Wednesday, November 18, 2009

+susah sungguh kau nak ungkap Alhamdulillah+

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. kata pertama meluncur keluar dari tubir mulut aku selepas tamat kertas peperiksaan terakhir bagi semeseter ini. aku bersyukur di permudahkan segalanya. ku bermohon agar semua sahabat seperjuangan mampu untuk mendapat keputusan yang terbaik.

"Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7)"

seusai pengawas peperiksaan berkata "ok awak semua boleh keluar dari dewan peperiksaan". telinga aku menangkap banyak butir2 bicara sahabat seperjuangan aku yang baru selesai menajawab peperiksaan. ya memang gembira, dan memang aku juga gembira. rasa terlepas suatu beban di dada. namun gembira kita berpada, dan gembira kita kerana yang KHALIK.

"yeesss", "yahoo", "merdeka"...begitu bait butir tutur sahabat aku. tidak kurang juga yang berkata. "boleh la enjoy lepas ni". aku sekadar tersenyum sendiri melihat gelagat mereka. terdetik dalam hati. susah sangat nak sebut kalimah Alhamdulillah?. ahhh. aku bersangka baik. mungkin mereka ungkap dalam hati. perkara baik yang kita lakukan tak perlulah nak tunjuk2 kat orang bukan? ulah sahabatku. aku sekadar mengangguk setuju.

cuma kadang2 aku seirng terfikir. walau perkara ini nampak remeh di mata setengah pihak. namun budaya ini perlu diubah. ungkaplah Alhamdulillah. tidak perlu bayar. free saja. Allah bagi pahala lagi. kan best macam tu. kerana aku juga begitu dahulu. sukar utk ungkapkan Alhamdulillah tika usai peperiksaan atau mendapat keputusan peperiksaan. namun ku bersyukur aku dikelilingi orang yang sering mengamalkan budaya "tegur-menegur". maka aku ditegur. dan perkara yang membuat aku lebih terkesan. orang yang menegur itu lebih muda dari aku.terima kasih buat orang itu.(moga ada saham utk mu di akhirat kelak).

tak susah bukan nak sebut Alhamdulillah? biar kamu rasa apa yang ku sampaikan ini kecil saja di pandangan kamu. tapi aku rasa ini yang ku mampu. "biar kita memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya"(laskar pelangi) dan kata-kata ustaz hasrizal dalam blog saifulislam.com. "erti hidup pada yang memberi". aku cuba untuk menganalisis apa yang ku lihat dan terjadi di sekeliling aku. maka aku rasa perkara ini perlu untuk diperbetulkan semula. manfaatnya besar. aku ingin menjadi orang yang memberi.

p/s : tengah baca buku Aku terima nikahnya. karangan ustaz hasrizal. terima kasih kepada abg kacak. nanti dah selesai aku tuliskan reviewnya.

sekian.
wslm.

10 comments:

MaMa MoDeN said...

Salam Abu,
Alhamdulillah.. masih ada orang muda zaman sekarang yg bersikap seperti Abu. Semoga terus menjadi anak soleh, pewaris pada para Nabi & Para Sahabat.

Alhamdulillah, AMin..
sebenarnya post Abu ni satu peringatan buat kita semua yg alpa..

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

terima kasih mama atas doa yang mama titipkan buat saya.

barakallahufik!

aku seorang Temah said...

abu..abehkan cepat..nnti buat review..nak gak tau..huhu..bace review org je, mane tau ko review lain...hehe :)

neem said...

assalamualaikum wbt, abu!

lama x jenguk blog ni. neem baru start exam. baru lepas 1 paper. ptg ni pula 1 paper..

neem dah habis baca episod 1 dan 2. ^^

moga ia bermanfaat

F.Aminurrashidd said...

Salam... Abu, terima kasih mengingatkan kami ya.. =)

vidadarisakura said...

anak yang baik ko ni.hee

Anonymous said...

alhamdullilah... =)

Syahir Mohamad said...

http://kulaan2u.blogspot.com/2009/11/kisah-benar-pengakuan-bekas-paderi.html

Baca.. info kita semua.. fikirkan..

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

pemadam baru : hehhe. kalau aku rajin. lalala.

neem : wslm. terima kasih neem sudi menjenguk. hehe.

abu dah kat rumah ni. bersama keluarga.

fawiz : sama2. utk aku juga tu.

alquds travel : :)

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

vivi : hehhe. ko pun anak yang baik.

sufi : syukran.

abg shahir : dah baca. mengucap panjang dibuatnya. huhuh.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,