Sunday, February 13, 2011

r a s a | k a s i h

r a s a | k a s i h
bila berbicara tentang rasa kasih. sudah pasti banyak perkara yang berligar di kepala. senarai rasa kasih. "priority" rasa kasih. sudah pasti semua ada "list" tersendiri. dari yang paling kasih. sehinggalah yang kurang kasih (err. macam salah "grammar" melayu). sudah pasti ia berbeza dari segenap peringkat umur. yang sudah berpangkat ibu bapa, rasa kasihnya lebih tertumpah kepada anak-anak. bagi remaja, jika sudah ada yang berpacaran, rasa kasihnya lebih tertumpah kepada si dia. dan begitu juga yang lain-lain. tetapi untuk menjumpai yang rasa kasih dan cinta mendalam pada yang ESA. susah kan? err. tapi itu abstrak kan? susah nak di tunjuk-tunjuk. nanti ujub dan riak pula. fikir sendiri lah.

r a s a | k a s i h
esok hari valentine, hari kekasih kata mereka. maka akan ramai yang memadu kasih pada malam ini. esok, dan seterusnya. yang lelaki menunjukkan belang. yang perempuan merelakan tanda kasih sayag kononya. akhirnya. bulan 11 tahun 2011 akan ramai anak-anak tidak berdosa di letakkan di merata. kesian si kecil, kesian juga si pembuang, kesian juga pada mereka-mereka yang khilaf. moga saya doakan mereka kembali dan selamat dunia akhirat. sedih bila anak yang membesar "tidak berstatus" ini bertanya. siapa ayah dan mak saya? rasa seperti dicarik-carik jantung. luluh rasanya. pesanan saya kepada kawan-kawan jangan memulakan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan ini. mudah-mudahan di jauhkan.

r a s a | k a s i h
bagi anak muda yang baru ingin memulakan episod-episod kasih sayang. saya sarankan, kawallah perasaan itu. bagi yang sudah memulakan episod kasih sayang ini, saya sarankan rujuk orang yang tahu, bercinta tidak salah (tetapi ia sukar dikawal), kerana ia fitrah, tetapi carilah lunas yang dibenarkan islam. itupun jika anda kuat dan mampu untuk lakukan. jika tidak fikirlah untuk maslahah diri anda dan masa depan.

r a s a | k a s i h
kerana rasa kasih saya kepada sahabat . saya titipkan perkara ini buat semua. :)

P
ra/SangkaBaik: sedang meraih syukur dan berdoa. buat sahabat di mesir. mudah-mudahan pembentukan kerajaan baru adalah sinar harapan buat semua rakyat mesir.

kerana r a s a | k a s i h saya menulis.

Ibnu | Kamil
kondominium KHAR.
selepas maghrib
13/2/2011

No comments:

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,