Tuesday, November 29, 2011

K a w a n


Saya jarang untuk meluah rasa, kerana saya tahu, hanya Allah tempat paling baik untuk meluah rasa. Tetapi rasa ini adalah untuk semua, agar ia menjadi panduan untuk kita merasa dengan lebih baik. Agar kita tahu meletakkan rasa di tempat yang paling tepat. Agar kita tahu untuk memberi rasa di tempat yang lebih baik. Agar kita meninggal kan rasa kepada orang lain dengan perkara yang bahagia sahaja. Agar kita tidak menggagau teruk di akhirat kelak, akibat ketirisan teruk mulut kita.

Hati saya tiba-tiba seperti rasa sakit. Normal bagi seorang manusia seperti saya, yang punya hati untuk merasa. Ya, rasa sakit, bukan sakit luka. Tetapi sakit di pangkal-pangkal hati mungkin. Belum parah.

Kawan,

Bila kita berkata kawan, lihatlah masa lalu kita.

Agar kau rasa bahawa ia adalah pengajaran terbaik untuk kau, untuk kau rujuk sepanjang hidup kau. Pengajaran untuk aku juga.

Kawan,

Tahukan kamu, kadangkala kata-kata kita akan berbalik kepada kita.

Dan mungkin kita akan rasa perkara yang sama. Ya rasa sakit ini. Tetapi aku berdoa ia tidak terjadi kepada kau kawan.

Kawan,

Adakah kau tahu, bahawa Tuhan itu sangat maha bijak menyusun segalanya, agar kau dapat melihat perkara yang berlaku ini adalah ujian yang datang untuk memberi kau rasa sebaiknya.

Agar kau lebih dekat pada DIA. Agar kau rasa DIA segala-galanya. Ya, sudah semestinya untuk aku juga.


Kawan,

Adakah layak kita menghukum sesuatu atas dasar perasaan dan kecetekan ilmu kita?

Maaf.  Atas dasar tidak suka, kita melakukan konklusi mudah. Tidak suka? Adakah rasa itu seronok kawan? Ya, aku juga tidak suka rasa itu. Dan aku rasa kau pun sama.

Kawan,

Kadangkala kata-kata kita buat orang jauh dengan kita. Kerana pemberian rasa kita pada mereka?

Ya, rasa sakit ini. Rasa yang aku rasa sekarang. Rasa yang kau beri kawan.

Kawan,

Pernah kah kau rasa, kau betul pada setiap masa?

Sedangkan orang di sekelilingmu memandang kau serong sepanjang masa? Aku pernah rasa, atas akal  ku yang dangkal. Menyesal ~

Kawan,

Aku rasa sakit yang amat, rasa sakit ini aku luahkan di sini. Aku minta maaf. Kerana aku tahu kerjaku banyak lagi untuk agamaku, daripada aku melayan rasa. Tetapi, aku harap taipan aku ini memberi kesedaran kepada ramai manusia. Agar berfikir dahulu sebelum bertingkah kata. Ya termasuk aku juga kawan, sekali lagi aku tauqid-kan. Untuk Aku juga.

Kawan,

Ia juga untuk aku, tidakkah engkau pernah membelek Qalam Tuhan yang maha agung dalam surah As Saff ayat 3.

Mafhumnya Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”

Ya. Sekali lagi. Pesanan ini untuk aku juga kawan. Dan untuk kau juga kawan. Agar kita berhati-hati di lain masa.

Kawan,

Rasa ini masih ada. Mungkin akan aku simpan buat seketika, melayan rasa. Rasa yang kau beri, moga akan aku ingat kau kawan. Atas pengajaran yang kau beri untuk aku. Terima kasih kawan.

Akhir sekali kawan,

No Hard feeling ! wassalam .

untuk yang bergelar kawan. aku mohon seribu kemaafan. ^_^ .



Muhammad Abu Handhalah Bin Kamil,
Ruang Tamu, 2.1.6,
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI,
1.36 pagi.Rabu.

2 comments:

karim ahmad said...

awat dalam sangat maksud ???
semuga berperasaan bakal bapa ... :)

ariey said...

Aku tahu apa yang kau rasa.. Sabar, moga sahabatmu itu diberikan hidayah darinya.. Andai aku salah.. maap bebanyak.. kerna aku bukan sahabat yang terbaik...

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,