Saturday, December 11, 2010

mengidam

sudah dua minggu saya kecur air liur.
sudah dua minggu saya tidak dapat makan benda itu.
hari ini saya dapat makan benda itu.

ok. nafsu saya puas. Alhamdulillah.

terima kasih. :)

ini benda itu. yummy. apam balik. :)
gambar di ambil di www.resepiraidah.blogspot.com

Friday, December 10, 2010

alasan

alasan sudah lama tidak menulis menyebabkan penulisan semakin hambar dan kurang menarik. betul kan?
tetapi apa pun perkara jika di buat acapkali, pasti akan meningkat dari masa ke semasa. waima awak tu tidak tahu apa-apa sekalipun tentang sesuatu perkara, tetapi jika ada minat dan kesungguhan pasti anda akan mendapat hasil yang lumayan.

belakang parang jika betul asahnya, makan akan menjadi tajam bukan?
macam tu jugalah dengan kelebihan kita. jika di asah berkali-kali pasti akan menjadi mantap. malah kelemahan kamu juga boleh jadi kelebihan. tuhan itu maha adil.

jadi alasan penulisan hambar, adalah di sebabkan saya yang jarang menulis. maka otak saya pun kurang bergerak dan memproses. oh kesian.

maka saya berazam akan memenuhkan apa sahaja yang berada di dalam benak saya ke dalam blog ini. erm, mungkin untuk tatapan anak-anak atau cucu saya di masa depan. paling seronok kalau boleh masukkan blog saya di dalam muzium negara. mungkin ! suatu hari nanti. ha ha ha.

sharpen the saw - habit 7 (Prof. Dr Stephen Covey)

selamat beramal. :)

perasaan

tidak tahu bagaimana untuk ekspresikan.
tapi sejujurnya saya gembira kamu semua ada.
terima kasih.

er. status begini seharusnya ada di facebook saja.
sila kesali~

bersenam

perasaan semangat mahu bersenam/beriadah bersama rakan-rakan,
janji pukul 5.30 petang.
jam 4.30 saya pandang katil,
mak saya pesan tak elok tido petang.
tapi saya betul-betul penat.
sekejap sajalah. bersandar di birai katil.

tiba-tiba terjaga dengan aksi terkejut (tingkahlaku terlazim) , "eh, dah jam 6.30" ?
kepala pening dan agak lambat untuk memproses maklumat.

ok. FINE. saya tak turun bersenam.
maka lemak hari ni masih tersimpan untuk esok. huh ! !

Wednesday, December 1, 2010

dosa

seorang teman bertanya pada saya.

teman : abu, pernah buat dosa tak?
saya : pernah, sebab apa tanya ?

teman : ouh. saya juga pernah. saja saya bertanya pada awak. kadang-kadang saya rasa malu, sebab buat dosa. lemahnya kita kan.
saya : ermm. saya pun sama. Nasib lah Allah maha pengampun, tak pernah jemu DIA melayan kita yang bermacam ragam ni. malah Allah rindu akan hambanya yang sering mengadu dan merintih padanya menyesali yang khilaf. kalau lah sesama manusia, mesti kita dah di benci. dah selalu sangat buat salah.

teman : yup. betul. saya harap dosa-dosa saya di ampun Tuhan. terlalu banyak sangat buat salah. kadang-kdang rasa malu dengan diri sendiri. :(
saya : kawan, saya juga sama, tapi sama-sama kita baiki diri. Allah maha pengampun. yang penting kita bertaubat. dan berazam tidak ulangi kesalahan kita. kalau lah Allah beri kita serba lebih. nanti kita sombong. tidak mahu mengadu pada DIA. berapa ramai yang di berikan sedikit kelebihan. jalan mendabik dada. sudah lupa rumput yang di pijak. mendongak sahaja ke langit.

teman : terima kasih kawan. moga saya berjumpa kamu di syurga nanti. kita kawan sampai bila-bila ok!
saya : insyaALLAH. mudah-mudah an.

::::::::::::::::::::::::::::: :: ::::::::::::::::::::::::::::::

serius saya rindu saat-saat seperti itu!
sering mengingatkan antara satu sama lain.
sayang kita pada manusia pasti akan ada prasangka.
sayang Allah pada kita tidak berbelah bahagi. :)

p/s : sekadar berkongsi pengalaman dalam bersahabat. semoga menjadi teman hingga ke syurga. :)
nota kaki : dialog telah di ubah lebih formal tanpa mengubah konten sebenar. untuk memudahkan kefahaman pembaca.

sekian.
6.55 petang.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,