Tuesday, January 12, 2010

Pemergian yang amat jauh.

Assalamualaikum.

aku baru pulang dari pemergian yang jauh. semata-mata untuk memberi penghormatan dan rasa kasih aku kepada 2 orang yang kukira abangku di bumi bertuah ini yang telah pergi ke tempat yang amat jauh dan diluar ruang lingkup pemikiran manusia.

rasa terkilan yang amat sangat, aku tidak sempat menatap wajah arwah. rasa yang betul2 buat aku terasa kehilangan. terbayang-bayang wajah arwah, setiap kali aku sendiri. mungkin aku perlukan seminggu dua utk mengurangkan rasa-rasa ini.

hati kami bertaut atas dasar gerak kerja islam. tutur dan senyum mereka buat aku betul2 terasa. dua butir permata pejuang yang hilang.

"ya Allah ampunkanlah dosa akhi fadhiri.."
"ya Allah selamtkanlah akhi faizol.."

buat dua akhi yang dicintai. saya doakan keselamatan dan kesejahteraan anda di sana. walau akhi berdua tiada di sisi, namun semangat akhi sentiasa ada bersama saya. setiap bait nasihat yang diberi akan saya semat kukuh. syukran jazilan atas segalanya.

benarlah, kematian itu datang tidak diberitahu, jika itu waktunya. maka tidak terlewat sesaat mahupan terawal sesaat. on time. moga ia menjadi kekuatan utk aku berada di jalan ini. ya Allah tempatkanlah mereka bersama orang yang beriman dan layak untuk syurgamu. Amin.

dari esak nafas.
sekian.
wslm

6 comments:

syahir Mohamad said...

salam...
semua terasa kehilangannya..
bagaimanakah kita nanti..
semoga Allah tempat diorg di tempat org2 beriman..

MiSS WaNa HeRMaN said...

Ambil dr kata-kata blog akhi rijal....

Sahabat-sahabiah sekalian. Jangan sedih lama-lama. Jangan terus bersedih. Tugas kita sebagai hambaNya belum selesai. Sampai masanya kita akan berjumpa mereka di akhirat sana...DI SYURGA. Insya Allah.

begitulah indahnya ukhuwah jika disulami kasih sayang....

Bila tiada terasa kehilangan...

handhalah ibnu kamil said...

abg shahir : doakan saya ya. sungguh, saya sungguh terasa.

bila dah tiada barulah sedar nilai sesuatu itu amat berharga.

herwana : ye, betul tu. tapi sebagai manusia yang lemah kita tak kan terlepas dari semua itu. rasa sedih yang amat sangat. dua orang sahabat dipanggil Allah sekaligus.

amt perit utk ditelan dan diterima. tapi ana redho.

Anonymous said...

setiap yG hiDup PasTi akN maTi....:-P..so..kT yG mC hiduP nie..kNa AmiK hiKmaH drpD smua Nie..krn..suaTu hR nanT..Kt jg akn MenInggaLkn yg Hidup..=)

Anonymous said...

SaBar La WahaI SaHAbt ku...=P

abuyon said...

Al-Fatehah untuk
mereka

Moga-moga Allah
merahmati

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,