Alhamdulillah. selesai sudah program Kem Bina Insan Guru (K - BIG ), yang berlangsung selama 3 fasa. dan aku hanya berkesempatan untuk terlibat dalam fasa ke-3, yang terakhir. tetapi aku amat bersyukur. kerana ilmu dan pengalaman itu paling berharga. dalam semua urusetia, aku yang paling muda, maka rasa inferior itu sudah pasti. aku amat takut jika aku tersalah buat. namun prinsip hidup mudah, peluang itu datang sekali, tidak ada yang kedua sama dengannya, maka ambil dan kautlah selagi mana termampu. sedangkan pada ketika itu ada tiga program lain yang perlu aku lunaskan, tetapi aku rasakan program K - BIG ini lagi banyak input dan ilmu yang boleh aku belajar. utamakan mana yang utama dan kemudaratan yang paling sikit.
Program ini di jalankan untuk pelajar DPLI, bayangkan aku menjadi urusetia kepada golongan yang tua 5 hingga 6 tahun lebih tua dari aku. mau ketar lutut juga. namun bak kata orang, kalau ada ilmu kalau tak guna baik tak payah kan?macam tin kosong. aku gunakan ilmu kaunseling yang ada. dari aspek komunikasi, layanan terhadap mereka, alhamdulillah. penerimaan cukup baik, bahkan aku boleh bergurau seperti sudah kenal lama. terima kasih kepada cikgu-cikgu DPLI, anda memang terbaik.
antara benda yang paling menarik dan aku tidak pernah bosan untuk mendengar walau sudah berkali aku dengar ialah ceramah berkaitan dengan modul komunikasi. rasa seperti amat dekat di hati. dalam ceramah ni Encik Taqi menerangkan cara berkomunikasi dengan baik, jenis-jenis cara berkomunikasi dengan pelajar dengan cara yang terbaik. contoh-contoh yang encik taqi cerita buat aku teringat waktu aku sekolah. sebab aku ada pengalaman lalu yang amat perit untuk aku ingat. kadang-kadang aku terfikir, kenapalah cikgu aku dulu tak belajar benda ni. kalau tak, aku tak jadi mangsa agaknya. aku sudah maafkan kamu cikgu. tapi aku tidak boleh lupa apa yang kau buat pada aku. aku minta maaf.
kepada abg-abg dan kakak-kakak urusetia. terima kasih atas penerimaan anda kepada aku. aku tidak tahu apa yang ada dalam hati dan benak fikiran anda. tapi aku seronok bekerja bersama anda. abg akram, abg ali, abg kadir, abg fitri, kak wawa, kak shila,dan kak erin. terima kasih dari insan baru belajar. :)
kepada encik Taqi, Encik Zul, Encik Aziz Yatim, Encik Aziz Shah, dan Dr. Jazimin. terima kasih. kerana memberi ruang dan peluang buat saya.
::::::::::::::::: :: :::::::::::::::::
lepas program. jalan-jalan ke KZ dengan abg akram. memang ada urusan di sana. hendak mengikat tali ukhwah, setelah sekian lama tak bertemu dengan sahabat sefikrah. lain rasanya jika bersama mereka. seperti adik beradik. walau tak seibu sebapa.
p/s :terima kasih abg akram. sbb sudi layan perangai saya. kerana anda. bnyak perkara saya belajar :)
ikhlas dari hati.
sekian.
wslm.