Monday, June 21, 2010

aku tidak seperti kamu

semua manusia membesar dalam situasi yang berbeza-beza. begitu juga aku, kamu, dia, dan mereka. semua mengalami pengalaman hidup yang berbeza yang membentuk diri menjadi seseorang. sama ada ia baik atau tidak. terpulang acuan yang di bentuk. terpulang acuan mana yang aku masuk. jika cantik, maka indahlah, jika buruk, maka jelek lah. terpulang.

sekarang umurku mencecah 20an, baru aku terfikir, selama ini acuan aku betulkah, cantik, indah, baik... aku mampu asingkan atau tidak segala yang baik dan buruk. aku mampu tapiskah apa yang masuk di dalam fikiran dan hati?

aku cuba untuk menilai perangai sendiri. adakah apa yang aku lakukan berkait rapat dengan pengalaman lalu. acapkali aku membandingkan diri aku dengan orang lain. kebahagiaan , tingkahlaku, layanan orang lain. adakah aku dapat seperti yang mereka dapat. aku puas atau tidak? perangai aku di sukai orang atau tidak. kadangkala agak pening bila memikirkan ada orang yang berkecil hati dengan tingkah aku. sedang aku tidak sedar ia berlaku...

konklusi, aku perlu perbetulakan diri. biar aku memahi orang lain. untuk mereka memahami aku. :)

aku faham. aku tidak seperti kamu. jauh sekali. cuma mohon carilah titik persamaan antara aku dan kamu. :)


wslm. :)

Sunday, June 20, 2010

dia papa saya. :)

hari-hari adalah hari dia.
bukan hari ini saja.
cuma mungkin hari ini ada asbab aku ingin menulis tentang dia.
untuk beritahu kepada semua yang aku ada dia

dia juga asbab aku lahir ke dunia.
kenal apa itu kehidupan.
dia juga asbab aku belajar untuk hidup.
asbab aku belajar mengenal yang ESA.
asbab aku menjadi seorang manusia yang manusia.

dia hanya sorang.
tiada yang boleh ganti.
kerana darahnya mengalir dalam tubuh aku.
dna kami sama.

muka juga lebih kurang sama.
cuma dia lebih kacak dari aku.
itu saja. :)

aku menyayangi beliau sepenuh hati.
ya. aku ingin beritahu aku sayang dia.
jasa dia aku tidak mampu bayar.
sehingga akhir nyawa.

ya aku mau jadi seperti dia.
papa seperti dia.
segala-galanya seperti dia.
supaya anak aku kelak boleh menyayangi aku,
sepertimana aku menyayangi dia.

aku sayang papa. :)
syukran jazilan atas segalanya.
doakan aku jadi anak yang soleh.
agar aku boleh menjadi harta yang tak ternilai buat kamu,
jika kamu di jemput di kemudian hari. :)

luahan rasa seorang anak :)

dia papa ngan mama saya :)

wslm.

Saturday, June 19, 2010

hati lelaki macam aku

lelaki macam aku... layakkah?

mungkin aku perlu tunggu 4 tahun lagi.
lama. tapi aku kena tunggu. jika panjang umur.
aku akan merasa juga.

jika tidak. tak pa lah. itu sudah takdir. aku terima...

ya.. aku terima..
tapi bila???
bila??
dan bilaa??

aku cuma mampu tunggu.... lamanyaa aku naakk....


sigh....huh...

















kahwin.... hehehehe.... :)
saja bergurau.. sempena bulan orang tgh ramai berkahwin. :)
barakallahulakum kepada akhi wa ukhti yang melangsungkan walimah, semoga berkekalan sehingga ke syurga. :)

wslm.

Tuesday, June 1, 2010

cukupkah sekadar..??

Assalamualaikum.

cukupkah sekadar aku membenci.
cukupkah sekadar aku membantah.
cukupkah sekadar aku melaung kata jahanam!
cukupkah sekadar aku menangis...??

tanpa aku melakukan apa-apa.
tanpa aku mengangkat senjata.

adakah aku akan di persoalkan?
atas tindakan aku?

kau memang jahanam zionis!!

RAMAI YANG TAHU, TAK RAMAI YANG MAHU, DAN TERLALU SEDIKIT YANG MAMPU!

moga kita berada dalam kalangan yang mampu.
mari kita rafkkan doa. moga kemenagan yang dijanjikan akan kunjung tiba.
moga ada nilai di sisi yang ESA.

wslm.

Friday, April 30, 2010

masa

mungkin masa yang akan menentukan
bila ia akan pergi
dan bila aku akan menyesuaikan diri
ya masa. :)

dulu rasanya semua ok
adalah terjentik sediki-sedikit
otak rasa tidak fikir banyak
ya..
masa menyebabkan ia berubah

maaflah incik blog.
gua dah lain sekarang. :)

hari2 aku merepek kat sini.
wslm.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,