Friday, June 15, 2012

Sombong


Apa lah guna jika kita sombong, lebih malang lagi jika ditambah dengan perkataan bodoh, bunyinya lagi kejam, bodoh sombong. Sudahlah bodoh, sombong pula tu. Percaya atau tidak, semua dalam kalangan kita pernah menjadi bodoh sombong, Cuma kita sahaja tidak sedar.

Percaya atau tidak, saya buktikan. Sebelum itu jawab soalan saya, tidak apa, jawab sahaja dalam hati, kerana hati itu selalu berlaku jujur, ya kerana suara hati tidak akan di dengar oleh orang lain.  Pernah kita melanggar perintah Allah? Ingkar? Maka pada waktu itu kita berada dalam keadaan bodoh sombong, lebih-lebih lagi bila kita tahu apa yang kita lakukan adalah salah. Betul?

Agak keras bunyinya, bukan apa sekadar untuk mengingatkan saudara-saudara saya yang disayangi, agar kelak kita sama-sama masuk ke dalam syurga. Firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10,

“Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”

Tidak guna kita sombong, kelak memakan diri sendiri. Orang yang sombong sentiasa akan berada dalam keadaan yang statik, sehingga dia tidak sedar bahawa orang lain sudah lama meninggalkan dirinya di belakang. Sebab apa? Sebab “perasan bagus” .

Lebih elok kiranya kita menunduk, berkongsi dan meraikan orang lain. Sentiasa merendah diri, sedia untuk seringkali di ajar dan mengajar. Berkongsi ilmu yang ada, sesungguhnya tiga amalan yang tidak akan putus setelah matinya anak adam ialah salah satunya, ilmu yang bermanfaat di ajarkan kepada orang lain, dan orang lain mengamalkan ilmu tersebut. InsyaAllah.

Berbaktilah kepada semua orang, tidak ada ruginya, kita hak mutlak Allah, maka berilah semampu mungkin kepada masyarakat di sekeliling kita, mengikut keadaan di mana kita di letakkan. Amal yang baik akan sentiasa di kenang, orang yang baik akan sentiasa di doakan, tidak rugi bukan?

Sekadar pandangan, moga ada baiknya buat saya, dan kalian. insyaAllah.

Didiklah anak sedari kecil mengenal penciptanya, moga kelak ia tidak menyombong di dunia.
"Uncle dan auntie sekalian, saya sengaja buat muka garang, nanti ada orang mengorat, bahaya. hehehe" kata Aminah. ^^, . Doakan saya jadi anak yang solehah.

.TintaSiFaqir.

No comments:

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,