Assalamualaikum,
Bila tiba musim exam, ramai yang resah gelisah. Padahal sebelum ini tidak pernah pun begitu. Maka normal lah dia berkelakuan begitu. Exam kan menentukan result. Result itu pointer, pointer membantu untuk posting kelak. Maka ramai yang “struggle” bagai nak rak. Bagai exam itu segala-galanya. Sampai ada tetinggal solat, bacaan quran tah ke mana. risau tak sempat nak habiskan sukatan bacaannya. Hubungan dengan ALLAH semakin jauh. Tidak ke kamu tau? ALLAH yang berikan kejayaan. Maka hubungan dengan ALLAH perlu dijaga bukan?
Tapi ramai yang tak sedar. Dia fikir kejayaan itu hak mutlak dirinya, usaha itu nombor satu, hubungan dengan pencipta tak tahu dia letak nombor berapa. Sila jangan silap paham, bukan aku menidakkan usaha, tapi usaha perlu seiring dengan doa dan tawakal. Di samping berusaha, maka perlu untuk mendekatkan diri dengan khalik. Maka barulah ALLAH sayang. Bila ALLAH dah sayang, maka mudah IA untuk memberi. Tak begitu?
Hei3. Kamu… sedarlah.
Terngiang-ngiang di gegendang telinga, kata-kata seorang ustaz. ALLAH sentiasa menunggu untuk hamba-hambanya memohon kepada-NYA, di satu pertiga malam. Memohon apa sahaja. Tetapi seringkali hamba-hambanya angkuh dan sombong. Tidak mahu meminta. Sedangkan jika ia meminta, TUHAN akan bagi. “Allah tidak megubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri (QS)”. Maka betul bukan? Minta saja, jangan sombong. Tapi kena beradab ok. Kerana DIA pencipta kita.
Betulkan balik niat kita, exam itu kerana ALLAH, buka kerana pointer, bukan kerana ibu bapa, lecturer, kawan-kawan dan sebagainya. Allah itu yang utama, maka yang lain menyusul kemudian. Baru berkat. Mak selalu pesan, “kalau abu gagal tidak apa, yang penting abu dah usaha, dan kebergantungan dengan Allah itu kena sentiasa, jika abu gagal, dan itu percaturan Allah yang terbaik. Maka terimalah. Dan jika abu lulus, maka itu juga percaturan Allah yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik buat abu”. Aku semat kuat2 kata-kata mak, agar aku tak mudah kecewa jika aku gagal.
Selamat menempuh peperiksaan buat warga UPSI. buat yang terbaik. InsyaAllah kejayaan menyusul kemudian!
"jika rebah, bagun sendiri!"