Sunday, June 20, 2010

dia papa saya. :)

hari-hari adalah hari dia.
bukan hari ini saja.
cuma mungkin hari ini ada asbab aku ingin menulis tentang dia.
untuk beritahu kepada semua yang aku ada dia

dia juga asbab aku lahir ke dunia.
kenal apa itu kehidupan.
dia juga asbab aku belajar untuk hidup.
asbab aku belajar mengenal yang ESA.
asbab aku menjadi seorang manusia yang manusia.

dia hanya sorang.
tiada yang boleh ganti.
kerana darahnya mengalir dalam tubuh aku.
dna kami sama.

muka juga lebih kurang sama.
cuma dia lebih kacak dari aku.
itu saja. :)

aku menyayangi beliau sepenuh hati.
ya. aku ingin beritahu aku sayang dia.
jasa dia aku tidak mampu bayar.
sehingga akhir nyawa.

ya aku mau jadi seperti dia.
papa seperti dia.
segala-galanya seperti dia.
supaya anak aku kelak boleh menyayangi aku,
sepertimana aku menyayangi dia.

aku sayang papa. :)
syukran jazilan atas segalanya.
doakan aku jadi anak yang soleh.
agar aku boleh menjadi harta yang tak ternilai buat kamu,
jika kamu di jemput di kemudian hari. :)

luahan rasa seorang anak :)

dia papa ngan mama saya :)

wslm.

2 comments:

syahir Mohamad said...

salam..
cam abulah..huuh
setiap hari adalah hari dia semua..

handhalah ibnu kamil said...

wslm.
hehe.. saya kurang faham akh.
maksud?

macam abg jga. hari2 utk kamu. :)

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,