Tuesday, January 26, 2010

kau minta maka kau kena lunaskan. ada faham?

setiap manusia itu berbeza, kelebihan yang Tuhan berikan juga amatlah berbeza. (jika sama semuanya punahlah dunia). maka ada satu spesis manusia, yang Tuhan berikan dia kebolehan dan karisma dalam memimpin.

tetapi masalahnya, di zaman penuh dengan mehnah dan tribulasi yang pelik2, ramai sungguh mereka-mereka yang tidak layak meminta untuk menjadi pemimpin. takut sungguh aku melihat situasi ini. ramai juga yang memohon untuk jadi pemimpin untuk penuhkan korum, supaya orang lain tak ambil. ada juga yang perasan muka dia hensem atau cantik, maka layak untuk jadi pemimpin, tapi bila bercakap dan buat kerja mula lah culas sana sini. tergagap pun banyak jugak.

tidak kah kau tahu, kalau kau minta, maka kau kena lunaskan? kaki kau tu dah sebelah kaki kat neraka. tahu? kau akan ditanya berkenaan kepimpinan kau. maka kalau kau rasa tidak takut, silalah goyang kaki dan besarkan perot anda, kaut sebanyak mana keuntungan ketika kau berada diatas. maka kau bersedialah nanti. aku dah kata. maka aku tak mau kau tunding kat aku pulak. :)

:::::::::::::: :: :::::::::::::::::

sekarang ni musim PRK di UPSI. maka macam-macam lah manifesto yang keluar masuk dalam telinga aku. ada yang melekat kat otak. ada yang aku rasa it was rubbish! im sorry. :)

kepada sahabatku yang dikasihi.
saudara zahar,
saudara Azrul,
saudara Amin,
Saudari nooranur,
Saudari Faiqah,
Saudari Herwana,
Saudari Atiqah,

ku doakan yang terbaik buat kalian.
ku doakan lurus hatimu di arena ini,
agar benar-benar pilihan mu ini kerana yang khalik,

jika kamu semua berjaya,
ku ucapkan takziah dan tahniah buat kamu,
kerana bebanan kamu amat berat.
amanah yang kamu pikul,
tidak tertanggung oleh bukit bukau atau seisi makhluk Tuhan.
kecuali kamu.

jika tidak berjaya,
muhasabah lah diri,
mungkin itu yang terbaik,
dan Tuhan itu lebih mengetahui.

kedua-dua keadaan ini adalah ujian.
agar kamu semua mengerti.
hikmah di sebalik hikmah.

doaku mengiringi kalian.
MAHASISWA PENDIDIK!

dari luhur hati.
si daif.

sekian.
wslm.

12 comments:

oranglidi said...

PRK.. hm..

wa x into sgt benda2 mcmni.

tapi mcam lu cakapla.. klau dah pegang amanat tu, harapnya depa betanggungjawab dgn janji masing2.

ni wa mintak padang bola sebijik, parking selot pun x bagi. hehhe..

F.Aminurrashidd said...

mahasiswa Pendidik Cakna Kebajikan.. Abu... nanti nak undi nie.. aku tunggu sms dari ko je nie.. faham2x la ya..

ain fathihah fhm said...

sama la. nt sms aku gak ke mana undi ku yg sepatutnya.. hehe.

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

orang lidi : hehehe. insyaALLAH lu pun akan jadi pemimpin satu hari nanti. sbb lu nak kawen bukan. boleh la minta padang bola nanti. minta kat bos lu. hehehe.

PRK kat utp amacam?

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

fawiz : insyaAllah, terima kasih fawiz.

ain : insyaALLAH ain itu yang terbaik. syukran .:)

vidadarisakura said...

apantah prk. pkr aku tau la.hee

vidadarisakura said...

ok.piliharaya kampus.lalalala

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

sandi ko ni vi.
hahaha.

mesti time di u dulu ko ndak keluar ngundi kan?

oranglidi said...

keh3.. kat sini Rakan Mesjid la pegang. macam biasa2. membina bi'ah soleh dan musleh katanya.

wa ok je dgn depa. hehe.

ketua keluarga ? hehehe. betul2.

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

bagus la kalau macam tu. nanti wa jalan2 kat utp. bawa round la.

baru sekali jejak kaki kat sana.

psst : kalau kawen pun jgn lupa roger2 sama wa. kalau jemput kat chatbox blog wa pun wa tak kesah. :)

oranglidi said...

o, boleh2. wa bawak lu jalan kaki sudah. tanjung malim ke sini kejap je. hahahahaha.

(kawen? hehe. wa tunggu lu dulu. wa dengar lu dah buat proposal kat baitul muslim. keh3)

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

jalan kaki pun ok da.
yang penting jalan.
hahaha.

mmg la kejap,
tapi kalau jalan kaki mau givup lemak wa.
hahaha.

psst : mana lu dapat berita palsu tentang baitul muslim neh?

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,