Tuesday, January 4, 2011

ringkas dan padat

untuk semester baru ini. masih dalam minggu awal. masih belum ada kerja yang menimbun. tetapi instict saya sebagai seorang pelajar, semeseter ini saya akan terjerumus dengan kerja-kerja yang amat banyak. kewajipan sebagai seorang hamba wajib di lunaskan. kewajipan sebagai seorang pelajar juga tidak boleh tinggal. kewajipan kepada tanggungjawab lain yang berderet-deret itu juga perlu saya seimbangkan.

konklusinya, saya perlukan TUHAN dalam semua perkara. saya perlukan teman utk berkongsi rasa. saya perlukan seorang kakak/abg untuk mendengar. agar semua yang berlaku pada semester ini dapat saya kawal dengan baik. saya yakin masalah dan mehnah itu pasti akan datang tanpa di undang. tetapi, saya mengharapkan ia dipermudah dan sesuai dengan kudrat jiwa serta fizikal yang saya ada. jika tidak saya berserah :)

mohon maaf di awal semester. jika ada tanggungjawab atau hak kamu yang saya tidak tertunai. mohon di halalkan. :)

ok. ringkas dan padat!

Muhd Abu Handhalah bin Kamil.
Pend. Bimbingan dan Kaunseling.
semester 6. UPSI.

3 comments:

japierah said...

amin..

wahai Allahku,
rahmatilah kami dengan kebaikan iman,
hiasilah diri kami dengannya,
dan
berikanlah kami petunjuk sebagaimana orang yg telah Engkau berikan petunjuk

japierah said...

amin..

wahai Allahku,
rahmatilah kami dengan kebaikan iman,
hiasilah diri kami dengannya,
dan
berikanlah kami petunjuk sebagaimana orang yg telah Engkau berikan petunjuk

ashrafi said...

Sebarang masalah boleh diceritakan, Insha Allah bertemu penyelesaian.

anak muda kena cool kan!

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,