Friday, January 1, 2010

sebagai bakal guru. aku juga terasa.

Assalamualaikum.

mereka cakap, untuk penempatan tempat untuk mengajar, diutamakan kepada pelajar IPG dan pelajar tajaan KPM sahaja. maka pelajar jurusan pendidikan yang diberi pinjam oleh "along". hanya boleh kebil2 mata sahaja. tunggu sahaja kekosongan. baru boleh ditempatkan untuk mengajar.

statement diatas memang tidak boleh blah kan?

mereka tahu tak apa itu maksud kualiti??
maksud berat sebelah tahu tak?
maksud keadilan dan kesaksamaan serta hak manusia tu tahu tak??

oleh kerana entry ini ditujukan kepada mereka2 yang memegang tampuk pemerintahan kera-jaan. maka aku tidak mahu memberi maksud perkataan2 di atas. sebab mereka juga tahu.mungkin lebih dari tahu. jgn buat2 tak tahu sudah lah.

aku tidak kesah, jika mereka mengeluarkan statement tersebut disebabkan oleh kualiti pelajar IPTA jurusan pendidikan yang diberi biaya oleh "along" ini memang kualitinya macam hampas atau hampagas. tapi bukan semua macam hampas dan hampagas oke. lagi banyak yang kualiti lebih baik dari pelajar KPM dan IPG.

pernah dengar tak statement jawa yang berbunyi " who strive hard, they get what they deserve". maka, tak adil bukan jika mereka yang macam hampas dan hampagas itu. senang lenang dapat mengajar anak bangsa, kerana mereka ditaja oleh KPM dan pelajar IPG??

rezeki itu hak Allah, dan Allah dah tetapkan rezeki untuk setiap hambanya. dan aku yakin setiap lahirnya anak adam itu kebumi. rezekinya sudah ada. tetapi berbeza setiap manusia. maka aku tidak kesah tentang isu penempatan, sebab aku lama lagi nak habis belajar. tetapi yang aku kesahkan sebab statement mereka memang tak ble blah. berat sebelah!!

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan??

kita tukar lah. bersempena dengan naiknya harga gula dan statement hampagas tersebut.

"kerajaan didahulukan,rakyat diabaikan" dan "kapitalis di dahulukan, keuntungan diutamakan"

ke guane??

sekian sahaja luahan perasaan aku pada hari ini.
siapa yang terasa aku minta maap awal2.
wslm. :)


25 comments:

Anonymous said...

salam..kenyataan anda terlalu emosional... berfikir dahulu sebelum menulis.inikah wadah pemikiran bakal guru..

aku juga salah seorang pelajar tajaan KPM yang bukan "hampas atau hampagas" .. Berdoalah semoga semua pelajar UPSI dapat posting.itu yg terbaik..bukannya dengan membuat kenyataan yang melulu.

Anonymous said...

yang ber"sugar-daddy"kan KPM buleh la senang hati dan berlagak dengan kejadian nih..

semua pelajar pendidikan baik dari ipta, ipgm atau KPLI sekali pun, patutnye diberi peluang sama rata sama rasa..
bukannya yang tajaan KPM je yang jadik anak emas..
yang peminjam nih jadik anak tiri ke ape? kalo camtu leh la buat filem "ratapan anak tiri" pas ni..

yang tak rase pandai cakap je..

then, kalo kalo la penawaran guru melebihi permintaan, ape ke sewel yang di pegi tawarkan kos2 pendidikan nih?
semata2 nanti dapat degree gantung kat leher sambil tangan hayun cangkul kat sawah padi ke? ke tak pun,nyapu sampah kat DBKL nanti gune degree pendidikan ker?

adeh..
bakal guru pun manusia jugak..manusia sume tak perfect..
jadi jangan nak kepoh dengan membuat statement seperti:-

"ape la bakal guru, xpatut buat kenyataan melulu..bla..bla.."
dush2..

pak lah said...
This comment has been removed by the author.
pak lah said...

lagu pun kiro mano tahu kalu x leh jadi cg buleh jadi toke balok

arabella grace said...

sedeh akuu...sabarlaaa buuu mesti ada hkmahhh...huhuhu

Aziz said...

Bersabar, Abu.
Tarik nafas panjang2...
Cite ni mmg hangat sekarang.

Aku sebagai pelajar fakulti pendidikan dan pelajar tajaan KPM pun merasakan tempiasnya.

Tapi, baru2 ni aku dapat msg mengatakan bahawa even though kami mahasiswa tajaan KPM, kami pun tak terlepas dengan masalah ni. In other words, kami pun kena bersaing sesama sendiri. Sapa perform better, dia yg dapat keutamaan. That is why, we've got to perform and produce results.

We shouldn't blame anyone in this matter, for what we have seen so far could be only the surface issues.

For the time being, let us pray for the best of everyone.

Remember, be it IPG, KPM Scholars or Education students, we will all end up being in the same profession, with shared purpose: to educate :)

syahir Mohamad said...

salam..
masalah ni melibatkan semua pelajar yg mengambil bidang perguruan di semua IPTA. so termasuk yg ptptn atau kpm. tadi aku tengok berita tw3, agak kecewa dgn jawapan yg diberikan oleh tim menteri tu. entahlah apa nak jadi. just aku harap semua ni boleh selesai untk kebaikan semua pihak. yg kita ni hendaklah terus menjaga nama baik upsi. apabila perkara ini terjadi kita akan jadi tumpun terutama yg nak praktikum. jadilah bakal guru contoh dimana anda berapa.

F.Aminurrashidd said...

Salam Abu...

Aku kira IPG diberi keutamaan bukan disebabkan kualiti tapi disebabkan elaun.. xkan kerajaan xmoh amek depa lepas diberi elaun segala bagai, sama hal gak laa penerima biasiswa KPM..

cuma yang wat aku bingung, awat diberi keutamaan kepada KPLI.. sedangkan.. ko paham-paham laaa... lepas tu kan, permohonan KPLI di UPSI dibuka sebanyak 1500 lagik tahun nieh. Ape hal??

CikGu_MaN said...

ok2... no komen... aku blur2 g...

handhalah ibnu kamil said...

anon 1 : aku tidak bermaksud mengatakan semua pelajar tajaan kpm itu hampas. makasud aku. keadaan nya sama, macam pelajar pendidikan yang tak ditaja, pasti ada yang bermasalah. maka pelajar tajaan kpm dan ipg jga pasti ada yang bermasalah.

maka wajar ke, yang bermasalah ini terus diserap masuk? golongan itu yang hampas atau hampagas.

sbb statement menteri kera-jaan itu seolah semua pelajar kpm/ipg semuanya layak belaka jadi guru tanpa tapisan langsung. automatik.

sedangkan peljar jurusan pendidikan biasa terpaksa tunggu lama. sedangkan dia adalah bagus. so??

ye. aku setuju. doakan semua supaya ada penempatan. itulah yang sebaiknya. tapi lebih baik jika menteri itu tidak mengeluarkan statement mengguris perasaan seperti itu.

itu yang bikin aku panas hati.
aku tidak ada bias terhadap kpm atau ipg. jika mereka layak. maka they deserve it! jika tidak. bagi laluan kepada pelajar yang lebih layak yang tak ditaja utk mengisi kekosongan.

psst : sila perkenalkan diri anda. mahu jgak kenal :)

handhalah ibnu kamil said...

anon 2 : aku setuju. :)

pak lah : kalau ko dapat keja tu, aku nak join jgak yer. hehehe.

su : yup.

aziz : aku tak salahkan pelajar tajaan kpm. dan aku tidak pernah berasa iri atau apa. cuma aku terasa hati dengan statement menteri itu yang tak ble blah.
statement yang tak patut keluar dari seorang pemimpin. mengguris perasaan tau tak.
alasan berkaitan masalah unjuran pelajar mmg tak ble pakai. sbb kpm yang keluarkan unjuran tu. jadI??

kenapa isu ini timbul. aku tidak bias.
tapi aku tak leh terima apa yang menteri tu cakap. berat sebelh!

handhalah ibnu kamil said...

abg shahir : betul. saya sokong. doakan saya jadi cikgu yang baik. :)

fawiz : entahla mereka itu. dorang ingat kita ni budak2 tak leh pikir kot. hampagas betul.

ckg man : huhuh. baca banyak sket lagi. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum...
memang marah, memang sangat menyakitkan hati apabila kenyataan ini dikeluarkan..tidakkah mereka melakukan unjuran sebelum mengambil seseorang pelajar bagi mengikuti program ISMP??mengapakah mesti mengutamakan pelajar IPG jika terdapat kualiti yang sama pada pelajar UPSI??sepatutnya hak diberikan kepada mereka yang berkualiti yang dinilai melalui temuduga posting nanti. Bukanlah memilih sebelum menilai. Tetapi yakinlah, rezeki itu milik Allah. Apabila Allah mahu, Allah akan beri kepada kita.

kaunselorkite said...

woi Abu... xgune ko... terase aku tau.. hahahaha... abu2.. janganlah anda terlalu emosi... walaupun kita mempunyai aliran pemikiran politik yang sama, tapi percayalah setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.. jangan ko mudah terngadah bila mendengar statement yang sebegitu, rilek la beb.. kita sebagai bakal kaunselor mesti menjadi shock absorber seperti yang cikgu esa cakap tu.. ape2 hal pun.. kalau ko ade masalah dengan pinjaman Along ko 2.. ko bagitau aku ek.. member2 aku punye pasal.. aku sanggup tolong...

karim said...

hahaha...ngok ngek gilak kenyataan yang aku baca kat paper..jurusan guuru2 nie utk sektor swasta..
kepala bana apa....pendidikan swasta bape kerat je..apa aaa ngok tahap cipan org2 yang dibayar gaji dari duit rakyat nie...
padan muka kangkongkeong nie kene dushh dengan VC UPSI..haha...
kamon2...ganyang mereka yang cakap ikut sedap tekak..gila apa aku pun x tau..
bebulu sehh..aku dah sem 6 nie..lagi bape kerat je nak habis..tu pun kalau panjang umo aa..
doa aa moga2 dapat posting...nak wat entry pasal posting aa..hahaha...
x puas hati suka korang aa..nie suka aku aa nak menulis...

handhalah ibnu kamil said...

anon 3 : wslm. isu unjuran itu yang buat aku bengang. sedangkan unjuran itu kpm yang buat. jadi tak timbul isu berkaitan unjuran bukan?

aku setuju. rezeki itu dari Allah. dan itu telah tertulis di luh mahfuz. tapi kita kena usaha. :)

alfa : aku pegang kata2 ko. tolong bayar ceti along tu boleh??
hehehe. aku tak mengata ko la. bukan salah ko. tapi si menteri tu. aiyoo. bikin jiwa aku muda aku menggelegak. !!

abg akram : tau takpe. eh2. dah sem 6 ke? tua dah rupanya. hahaha. moga abg akram di murahkan rezeki dapat posting tempat yang selamat. :)

syahir Mohamad said...

hahahah..bagus juga entry kau ni abu. cam2 komen dapat baca. boleh tahu pemikiran mahasiswa sekarang. heeheh.. masing2 ada pendapat biarkan. yg penting kita dapat tahu buah fikiran org.

handhalah ibnu kamil said...

abg shahir : moga2 ia bermanfaat. :)

paan said...

hmmmm....susah....kesian...xpatut..

dan macam2 kata2 lagi la yang tak terungkap.....

buat wat tmpt belajar banyak2 kalo camtue ?? bek sumbat semua student kat kpm jer....

paan said...

aku setuju...statemen si abu nie bukan nak menyalahkan student kpm...bukan dorang yang keluarkan statement tue....

student2 kpm tue lansung xbersalah..

CIK ZAI said...

salam...
woh..bakal guru ek?

akram izamy said...

sem 6 tua pe..muda lagi nie...
jom wat demo...bako bangunan...hahaha...(main2 je..)kang x pasal kene panggil..hahhaha...x de masa nak bising2..ada otak pikir laa...cau.

handhalah ibnu kamil said...

paan : terima kasih paan. sbb memahami. :)

doakan aku yer.

cik zai : ye. terima kasih atas kunjungan.

abg akram : kalau abg akram nak demo. saya nak join.

kena pikir jgak kadang2, baru otak berkembang. kalau tak tang tu je la.

mana la melayu nak maju. asyik kena pijak2 je.

psst : abg akram mmg muda. perasan!!

abuyon said...

Tiap sesuatu itu telah
ditentukan Tuhan

Selain berusaha, bersabarlah
sesiapa, kerana di dalamnya
ada hikmah yang tak
terjangkaukan oleh
akal kita

handhalah ibnu kamil said...

insyaAllah abuya.

terima kasih atas ingatan.
saya pun teremosi ketika ini.

khilaf~

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,