Assalamualaikum.
aku bukanlah orang yang selayaknya untuk berkata tentang hal ini. kerana aku juga selalu khilaf, ada saja yang akan aku komen bila ada perkara yang tak sedap mata memandang. maaf, itu sifat aku yang perlu di "renovate" ke arah yang lebih baik. bak kata orang, diam itu lebih baik dari banyak berkata. jika diam belum tentu nampak bodohnya, tapi kalau dah terlalu banyak cakap, sah-sah bodoh itu orang nampak.
sekadar ingin berkongsi rasa hati, berkenaan perangai kita dengan orang yang memberi ilmu. lebih-lebih lagi jika yang memberi itu amat ikhlas dan bersungguh. amat malang jika si penerima buat acuh tak acuh bukan?
buat-buat seperti si pemberi itu tidak ada di depan, dengan melakukan tingkahlaku "menganyam ketupat" dan menjual "kerepek pisang dan sotong" di belakang dengan volume yang amat tinggi. seolah-olah yang bercakap di hadapan itu bukan manusia.
kepala aku sudah tidak larat utk toleh2 ke belakang. sambil buat signal suruh diam. kerana aku sedar, riak wajah si pemberi ilmu itu sudah bertukar. tapi, si penerima masih sama, buat-buat tidak faham. kalau dah pandai takpe jgak. ni..bila ditanya sepatah tak leh jawab. dah habis kelas baru berpusu-pusu nak tanya. budget macam pelajar cemerlang. haissh~
perkara yang paling aku takut, apabila si pemberi ilmu itu akan terasa hati. kerana aku tau, dia penat lebih dari aku dan semua yang lain. pengorbanan amat besar, kerana kami dia sanggup buat kelas malam walau sehari masih belum jejak kaki di rumah.
pengalaman tika aku di sekolah dahulu, ada seorang pelajar yang begitu cemerlang. memang setiap kali exam, dia lah yang score. cuma, Allah nak uji dia, bila suatu hari.. cikgu matematik buat ujian di dalam kelas. tiba-tiba terpacul dari mulut pelajar tersebut. "alaa...kenapa senang sangat soalan ni? budak tadika pun boleh buat". apa yang di katakan oleh pelajar tersebut di dengari oleh guru tersebut. dan guru tersebut berkecil hati. tetapi di diamkan. apa yang terjadi, Allah nak bayar "cash" kepada pelajar tersebut. apabila tiba keluarnya keputusan SPM. semua subjek dia mampu score A. termasuk Add math. tetapi saubjek matematik dia hanya boleh dapat C. sedangkan sepanjang dia belajar di situ. subjek matematik adalah "makanan" plg mudah baginya.
kisah kedua, seorang pelajar. dari tawau sabah, sahabat baik aku. berlatar belakangkan keluarga yang agak susah. tidak mendapat keputusan yang baik ketika SPM. tetapi bertekad untuk menyambung ke universiti. dan beliau mengambil keputusan untuk sambung STPM. apa yang berlaku pada pelajar ini. hubungan beliau yang begitu baik di jaga antara dia dan guru. semua guru sayangkan pelajar tersebut. walaupun setiap kali exam sekolah, dia hanya mampu memperolehi keputusan yang hanya sekadar nyawa-nyawa ikan orang kata. tetapi sikapnya yang sentiasa menjaga hubungan antara dia dan guru menyebabkan doa guru itu tidak putus2 untuknya. sehinggakan apa yang buat aku terharu dengan beliau, tika petang itu ada exam syariah, dan pada pagi tersebut dia pergi menolong warden asrama untuk membetulkan pagar. atas dasar kerana melihat warden tersebut buat kerja berseorangan. apabila keputusan peperiksaan STPM keluar. beliau antara tiga orang pelajar yang mendapat keputusan terbaik. dan sekarang melanjutkan pelajaran di UKM. berkat usaha dan doa guru.
dua kisah yang berbeza. yang betul-betul terjadi pada aku ketika aku di bangku sekolah. maka aku amat percaya akan berkat ilmu yang diberi oleh guru.
dan hari ini, ada orang yang buat guru aku terasa. sehingga kelas terpaksa di berhentikan awal. sedikit dari waktu jadual tetapi tidak ada seorang di dalam kelas itu semacam perasan non verbal tidak selesa guru aku itu. aku sungguh kecewa dan terasa.
ingatlah. jika kita di rumah. maka ibu bapa kita adalah orang yang kita sayang dan sanjung. tetapi di sini, pensyarah itu ibarat ibu dan ayah kita. maka sayangilah mereka. hormatilah selagi mereka tidak melanggar syarak.
aku sekadar meluah apa yang ada dalam hati. untuk berkongsi rasa dengan pembaca sekalian. moga ada manfaatnya.
dari madrsah jiwa
jazakallah khair.
wslm.

~yang utama jagalah hubungan dengan Allah. dan jagalah hubungan sesama manusia~
aku sekadar meluah apa yang ada dalam hati. untuk berkongsi rasa dengan pembaca sekalian. moga ada manfaatnya.
dari madrsah jiwa
jazakallah khair.
wslm.
1 comment:
aku pun terasa dorang wat cam tu~~
Post a Comment