Assalamualaikum.
Allah beri kita ruang dan peluang, untuk hidup di muka bumi ini sudah cukup memberi makna kepada kita. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa Untungnya kita. Lebih-lebih lagi kita lahir dengan nikmat Iman dan Islam. Nikmat yang tidak semua orang perolehi, nikmat yang orang dahulu berkubang darah untuk menegakkannya.
i
Ujian
Allah datangkan ujian kepada kita untuk menguji sama ada kuat atau tidak kebergantungan kita kepadanya.
Allah sentiasa memperingatkan kita, kerana DIA sayang akan hamba-hambanya. Dalam surah Al Ankabut ayat 2-3 Allah menyebut :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Kemudian Allah memujuk hamba-hambanya agar sentiasa redho dalam menghadapi ujian. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 286 :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Sungguh, Maha Baik dan Maha penyayang Allah.
ii
Sabar
Sedikit pengalaman, tentang diri saya, seorang yang agak kurang sifat sabar. Sifat sabar senipis kulit bawang. Tapi hasil bergaul dengan rakan-rakan, Alhamdulillah, darjah kesabaran itu semakin naik, tidak banyak, tapi InsyaAllah lebih baik dari sebelumnya. Sedang konsisten meningkatkan darjah kesabaran. Kerana saya tahu kekasih hati kita Rasulullah pernah bersabda :
“barang siapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…” (HR. Bukhari)
Mudah-mudahan kita sabar dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Memang mudah untuk kita meluncurkan kata sabar, tetapi amat sukar untuk bersabar apabila sedang marah. Maka, tingkatkan rasa sabar kita teman, dalam apa cara sekalipun, cuba,cuba, dan cuba untuk sabar. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita.
iii
Realiti Hidup
Mudah, tidak semua yang kita harapkan akan kita perolehi. Ujian, pasti akan datang, Cuma cara bagaimana kita menanggapi dan menyelesaikan masalah itu. Sahabat akan bertukar ganti, tetapi sahabat sejati insyaAllah sehingga ke syurga nanti. Masalah seberat mana pun, pasti akan ada jalan keluar, Cuma bagaimana kita selesaikan perkara tersebut. Selagi kita hidup, Pasti kita akan lakukan kesalahan, tetapi bagaimana kita menjadikan kesalahan itu sebagai suatu yang paling bermakna dalam hidup, agar kesalahan itu menjadi guru terhadap diri kita. Doa, senjata yang paling ampuh untuk orang mukmin, Cuma bagaimana kita yakin bahawa itu adalah usaha yang terbaik selepas usaha. Transisi kehidupan akan berubah, ideologi, cara pemikiran, cara bertindak, akan berubah berdasarkan orang sekeliling dan cara kita bergaul. Maka pilihlah orang yang baik-baik dan soleh. insyaALlah kita mampu menjadi kearah itu. Akhir sekali, panduan atau manual yang paling berharga untuk kita rujuk, yang ramai orang sudah tinggalkan, iaitu Al Quran.
iv
Penutup
Moga Allah mempermudahkan urusan sahabat sekalian. Moga Allah berikan kekuatan untuk kita menongkah bumi. Moga Allah sentiasa merahmati apa yang kita lakukan. Moga Allah terima taubat kita. Moga Allah berikan kita pengakhiran yang baik. Moga Allah tidak memalingkan kita dari kebenaran. Moga-moga usaha yang sedikit ini Allah berikan kerahmatan kepada semua sahabat yang membaca. Syukran.
Jika kita mahu semuanya akan jadi dengan izin Allah. insyaAllah.
p/s : Jangan lupa undi PAS untuk PRU 13. Sekian.
No comments:
Post a Comment