Tuesday, April 13, 2010

edisi tidak berfaedah

ah. lama betul blog ni tidak berupdate.
sampai ada orang kata blog aku ni macam warta upsi. keluar 2 minggu sekali.
tapi aku rasa waktu dah lebih. bukan lagi warta upsi.
ni dah jadi warta planet pluto. haih. melampau.

sesuai ke kalau aku kata blog ini perlu di buat pekasam?
tapi....dengan blog ni lah aku kenal ramai orang.
dengan blog ini lah aku improve penulisan.
dengan blog ini aku memberi rasa kepada orang.(itupun kalau ada)
eiii.. tak boleh2. kena teruskan jugak demi kamu yang selalu menelaah blog aku ni.
itupun kalau adalah yang rajin menelaah. fuiiyoo sungguh ilmiah. hee~

bukan tidak ada event yang boleh aku letakkan kat sini , ilmu Allah seluas langit dan bumi boleh di kongsikan. cuma. agak malas. ya. malas. aku mengaku. malas nak update. tapi buka rajin. :)

mungkin hari ni, aku agak lapang dan ada sedikit kerajinan. maka aku menaip lah juga. tapi agak-agak tulisan aku kali ini mendatangkan manfaat untuk kamu atau tidak? haih..rugi-rugi.

banyak perkara berlaku. cuma aku tidak boleh nukilkan di sini. secret maybe.
mungkin lain kali. jika perkara itu betul2 penting untuk di ceritakan. maka aku tuliskan disini.
bila perkara itu aku rasakan mendatangkan manfaat kepada kamu. maka akan aku tuliskan di sini juga. jika mahu tahu perkembangan aku yang semakin berkembang ni. msg atau call je la. kalau takde no telefon minta kat operator atau yellow page (itupun kalau mahulah.aku tak paksa).

sekarang adalah minggu study week. aku harap rakan-rakan aku study elok2 ye. buat yang terbaik. doakan aku. belajar-belajar juga. Allah jgn lupa. itulah kekuatan seorang muslim. aku doakan yang terbaik buat kalian. buat rakan2 empaty, rakan-rakan kelab debat, dan rakan-rakan jmk. tidak lupa buat abg dan kakak aku. haih. buat yang terbaik. :)

sekian utk hari ni.
jazakallah khair.
wslm.

No comments:

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,