. cukup2lah kita hanya jadi orang yang mendengar semata-mata kemudian diam. kemudian berkata dalam hati " biarlah orang politik dengan dunia mereka, ada aku kesah??". cukup2lah kita menjadi orang yang hanya percaya membabi buta apa yang politikus katakan. hari ini mereka berkata begini. hari esok mereka kata perkara yang lain.

aku sekadar meluahkan pandangan, tidak bertujuan untuk menghasut dan sebagainya. jika kamu semua rasa apa yang aku cakapkan betul, maka ambil, jika tidak. buang lah jauh2. nilailah dengan mata hati dan ilmu. jgn sampai suatu masa kita menyesal tak berkesudahan.

aku perlukan pandangan anda semua. sekian.
wslm.

Friday, January 1, 2010

sebagai bakal guru. aku juga terasa.

Assalamualaikum.

mereka cakap, untuk penempatan tempat untuk mengajar, diutamakan kepada pelajar IPG dan pelajar tajaan KPM sahaja. maka pelajar jurusan pendidikan yang diberi pinjam oleh "along". hanya boleh kebil2 mata sahaja. tunggu sahaja kekosongan. baru boleh ditempatkan untuk mengajar.

statement diatas memang tidak boleh blah kan?

mereka tahu tak apa itu maksud kualiti??
maksud berat sebelah tahu tak?
maksud keadilan dan kesaksamaan serta hak manusia tu tahu tak??

oleh kerana entry ini ditujukan kepada mereka2 yang memegang tampuk pemerintahan kera-jaan. maka aku tidak mahu memberi maksud perkataan2 di atas. sebab mereka juga tahu.mungkin lebih dari tahu. jgn buat2 tak tahu sudah lah.

aku tidak kesah, jika mereka mengeluarkan statement tersebut disebabkan oleh kualiti pelajar IPTA jurusan pendidikan yang diberi biaya oleh "along" ini memang kualitinya macam hampas atau hampagas. tapi bukan semua macam hampas dan hampagas oke. lagi banyak yang kualiti lebih baik dari pelajar KPM dan IPG.

pernah dengar tak statement jawa yang berbunyi " who strive hard, they get what they deserve". maka, tak adil bukan jika mereka yang macam hampas dan hampagas itu. senang lenang dapat mengajar anak bangsa, kerana mereka ditaja oleh KPM dan pelajar IPG??

rezeki itu hak Allah, dan Allah dah tetapkan rezeki untuk setiap hambanya. dan aku yakin setiap lahirnya anak adam itu kebumi. rezekinya sudah ada. tetapi berbeza setiap manusia. maka aku tidak kesah tentang isu penempatan, sebab aku lama lagi nak habis belajar. tetapi yang aku kesahkan sebab statement mereka memang tak ble blah. berat sebelah!!

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan??

kita tukar lah. bersempena dengan naiknya harga gula dan statement hampagas tersebut.

"kerajaan didahulukan,rakyat diabaikan" dan "kapitalis di dahulukan, keuntungan diutamakan"

ke guane??

sekian sahaja luahan perasaan aku pada hari ini.
siapa yang terasa aku minta maap awal2.
wslm. :)


Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,