Sudah lama saya tidak menulis. Eh bukan, menaip sesuatu di blog saya ini. Entahlah, kadangkala rasa malas, rasa tidak ada yang perlu di curahkan. Kadang kala ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan. Tetapi waktu itu saya berada bukan di hadapan komputer riba saya. Bila pulang ke rumah, saya terus lupa. Lemahnya saya. Kadangkala ada beberapa perkara juga yang ingin saya kongsikan, tetapi bila saya sudah siap menaip dua atau tiga perenggan, saya biar ia berperam di “draft”. Kadangkala saya “delete” sahaja. Kerana memikirkan tidak perlu rasanya berkongsi perkara sedemikian. Hehehehe. Keseduhannya, blog ini terbiar begini. Alangkah ruginya. (sebenarnya saya lebih selesa dengan muka buku). Mudah dan cepat.
Tetapi bila lihat dan baca “entry” lama, saya senyum sendiri, saya pernah rasa ter candu dengan blog. Sehingga kadangkala hari-hari saya tatap dan hias blog saya. Jika ikut perkiraan, tidak tahu “layout” blog saya kini adalah yang keberapa. Hehehehe. Sekarang saya mula ketagih dengan muka buku. Tetapi tidak tahu sampai bila fenomena itu. Kerana saya akui, manusia sifatnya akan bosan akan sesuatu. Seperti apa yang terjadi dengan saya dan blog.
Tengok, dua perenggan saya karang adalah sebab blog. Hahahaha. Tidak ada langsung kepentingan untuk umat sejagat.
Oh ya, saya sudah tamat pengajian. Alhamdulillah. Saya sudah berjaya di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Cuma saya belum menjalani istiadat konvokesyen sahaja lagi. Tarikhnya? Entah, saya pun tidak tahu, itu kerja si aristokrat universiti. Keputusan? Alhamdulillah, lebih dari sangkaan dan kemampuan saya. Tidak ada apa yang boleh saya katakan, selain rasa syukur kepada Allah. Saya berharap, di akhirat sana, saya peroleh keputusan yang cemerlang bila di hitung kira di hadapan Allah kelak.
Sekarang saya berada dalam zon cuti. Maksud cuti saya, ialah cuti tanpa kuliah dan tugasan sebagai seorang pelajar. Saya masih ada cita-cita untuk sambung belajar. Tetapi kehendak itu perlu di letak tepi dahulu. Ada beberapa perkara yang perlu saya lunaskan dahulu, sebagai seorang anak, abang, dan adik. Sudah PASti, tugasan sebagai seorang rakyat yang baik juga saya perlu lunaskan.
Ok. Sudah. Doakan saya.
Cepat dapat kerja. Cepat kahwin. Sekian. ^_^ .
Ouh ya. Kalau ada yang tertanya-tanya di dalam hati, kenapa saya tulis perkara di atas. Jawapannya, ia adalah untuk saya. Sebab perangai saya, saya suka baca “entry” lepas. Tunggu saya tua (kalau sempat) . saya akan baca kembali. Mungkin ini boleh memberi secalit senyuman pada garis-garis muka.
No comments:
Post a Comment