Monday, June 21, 2010

aku tidak seperti kamu

semua manusia membesar dalam situasi yang berbeza-beza. begitu juga aku, kamu, dia, dan mereka. semua mengalami pengalaman hidup yang berbeza yang membentuk diri menjadi seseorang. sama ada ia baik atau tidak. terpulang acuan yang di bentuk. terpulang acuan mana yang aku masuk. jika cantik, maka indahlah, jika buruk, maka jelek lah. terpulang.

sekarang umurku mencecah 20an, baru aku terfikir, selama ini acuan aku betulkah, cantik, indah, baik... aku mampu asingkan atau tidak segala yang baik dan buruk. aku mampu tapiskah apa yang masuk di dalam fikiran dan hati?

aku cuba untuk menilai perangai sendiri. adakah apa yang aku lakukan berkait rapat dengan pengalaman lalu. acapkali aku membandingkan diri aku dengan orang lain. kebahagiaan , tingkahlaku, layanan orang lain. adakah aku dapat seperti yang mereka dapat. aku puas atau tidak? perangai aku di sukai orang atau tidak. kadangkala agak pening bila memikirkan ada orang yang berkecil hati dengan tingkah aku. sedang aku tidak sedar ia berlaku...

konklusi, aku perlu perbetulakan diri. biar aku memahi orang lain. untuk mereka memahami aku. :)

aku faham. aku tidak seperti kamu. jauh sekali. cuma mohon carilah titik persamaan antara aku dan kamu. :)


wslm. :)

2 comments:

vidadarisakura said...

jadi diri sendiri suda.hee

handhalah ibnu kamil said...

tu lah. sudah jadi sendiri. kadang2 its complicated lah . vi. kalau lah macam kau... biol2 sentiasa. mesti seronok. hahaha. :)

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,