Wednesday, March 17, 2010

bercinta itu amat indah

assalamaualaikum.

sudah lama aku tidak menukilkan apa2 di sini, agak sibuk dengan taklifan sebagai seorang mahasiswa. minggu akhir begini banyak perkara yang perlu di selesaikan. doakan aku dapat selesaikan semuanya dengan baik.

entry kali ini aku ingin berbicara sedikit berkenaan cinta, perkara yang paling dekat di hati oleh semua makhluk yang ada. rasa ingin di sayangi dan menyayangi. itulah fitrah manusia.

ibnu hazm pernah menukilkan dalam bukunya , tauqul hamamah (dibawah naungan cinta) mengatakan “Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Dia tidak dapat dilukiskan, tetapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolaknya, syariat pun tidak melarangnya.

agama tidak pernah menolak cinta, malah memberikan garis panduan yang cukup cantik dan indah untuk di ikuti. malangnya umat nabi muhammad akhir zaman ini banyak yang melanggar garis panduan yang di tetapkan. aku juga sebagai seorang remaja, acapkali terasa ingin bercinta. dan pernah aku terlanjur kata. sehingga menyesal "kenapa mudah sgt aku ungkapkan kata cinta?" dengan wanita yang tidak halal bagi aku. namun dalam keterlanjuran aku masih diberi peluang untuk menginsafi khilaf yang lalu. sehingga aku semat dalam hati, biar kata cinta aku yang mendatang hanya akan ku ungkap buat wanita yang halal untuk aku. itu azam aku!

teringat pesan ibu, ingin aku kongsikan bersama kalian..." abu jika seorang wanita itu berani untuk bercinta dengan kamu, tetapi tiada ikatan yang sah antara kamu. maka tidak mustahil dia akan berlaku curang kepada kamu, kerana kata cinta yang dia ungkapkan amat murah untuk dilafazkan buat orang yang tidak halal untuknya. ibu takut akan berlaku syak wasangka antara suami dan isteri jika percintaan itu tidak mengikut lunas yang islam tetapkan." ~terima kasih ibu~

aku tahu jiwa remaja, ingin di belai dan di kasihi. aku juga sering rasa begitu. tetapi cinta manusia itu..mereka akan pergi. cinta harta itu. harta akan habis. cintailah Allah. insyaALLAH selamat dunia wal akhirah. :)

ini sekadar pandangan aku. jika kamu rasa ianya betul. silakan. jika tidak. abaikan. siapa yang sudah bercinta. teruskan dengan syariat. cepat2kanlah meterai ikatan. agar antara kamu berdua tiada yang ketiga yang berpesta kerana kamu sering berdua2an.

jika tidak mampu, ambillah jalan yang paling selamat. tunggu dahulu sehingga cukup syarat. kemudian teruskan niat suci itu. moga sampai ke akhirnya~

p/s : nak lebih best, aku cadangkan beli buku nukilan ustaz hasrizal "aku terima nikahnya", "bercinta sampai ke syurga" dan "murabbi cinta". insyaAllah dapat sesuatu dari situ. :)

moga-moga ikatan yang termeterai sampai ke syurga.

tiba2 aku rasa nak tulis ttg perkara ini. tidak bermakna aku tgh gatal nak kawen ye..hehehe.
moga ia memberi manfaat kepada pembaca. :)

dari dasar hati
jazakallah khair.
wslm.

8 comments:

ninim said...

aku rasa nak kawin la abu~~


tapi??

hurm...

aku seorang Temah said...

aini...aku pun.. hahaha

(gurau) :p

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

aini : kawen je lah. hehhe. hang permepuan tak yah pikr banyak. cari aje lelaki yang dah kerja. hehehe.

temah : hahaha. slip of the touge again??

kawen ah temah. kau tak jemput aku. aku siku rusuk kiri dan kana kau sampai kau tak leh jalan 5 purnama.

hahaha.

KAZA said...

Aku pun nak kahwin juga la Abu.. Huhuhu

aku seorang Temah said...

abu..aku kene jemput ko nek ape nih?

aku undang buleh la..nak jemput ko dari rumah bawak datang ke kenduri kawen aku payah skit abu...
hahahaha

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

kaza : haaa...cepat2 lah ko kawen. kau tu dah tahap wajib dah tu. ngee~

temah : takpe. ko hantar sms pun oke dah. aku datang sendirik naik gajah.
hahaha.

asalkan ada tempat parking udah la. hahaha.

salmah salleh said...

aku pun mau la jugak...

ain fathihah fhm said...

nak kawen. nak kawen.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,