Saturday, March 7, 2009

+sungguh rajin aku jawab tag!+

Sungguh rajin mereka mentagg aku. aku jawab je la yer. sowy lambat sket....layan jer la. hehehe.


1. Tanda2 kamu badmud?
Bulu kening aku akan bercantum dan timbul kedut dan kerut di dahi (amat huduh muka!)
2. Tanda2 kamu marah?
Pernah tengok badak sumbu nak marah tak? macam tu la kot! hahaha.
3. Tanda2 kamu sinting?
apabila aku mengadap laptop atau HP sambil senyum, atau time makan kaki aku bergerak2 macam nak tendang orang.

4. Tanda2 kamu malu?
Muka aku jadi merah dan badan jadi sejuk semacam.

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
Aku buat tak tau dan jerit dalam hati.....aku jelesss wehhhh... baik korang hentikan perbuatan tu!!!
6. Tanda2 kamu sedang sedih?
duduk sorang2 sambil termenung melihat matahari! huhuhuhu......
7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
aku akan senyum ngan semua orang sambil rasa diri ini terapung di udara...

APA
1. Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?

hitam+oren+hijau+kain pelikat warna biru.
2. Apa kah kamu termasuk orang yang suka shopping?
Tidak.amat malang siapa jadi isteri aku. tak sukaaaaaa!penat!!membazirrr duit aku! hehehe.
3. Apakah kamu percaya love at first sight?
tak! hehehe. malas nak explain kenapa...hahaha
4. Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
Aku nak mandi..hehehhe.
5. Apa rasa di hati kamu saat ini?

risau+nervous+bimbang+dan yg sewaktu dengannya.

BILA
1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
01 Julai 1988
2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
Sooo manyy ooo. Bila aku dapat jadi best studennt kat sekolah aku, tebeliak mata cigu2 weiiii. hahaha. sbb aku bukan la budak yg dalam kalangan cerdik. dan selalu berada dalam kategori Galus (gagal + lulus). lagi satu aku dapat buat mak ngan ayah aku bangga...dan aku dapat masuk UPSI. hehehe.
3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa?
tak ingat. lama dah tak kena marah. rindu nak kena marah la...
4. Bila kamu akan married?
sensitif ni..bila si dia dah nak kawen ngan aku la...hahaha.

BAGAIMANA
1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?
Aku buat2 tak tau dan buat2 lupa.
2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
muka aku merah, menahan malu. ahaks! haha. bersyukur la ye. muka tu masih cukup,hidung mata, telinga dan sebagainya, Alhamdulillah. thanks ya RABBB!
3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
aku akan bersedih la. huhuhuhuh. moga dapat berjumpa lagi. hehehe.
4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
Aku akan tanya dia kenapa tak suka aku. mgkin ada yg bley aku baiki.
5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api?
Ya Allah ampunkanlah hambamu ini! nauzubillah min zalik..mohon di jauhkan dari bencana.
6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
Aku akan besilat sorang2 dalam bilik. hehehhe.


sekian sahaja repekan dan rapuan dari aku. jadi aku dengan bangga nya ingin mngetagg kawan2 aku tanpa segan silu nya, walaupun dorang taknak jawab. hahaha.


Ahmad sufi (jawab ye...tag pertama dari aku)

ab (aku tau uncle tak suka...tapi aku nak bagi jgak..pedulik haperrr aku..hahaha)

helmi ( ni lagi sorang..tak suka jawab tag..tapi aku mmg suka bagi kalau orang tak suka jawab..hahaha)

neem ( selalu kena tagg ngan sy kan? sabau je la..hehehe)


dahhh..tu je kot. babai...


.the end.

+hari ini aku amat penat !+

huh! jam di dashboard menunjuk 6:56 petang. jari jemari aku ni baru rasa nak mengetuk dan menampar papan kekunci keyboard ni.

cadangnya ingin menulis entry berkaitan pidato antarabangsa yang berlangsung semalam, tapi kawan aku si fawiz dan cerita lam blog dia, malas pulak aku ingin mengetuk papan kekuci dengan benda yang sama!

aku ingin cakap hari ini aku amat penat! tak seperti sabtu-sabtu yang biasa. mungkin kalori aku terbakar lebih hari ni.

ia bermula semalam selepas balik dari PICC, waktu tu mata aku dah menjerit2 nak tidor, lebih kurang macam ni la...

anak mata : wei....aku ngantuk, aku nak tidoooo....
aku : shadap you....aku nak wat asigment sket lagi ni!

maka pada ke esokan harinya (sabtu) maka aku bangun dengan lemahnya, akibat dari tidur lewat semalam. oleh sebab ada kewajipan yang perlu untuk aku tunaikan, maka aku pergi ke bilik air, cuci muka, gosok gigi, n then amik wudhuk... pastu ngadap tuhan jap. (uhuk!alim pulak ko abu...).

maka pagi itu sekali lagi aku bermolog dalaman, aku rasa nafsu dan syaitan tengah berusaha menggoda dan menjebak aku ke lembah kemalasan sekali lagi.... oh tidakk!!!

nafsu a.k.a syaitan : weiii..ko penat, tak yah la pi kelas pengurusan ko kurikulum.
aku : mana boleh...aku kena pegi, kalau aku escape kelas, nanti anak murid aku escape kelas jgn marah pulak!
nafsu a.k.a syaitan : ala, ko bukan pernah ponteng kelas pun, sekali jeeee....
aku : ye tak ye jgak kan? (mula dah termakan hasutan).... bukan efect pointer pun, at least tiga kali tak dtg baru tak boleh amik exm!
nafsu a.k.a syaitan : tau pun, jadi tidur la balik..... best oo, tido pas subuh ni....
aku : errmmmm.... eh! tak bolehhhhhhhh!!! hari ni kawan aku si ataulah dan fini pnya program, bridget bomba, tak kan aku tak datang. kecik ati diorang nanti...aku kena datang jga kelas..tak elok ponteng.!

maka aku berjaya jga melawan nafsu aku pagi tadi, maka aku bangkit, amik perkakas mandi, n then mandi dan bersiap dengan jayanya! segar sedikit, tapi aku masih penat, mata masih ingin tertutup! ya ALLAH, kuatkanlah hambamu ni untuk pergi menuntut ilmu....(buat2 muka inoncent..)

program sahabat aku berjalan dengan jayanya, nasib aku tak boring, best jgak program ngan bomba tu.. sempat jga la aku main alat pemadam api serbuk tu... yang selama ini aku ingatkan perhiasan kat sekolah2 dan universiti! hehehehe.....(bakal ckg yang teruk!)

lepas program tu tiba pulak satu masalah, batin aku meronta2 inginkan rehat..... tapi lepas program tu aku ada kelas silat gayong! adoooiiii... lagi la kuat batin aku meronta2 minta simpati...

batin : weehhhh...tuan badan..pulang la weiiii...... tidorrr!
aku : mana boleh! aku kena pi jgak silat, kalau tak tertinggal pelajaran la aku!
batin : alahai nasib badan...... mati la kena dera pas ni...huhuhuh.

kebetulan hari ni redup, lega sikit hati aku, kalau tak ari-ari besilat tengah-tengah panas, azab ooo.... tapi ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari, aku pun tak tau la kenapa cikgu silat aku pada hari tu, agak garang.... aduhai, kena teruk lagi la aku hari ni... memang punnnn... aku telah dijatuhkan dua kali, dan punggung aku rasa sakit..adooiii..... sabau je la.. nak pandai.. kena la terima..ye kan?

lepas abis kelas aku bermonolog lagi...

aku : sabau ye, pas ni kita balik kita tidur.. boleh kan?
batin : ye la..aku dah terseksa dah ni.. penat gila.. cpat2 sket pulang...
aku : ye la.... nak balik la ni...hehehe.

sampai je kat bilik, aku solat zohor, dan terus aku landingkan badanku ke tilam yang empuk di kolej kediaman aku tu...perghhh..nikmat siot tidorr... sampai makan pun aku dah tak kesah, sebab keutamaan aku waktu itu adalah tidorrr.....

tengah syok2 tidur, tiba2 aku dengar suara orang perempuan menyanyi... seram jugak.. aku bangun la.. rupa2 nye HP aku berbunyik.. dalam hati aku berkata, sejak bila pulak aku pnya alarm tone bunyik lagu neh!???

aku tengok jam..alamak dah Jam 6 petang... nenoooooong x 4... aku belum semyang asar.. terus aku bangun dah menunaikan kewajipan.. hehehe, takut terlajak wehhh... pastu badan aku rasa ringan macam kapas, lenguh-lenguh semua hilang... apa lagi ngadap laptop kesayangan aku la...

fuuhhhhh.... sungguh. hari ini aku amat penat... kesian jiwa dan raga aku neh.... tapi dah terubat dah,, aku janji yerkkk. tak buat lagi, kalau aku buat lagi.. padan muka la yer abu!! hahaha.



.the end.

Tuesday, March 3, 2009

+aku present perkara lucah!+

assalamualaikum!(jawab,kalau tak jawab dosa....)

semalam tepat jam 8.00 malam. aku ada kelas yang amat aku sukai, dan kadang-kadang aku malas nak masuk kelas tersebut, akibat daripada akta2 kelucahan yang kadang-kadang tidak dapat dituruti dengan baik.

hatta tersebut la kisah, pada malam tersebut aku ditugaskan untuk membentang hasil kerja yang saya kira agak lucah juga. opppssssss. lupa pulak. sebelum tu subjek yang kitaorang belajar ni ialah subjek major saya yang berbubunyi seperti ini:

Delekuensi remaja dan penyelewengan sosial
3 jam kredit
Enchik Ab Aziz Yatim

oleh itu aku di tugaskan untuk membentangkan penyelewengan seksual,( merah2 muka). oleh kerana ini kerja group, so aku hanya ditugaskan untuk bentang pasal gay, lesbian, dan onani/masturbation. hahahaha. (aku malu nak bentang benda ni). tapi apa bley buat dah kena suruh, terpaksa la aku cari bahan yang kadang-kadang menyebabkan orang sekeliling aku pandang aku lain-lain. (aku tak tau diorang pikir apa.!)

maka malam kejadian aku bentang lah dengan konfidennya tanpa segan silu menyebut perkataan-perkataan yang sensitif dalam peradaban melayu. seperti tuttttta,tutttt, dan tuuuutt. hahahaha.

so aku nak share ngan kengkawan perihal onani yang aku dah bentang dengan jayanya.

1.Melakukan onani/mastubation adalah haram mengikut jumhur ulama. berdasarkan ayat ini!(Dan orang-orang yang mereka menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Al-Mukminun : 5-7). )

2. Ada ulama membolehkan melakukan onani apabila seorang suami tinggal berjauhan dengan isteri dalam jarak masa yang lama, kerana salah satu pecahan hukum fiqh, dibolehkan melakukan kemudaratan yang kecil daripada berlaku kemudaratana yang besar, maksudnya daripada si suami terjebak kepada zina, maka dia boleh melakukan onani.

3. manakala menurut ibn hanbal dan di sokong oleh ibn hazm, mengatakan seorang remaja itu boleh melakukan onani jika ada tiga perkara berikut:
- tidak mampu untuk berkahwin
- takut terjebak dengan zina
- bukan menjadi adat atau kebiasaan

3.Namun islam mengajar umatnya untuk berpuasa bagi menahan nafsu shahwat.!

lepas aku bentang, maka timbullah persoalah2 dari kengkawan aku yang mendengar, so aku nak share sket. mana tau ada yagn boleh bantu aku jawab kan. antaranya ialah :

1. pendidikan seks di sekolah? releven atau tidak?

2. macam mana dengan golongan khunsa? perlu dibuang atau tidak satu lagi kemaluannya?

3. transeksualisme, apa tu?

itu je la soalan yang sempat aku ingat dalam kepala otak aku ni. jadi pada sesiapa yang sudi, jawab la ye......

p/s : blog ini bukan blog porno, dan dikawal oleh akta kelucahan 1991(digubal oleh aku!) hahaha.jadi paham2 la ye. sebarang kelucahan tidak di benarkan!

Sunday, March 1, 2009

+kawan ke macam ni?+

kadang-kadang dia kawan

kadang-kadang dia lawan

kadang-kadang dia baik

kadang-kadang dia jahat

kadang-kadang dia buat aku ketawa

kadang-kadang dia buat aku sedih

kadang-kadang dia jujur

kadang-kadang dia khianat

selalunya bermuka-muka

selalunya senyum-senyum sahaja

tapi aku diam sahaja

mungkin itu lagaknya manusia

perlu diterima seadanya

mungkin dia tersedia untuk kita

menegur dan menyapa kala alpa dan leka

tapi akhirnya aku buat begini sahaja................buat2 muka sengal!

macam gambar di bawah.

hahahahahaha. saja melawak!

dikala boring melanda!



anak siapa la neh!

.tata.the end.

+malam+

aku boring....

aku penat....

aku pening....

sigh....

mengantuk la pulak....

tapi ada kerja perlu di selesaikan....

mata dah mula kuyu...

namun jejari masih menekan kekunci laptop....

entah betul entah tidak....

seperti ada bintang-bintang di depan mata...

aku tangkap....

opssss....terlepas...

gedebuk!!!

shut down.....offlineeeeeeee....

.the end.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,