Sunday, February 6, 2011

r u m a h . . .

orang kata kalau pulang rumah selalu itu seronok. maksud saya rumah anda sebenar. bukan rumah tumpangan atau rumah pak sedara, mak sedara, kakak angkat atau abg angkat. rumah sebenar. rumah yang mak dan ayah anda bayar bil letrik dan air. (harap-harap faham).

rumah saya terletak di Kg. Sungai Isap 2 , Kuantan Pahang. dalam perkiraan saya, sudah 7 bulan saya tidak jejak kaki ke rumah. (pernah tidak jejak lebih lama). kalau jejak pun paling lama seminggu. paling sekejap 2 hari. bagi saya itu sudah cukup. dapat tengok wajah ibu dan ayah. dapat peluk dan cium sudah memadai. :)

dan kali ini. saya pulang ke rumah saya. tidak ada apa sangat yang berubah. cuma ada beberapa perkara. sebagai contoh, rumah saya sudah ada wireless. er. capaian internet. kes adik saya yang sudah gemok sedikit. anak buah saya yang banyak cakap. dan kakak saya yang tengah tunggu due untuk bersalin (cuma sekarang dah selamat melahirkan). yang lain semua seperti biasa. yang luar biasanya saya makan terlebih dari biasa. membazir kan tak elok.. he he he..

nanti bila saya pulang ke tanjong Malim. kalau orang jumpa saya dan cakap. "eh abu, awak nampak gemuk lah".... maka jangan marah kalau saya jawab.. "eh. sejak bila saya kurus...he he he"

::::::::::::::::::::::::: :: ::::::::::::::::::::::::::::::::

saya tidak pulang bukan apa, kadangkala ada kerja yang menuntut untuk saya tidak seperti mereka yang lain. ada amanah dan tugasan yang perlu saya laksanakan. biarlah kita berkorban di waktu belajar ini. kerana sahabat saya ada pernah berkata. waktu di universiti ini adalah medan latihan dan tarbiah. untuk bekalan bila sudah keluar menjadi guru kelak. saya takut saya menjadi fitnah kepada agama saya , keluarga saya, dan sahabat saya. mudah-mudah2an bekalan yang saya semat di dalam dada ini mampu untuk menjadi panduan paling bermakna di kala saya bergelandangan sebagai pendidik kelak.

memang kita punya tanggungjawab buat keluarga. tapi tanggungjawab yang perlu di lunaskan untuk yang ESA itu lebih utama. timbangkanlah keutamaan dalam kebanyakan perkara yang utama. :)

Tuhan beri akal. maka fikir lah sewajarnya. umur kita kala ini perlu untuk berfikir secara rencam. kerana dunia kini begitu. :)

err. saya rasa seperti ingin tulis perkataan ini lah. " anak muda kena lah cool "
ha ha ha. :)

maaf andai ada terkasar. atau ada yang tidak ter "kolerasi" dengan tindakan. tapi ini dari hati saya yang dalam !

saya anak encik kamil dan puan rosnah.
5.11 petang.
teratak no 12.
sungai isap 2.
Kuantan pahang !

semoga bermanfaat !


2 comments:

Cahaya Mataku said...

memang bermanfaat.


- sy mahu mencontohi tutur kata seperti yang Allah kurniakan kepada abg abu. menawan menyejuk qalbu ^^

handhalah ibnu kamil said...

Alhamdulillah.

mudah-mudah an. terima kasih ya nora. mmg niat menulis utk memberi rasa. mudah-mudah2an ia membantu. utk mengambil sedikit boleh lah. sbb lebih ramai lagi yang hebat dan mempunyai roh dalam penulisan. :)

moga2 Allah berikan ketenangan dalam jiwa kamu ye nora. :)

la tahzan !

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,