Sunday, March 21, 2010

pesta buku pwtc

"asslamualaikum..abu kat mana?" suatu suara dari corong handphone nokia besar gedabak aku ni. terus aku bingkas bangun dan melirik mata pada jam di tangan. "ya ALLAH, dah jam 8.38, pagi, macam mana ni?", bermacam perkara bermain di benak fikiran. nasib lah aku dah solat subuh tadi. macam mana boleh tertidur semula tak tau lah. penat sangat, usai jam 3.00 pagi baru aku melelapkan mata, kerana menyiapkan sedikit tugasan yang perlu di langsaikan segera. untuk pengetahuan semua aku dah janji nak ke pesta buku dengan Abg akram ngan kak mariya di PWTC. maka pagi itu adalah pagi yang paling kelam kabut dalam hidup aku. bayangkanlah, bas jam 8.30 dari sks bahtera, dan jam 9.00 pg di pekan tanjung malim. nak nanges pun ada. sempat lagi pagi tu teringat tulisan steven covey, katanya, "jika anda ingin mengetahui harga masa itu, tanyalah orang yang tertinggal bas atau keretapi ketika hendak ke sesuatu destinasi". maka perkara itu yang aku tengah rasa saat dan tika itu...


aku rasa dah berbakul-bakul aku kena marah ngan abg akram dan kak mariya. tapi apa boleh buat, salah sendiri. pandai-pandai lah tanggung. "abg amar, boleh tak hantar saya ke stesen bas tanjung malim?" dengan muka seposen aku dan buat mata berkaca-kaca meminta simpati. "okey" ..katanya sepatah. yes. hehehe. selesai satu masalah.

sampai ke pekan, terus ah belari macam lipas kudung..(ok, itu aku tipu). aku berjalan dengan kool, buat muka tak bersalah. hehehe. naik bus, pastu terus cari tempat duduk. sudah pasti pada waktu tu aku malu, semua orang tengok, macam aku ni baru turun dari planet pluto. helo...aku manusia okey.. hahaha. pedulikan lah, aku ambil tempat duduk di bahagian belakang. betul-betul belakang abg akram. pastu apa lagi, kena gelak kan ah. senyum je lah. dah salah. buat cara salah. terus aku buat-buat buka buku, heheheh. supaya proses sakat menyakat itu tidak berterusan lebih panjang. malu tauhu??

sampai ke PWTC, "ya ALLAH, ramai nye orang.. macam kat pasar malam tanjung malim". aku dah lah tak leh sangat berlama-lamaan di tempat yang ramai orang. aku akan rasa pening dan serabut. mungkin dari kecil lagi aku tak di biasakan di bawa pergi berjalan-jalan. maka aku amat tidak suka sangat untuk berjalan, kecualilah memang ada perkara yang aku hajatkan. akan aku usahakan sehingga dapat.

memang hajat untuk membeli buku, dan ada pesanan dari housemate aku. beriya-iya meminta aku beli buku trilogi aku terima nikahnya. nukilan ustaz hasrizal. rasa tak sanggup nak hampakan orang. aku juga ada berhajat untuk membeli buku, jadi aku sanggup redah lautan manusia kat pwtc tu. apa yang seronoknya, aku dapat jumpa ustaz hasrizal, selama ni duk baca tulisan kat blog dia je. setiap kali program dia, tiada kesempatan nak pergi. dapat jugalah buah tangan dari ustaz. syukran kathir ya ustaz.. :)

sempat bergambar kenangan dengan ustaz. :)

aku hanya beli buku rindu bau pohon tin, cadangnya nak beli buku secangkir teh. tapi, buku tu tak sampai lagi. maka terpaksa lah aku hold dulu. beli kemudian hari. mungkin ada hikmah yang tersirat. sabar. :)

lepas habis urusan di PWTC, kami pulang ke tanjung Malim. kerana esoknya ada misi lain yang perlu aku lunaskan. nak juga aku cerita kat sini, tapi mungkin entry yang akan datang.. kesah aku bersama bekas-bekas penagih dadah. terlalu banyak yang aku tak tau, tetapi dengan mereka aku dapat tahu. seronok.. :)

till we meet next time.

pesanan buat aku dan kamu, jagalah masa sebaik mungkin. kerana masa kadangkala kita bermasam muka dengan kawan. kerana masa kita tak terlunas banyak perkara. namun ingat, masa tidak salah, yang salah adalah kita, kerana membiarkan masa itu terbuang begitu sahaja.

terima kasih sekali lagi kepada abg dan kakak aku berdua tu. moga2 kamu sentiasa sihat dan dirahmati. saya sayang kamu berdua. :)

dari dasar hati.
jazakallah khair.
wslm

6 comments:

KAZA said...

Tak dpt bayangkan bagaimana rupa Abu ketika naik di Bas SKS tu.. Mesti handsome ala2 "Brad Pitt"..Huhuhu

MoSyaZ BooT said...

pegi PWTC ke hari sabtu lepas? tak jumpa pun :DD

handhalah ibnu kamil said...

kaza : banyak la ko nye brad pitt. malu gila time tu. semua orang tengok. hahaha. nasib la aku ada taktik muka kool dan slumber. ngee~

syahin : ha ah. pi ngan kwan. kalau tau nak juga jumpa. macam mana nak jumpa. orang sangat ramai oo syahin. macam pasar malam dah abg tgk. hahaha.

MiSS WaNa HeRMan said...

salam..
ko mandi ka jg abu pi PWTC tu???
curiga...
hehehehe...
bangun 8.38am..
bas kat tnjg malim jalan jam 9am..

ngengenge....

jgn marah...

aniuna said...

wana..
ekceli akak pon mcm curiga jugak...

abu, kalo wat salah, mmg slaloo wat muke seposen...
paham dah...........

handhalah ibnu kamil said...

wana : weh, aku mandi lah. dish3. cuma ekspres lah.

kak nisah : weecccckkk!!

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,