Wednesday, January 13, 2010

manusia sering berburuk sangka

assalamualaikum.

perasaan yang buruk dan keji itu datangnya dari syaitoon. maka jika dituruti, kita adalah sahabat mereka. maka tabiat suka berburuk sangka juga adalah bisikan halus dari syaitoon. supaya anak adam ini berpecah belah.

jarang sekali ada yang nak berbaik sangka dengan orang lain. hatta dia adalah sahabat baik sendiri. ada saja yang nak di kata. maka bersorak sorai lah si syaiton. mission acomplish. :)

manusia ini juga fiil nya suka membuat intepretasi awal. jika dia melihat seorang yang sering bermuka masam atau jarang senyum. maka dia akan terus menghukum dengan mengatakan si dia itu adalah sombong. tanpa mahu mengenal hati budi. anda tak tahu kan, kalau mmg muka dia fix macam tu. tapi itulah manusia. maka pengajaran pertama : anda hendaklah sentiasa senyum dan ramah mesra dengan orang-orang yang suka bersangka buruk ini.

jika kita melihat seseorang, kita hanya kenal 10% dari peribadinya. mungkin penilaian awal. maka selebihnya kita perlu untuk dekati dan fahami orang itu. maka 90% lagi anda akan dapat. jika perangainya sama apa yang anda gambarkan, jika baik anda beruntung, jika sebaliknya maka anda kenalah terima dan nasihat. mana tahu dia beruabah kerana anda. maka anda dapat pahala yang berpanjangan bukan? pengajaran ke dua : jgn sesekali terasa anda di caci atau dimaki oleh orang lain jika ada yang menjeling2 anda. mana tahu dia nak ushar anda.



"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah." (Sahih Muslim)

sekian.
wslm

10 comments:

ninim said...

sokong per ngko kata

F.Aminurrashidd said...

tol betol.. aku jarang senyum ngan org yg aku x kenal.. jangan buruk sangka.. nanti kalah ngan bisikan Syaitoon...

pst: Abu, Debat NC bulan 2 nanti ko kene masuk taw.. Si Nora da 2 kalo wakil U (teros x layak).. otomatik, KHAR kekurangan First..

NNCR said...

sgt setuju dengan entri ini!

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

aini : heheh. tapi ramai yang macam ni kan?

fawez : muka ko serius. tapi dorang ushar ko tu. tak kesah la perempuan atau lelaki yang bernafsu songsang. hahaha. habis la ko.

psst : pasal debat nc tu aku akan usahakan macam mana pun. huhuh. sory aku banyak dah tak luangkan masa ngan kelab. sedangkan korang terus melangkah maju kan?

kak nad : wah. dah lama dah kak saya yang comel dan tembam ini tak komen kat blog saya. hehehe.

terima kasih. ;)

vidadarisakura said...

aku memang bersangka baik jak ngan ko ni.hee

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

wah vivi.

aku tau ko kwan yang baik.
walau aku tak pernah pun jumpa ko.
hehehe.

nanti jumpa ko belanja aku ya.
hahaha. :)

akram izamy said...

ok..good entry...ada perubahan..

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

terima kasih abg akram.

hehehe.
:)

abuyon said...

Inilah sifat yang dahsyat,
kalau ada pada kita
lebih-lebih lagi
pada suami atau
isteri

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

terima kasih abuya.
moga kita dijauhkan dari sifat ini.

:)

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,