Assalamualaikum
Frasa gagal sering di salah
ertikan sebagai suatu yang negatif, ya mungkin oleh saya, dan juga oleh anda
semua. Acapkali apabila sang gagal menjengah dalam hidup kita, kita mula goyah,
kita mula rasa payah, dan lebih teruk kita mula berputus asa.
Apa kata, kita tukar frasa gagal
itu kepada suatu yang positif, sesuatu yang boleh menjadi katalis untuk menjana
kejayaan. Saya teringat kata-kata Bill Gates, salah seorang jutawan yang sangat
berjaya. Katanya, "Di Universiti, saya gagal di dalam beberapa subjek, tetapi
kawan saya berjaya dalam kesemua subjek, namun begitu, sekarang saya adalah
orang yang memiliki syarikat Microsoft, tetapi kawan saya adalah jurutera di
syarikat saya"
Nampak? Jika kita melihat
kegagalan itu sebagai suatu yang positif, maka ia akan menjadikan diri kita
orang yang hebat! Tidak ada manusia yang gagal selagi dia berusaha. Orang yang
betul-betul gagal ialah orang yang apabila dia jatuh tersungkur, dia tidak mahu
bangkit kembali, putus asa. Lelah!
Dalam hidup ini, banyak kali saya
mengalami kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Ya, tidak semua orang boleh
menceritakan sisi gelap dalam hidup mereka. Cuma sekadara perkongsian, antara
kegagalan yang kita alami,
- Gagal untuk menjadi Hamba Allah yang Taat
- Gagal untuk menjadi anak yang baik
- Gagal untuk menjadi pelajar yang baik
- Gagal untuk menjadi sahabat yang baik
- Gagal untuk menjadi guru yang baik
- Gagal dalam perhubungan perasaan
Dan seribu satu kegagalan yang kita hadapi, kegagalan ini lah yang sering buat kita hiba dan kecewa apabila memikirkan
apa yang terjadi. Namu kegagalan-kegagalan inilah yang setiap hari menjadi
penyuntik kepada kita untuk terus berjaya dan menggapai impian. Tidak apa gagal
sekarang, tetapi jangan sesekali kita berhenti untuk berusaha, biar sehingga menghadap
yang Khaliq kelak, kita berada antara orang-orang yang diredhai.
Saya percaya, di sebalik
kegagalan yang kita lalui, pasti akan ada kejayaan-kejayaan yang kita kecapi,
ada waktu kita bersedih, ada waktu kita bergembira, yang penting jangan pernah
untuk kita putus Berdoa. Kerana doa itu senjata mukmin yang paling Ampuh. ^^, .
Merenung sirah Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW, berdakwah selama 23 tahun tanpa henti, tidak pernah keluar
dari mulut baginda keluh kesah dan putus asa, walaupun di uji dengan ujian yang
maha berat dalam menyampaikan risalah islam. Maka kenapa kita untuk berputus
asa? Gagal?
Gagal yang total bagi seorang
muslim itu ialah apabila dia diletakkan di neraka. Nauzubillah. Selagi
bernafas, ruang untuk bertaubat dan berubah masih ada. Jalan itu masih ada,
pilihlah teman!
"Jangan pernah mengaku kalah dengan masalah! Senyumlah!"
Jazakallah.
Teratak kecil Hira’
1.50 pagi
Khamis
.TintaSiFaqir.
3 comments:
da grad ka? tahniah2.
teringat buku berani gagal.
Alhamdulillah. terima kasih. hehehe. lama sangat saya tak update blog, dah jarang-jarang ta sekerap dulu. ^^,
terima kasih, nanti saya cari buku tu.
bikin buku la.. buku motivasi..
Post a Comment