Sunday, June 26, 2011

Berkongsi itu tanda sayang bukan ?

Perhatian !

Entry kali ini panjang . silakan bagi yang sudi membaca . mungkin ada sedikit ilmu yang akan anda perolehi , mungkin juga tidak ada . bergantung bagaimana anda menilai apa yang saya coretkan . secara jujur , tulisan ini adalah cebisan pengalaman dan perasaan saya . itu sahaja . jika tidak berniat untuk membaca . tekan sahaja pangkah di tetingkap pelayar mozila,chrome,dan lain-lain milik anda . mungkin itu lebih menyenangkan dan membahagiakan . ^_^ .

p/s : saya jarang kemaskini blog tahu .. ^_^ .

Sudah lima minggu saya bergelar guru pelatih . ya, guru pelatih yang akan di selia sebanyak 4 kali oleh guru pembimbing , dan 3 kali oleh pensyarah penyelia . saya berharap penyeliaan itu berlalu dengan cemerlang . itu Cuma harapan saya . kalau berlaku sebaliknya, seperti biasa saya senyum sahaja . masalah saya , kerisauan agak kurang . hahaha. kamu semua doakan lah ya .

Banyak perkara yang terjadi sepanjang saya bergelar guru praktikal . baru saya sedar , “langit itu tinggi ke rendah” (peribahasa ok . jangan loyar buruk dengan saya) . baru saya sedar , tugas guru itu sangatlah berat . cukup mencabar kesabaran saya yang senipis kulit bawang. lebih-lebih lagi saya bergelar kaunselor pelatih . lagilah menuntut kesabaran yang tinggi . bermacam jenis ragam dan orang saya jumpa , buat saya lebih matang menilai dan mengendalikan manusia , walaupun kadangkala saya tersilap langkah . biasalah proses untuk belajar , pasti ada silapnya , Perdana Menteri pun tersilap langkah , ini pula kita kan ? hahahaha .

Dulu di Universiti saya belajar secara teori , manusia itu unik , mereka begini dan begitu . saya belajar jalan yang terbaik untuk mengendalikan manusia langsang , malas , perengus , pemarah , kurang sabar , dan lain-lain masalah . pokoknya cara mengendalikan manusia secara teorinya amat senang . kalau tidak percaya , anda boleh periksa slip peperiksaan kawan-kawan sekelas saya .ada yang tidak terlepas setiap sem mereka mendapat senarai dekan . hebat bukan ? ^_^ .ini bukan tipu , betul ! hehehe . bila sudah bergelar guru pelatih , banyak pula merungutnya , sedangkan dulu waktu di kelas , dia lah paling hebat . baru saya sedar , pandai di Universiti tidak semestinya bijak ketika di alam pekerjaan . bebal di universiti tidak semestinya bebal di alam pekerjaan . pengalaman dan kemahiran itu yang penting , bukan sekadar tulis dan baca . latihan dan kemahiran . faham ? hahaha .. lebih-lebih lagi guru yang ada title kaunselor . patut kita lebih dari orang lain kan ? tugas kita membantu , bukan membebankan . ^_^ . nasihat saya , sudahlah merungut itu dan ini . buatlah mana yang termampu , jika ikhlas, insyaAllah dipermudahkan yang ESA . PASti !

Sepanjang saya menjadi kaunselor pelatih , saya tidak punya banyak klien , adalah dalam 3 orang sahaja untuk individu , dan kelompok adalah dalam 7 orang . sedikit bukan ? (mungkin akan bertambah . nanti) bagi saya 10 orang ini perlu untuk di bantu , masalah mereka? Tidak perlu saya nyatakan, saya terikat dengan etika kerahsian , silap langkah boleh ke mahkamah tahu? hahahaha. Cuma masalah mereka sudah cukup buat saya menggigil , tidak terjangkau fikiran dan nilai yang saya ada . mungkin Allah hendak uji saya dengan apa yang saya katakan sebelum ini . kan kata-kata itu adalah ujian , pasti Allah akan uji . Jangan Berkata Kamu Beriman Selagi Kamu Tidak Diuji (QS) . saranan saya, buat sahabat yang masih menuntut di universiti dalam bidang perguruan , siapkan diri anda dalam semua aspek , biasalah , dunia sudah hendak sampai ke penghujungnya , pelajar sekarang hebat-hebat belaka , “cerdik” mereka melangkaui apa yang kita fikir . tebalkan sifat sabar , dan kurangkan marah ! itu yang paling penting . jadi guru yang di hormati, bukan ditakuti ! ^_^ . “put yourself on others shoes” . mungkin kita akan faham sesuatu . fikir-fikirkan . ^_^ .

Buat sahabat yang sedang ber praktikal , moga menjadi MUROBBI . bukan orang yang di BENCI . ^_^ . setiap perkara pasti ada jalan keluarnya , jangan pernah lelah untuk mencari jalan penyelesaiannya !  PASti .. ia ada ! moga segalanya di permudahkan !


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: ::::: ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Agak takut juga pada mulanya untuk memulakan latihan mengajar di Padang Rengas . tempat yang sangat asing, dan belum pernah saya jejak kaki pun sebelum ini . hanya berbekalkan doa , dan niat , saya ingin belajar . nasib ada “sahabat” yang sangat banyak membantu . terima kasih !

Guru di SMK Tun Perak ? semuanya ok , sangat ok bagi pendapat saya , dan sangat membantu . kalau setakat nak borak , boleh sahaja sampai dua tiga jam . tidak kering gusi gamaknya . umur tua , agaknya jiwa masih muda . hahaha. ^_^ . terima kasih !

Pelajar ? biasalah , pelajar di bahagian kampung , nakalnya biasa-biasa sahaja . Cuma masalah itu tetap ada . bila di nasihat , ada juga yang masuk melekat dalam hati . yang memang tidak makan saman pun ada , Cuma tidak ramai . tidak apa , mereka masih boleh dibantu , dan mereka punya potensi . semua boleh berjaya . (saya masuk ke universiti dan bergelar guru juga adalah satu ke ajaiban ! hahaha .) . secara keseluruhan saya seronok dengan mereka .

Sahabat guru pelatih yang lain ? mereka juga ok , tidak lokek kalau saya mohon pertolongan , Cuma biasalah , manusia itu berbeza perangainya bukan ? terima sahaja seadanya , tingkah saya juga kadangkala buat orang pening kepala , siapa kenal dengan saya tahulah bagaimana .. hahaha .

Rumah ? ini agak panjang ceritanya, tapi saya pendekkan. hahahaha . pada mulanya saya menetap bersama dua orang polis bujang, mereka baik , Cuma ada beberapa perkara buat saya tidak senang . mungkin masalah saya . saya tidak mampu untuk menegur , sudahnya saya mengambil keputusan untuk berpindah . Alhamdulillah, ada sahabat yang membantu untuk mendapatkan rumah .  saya berpindah dengan alasan rumah baru lebih dekat dengan sekolah , kalau hendak jalan kaki ke sekolah pun boleh, 5 minit sudah sampai .berbudi dengan orang lain , kadangkala kita tidak minta pun untuk di balas . tetapi rezeki itu milik Allah , dan Dia yang memberi . ada keluarga yang bermurah hati untuk membantu , sehingga makan minum saya dan sahabat saya di jaganya . moga Allah sahaja yang membalas jasa anda sekeluarga . ^_^ . syukran lakum !

Perasaan ? berbaur sahaja gamaknya . bila sudah duduk jauh dengan sahabat sefikrah , rindu mula la datang menggamit . jujur saya rindu dengan bekas teman sebilik saya sewaktu di kolej (he mean a lot for me. Im change a lot because of him ! hahaha). Saya rindu untuk berusrah dengan adik-adik usrah saya (apalah cerita budak-budak tu sekarang, mesti sedang sibuk. Sampai mesege pun tidak berbalas. hahahaha . kamal,shamim,ilham,husairi dan hafiz. Moga semuanya baik-baik sahaja). saya rindu untuk sibuk-sibukkan diri dengan program . saya rindu sahabat “sengal” saya .sahabat JMK saya, rindu itu biasa, gambar sahaja pengubatnya. hahaha, buat “awak” yang banyak membantu, saya ucapkan ribuan terima kasih . dan sejak kebelakangan ini , rindu terhadap ibu ,ayah , adik beradik begitu kuat, tidak seperti biasa . tidak tahu mengapa . mungkin saya terlalu lama tidak pulang . mudah-mudahan sempat untuk bertemu ! sekian ayat geli-geli dari saya . tapi ia betul-betul dari hati yang dalam .

Banyak perkara yang mengajar saya erti kehidupan sepanjang berada di Padang Rengas ini . hidup biar berbudi . Seorang Guru ada mengungkap “ hari ini kita tolong anak orang, lain masa orang tolong anak kita” . walaupun saya tiada anak , Cuma ada anak tekak , anak kaki dan anak perut , tapi jika tuhan izinkan, suatu hari nanti saya juga akan berkeluarga . maka saya percaya , Allah itu lebih mengetahui segala-galanya . saya berusaha sahaja . ^_^ .
Cuma ingin beritahu , pencarian lima minggu di Padang Rengas membuahkan hasil , rupanya mereka ada di depan mata . Cuma saya tidak cakna . ia sedikit terubat dengan pengisian jiwa, dari orang-orang yang hebat belaka ! Alhamdulillah .

PraSangkaBaik : Sekian! . bagi apa-apa perkara yang kurang jelas dalam entry di atas , boleh sahaja bertanya . Cuma pesan saya . tidak semua akan di jawab dan akan mendapatkan jawapan yang memuaskan hati . saya mohon maaf awal-awal ! hahaha . selamatkan diri sebelum di tanya soalan bukan-bukan . hahaha .


Entry Ini Betul-Betul Panjang . Fuhh ! hahahah.

Saya seperti ingin menulis tentang senario politik negara . tapi nantilah . baru lepas membaca sesuatu yang menjengkelkan. Tentang Trio Dato “T” . tahniah atas drama menipu rakyat . anda hebat !


Muhd Abu Handhalah Ibnu Kamil
10.30 Malam.
Teratak usang.
Padang Rengas.
Kuala Kangsar.

Saturday, June 4, 2011

k i n i

dulu dia kosong
kini dia ada
budak kecil hitam aspalt
hiruk-hiruk bendalir hidung

punya cita-cita besar
harap-harap menjadi
untuk agamanya
itu yang utama

kini dia sudah dewasa
hitam kacak manis rupa
kini dia masih bergelandangan
mencari-cari untuk disana nanti

kini dia jatuh lagi
mengharap ada tangan
yang menarik
jatuh kerana perkara kecil
yang ibu pesan dahulu
itu padahnya kerana ingkar

mungkin ini akan bersambung . ya nanti . ^_^ . sekian.

f i k i r

makin banyak saya fikir . makin benak rasanya . Ya Allah . Tuhan yang membolak balikkan hati . tetapkan lah hati ku .

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: ::: :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

manusia biasanya sering menyalahkan takdir . bila masalah datang bertimpa . tapi bila nikmat datang menggunung . susah sungguh lidah mengunggkap syukur .

saya masih punya Allah . saya masih punya Ibu dan Ayah . Saya masih punya Keluarga . Saya masih punya Sahabat . pasti ini yang boleh buat saya senyum kembali .

p/s : tidak tahu apa sebabnya . saya yang rajin malas ni tiba-tiba update blog . ^_^ .

Wednesday, April 13, 2011

t i d a k | s e n g a j a

secara tidak sengaja kita berkenalan.
pada mulanya saya memang tidak suka.
ya lah, berkenalan secara tidak sengaja.
dan ada juga unsur-unsur paksa.
jujur saya tidak suka.

namun, saya rasa awak tanggungjawab saya.
mula saya berikan ruang supaya awak masuk perlahan-lahan dalam hidup saya.
akhirnya saya dapat terima awak dengan sepenuh hati.
saya sayang awak sepenuh hati.
saya takut suatu hari nanti saya kehilangan awak.

mimpi ngeri saya jadi kenyataan.
betul awak pergi tinggalkan saya.
saya iringi awak dengan air mata.
tetapi saya rela dan redho
kerana saya tahu awak mesti pergi.
dan awak juga tidak rela tinggalkan saya.
dan awak janji nak gantikan yang baru untuk saya.

saya terima janji awak.
dan ya, awak berikan sesuatu yang baru pada saya.
memang pada mulanya saya kekok.
tetapi saya cuba untuk terima.
dan akhirnya saya terima.
walaupun saya tak rasa seperti dulu
tetapi saya tetap gembira.
sbb bayangan awak masih ada.
tetapi jujur saya masih teringatkan awak .

awak ajar saya erti persahabatan.
awak ajar saya erti pengorbanan.
awak ajar saya erti kesetiaan.
awak ajar saya erti kasih sayang.
awak beri saya erti kepimpinan.
awak beri saya erti asertif diri.
awak beri saya erti kefahaman.

banyak perkara awak beri pada saya.....

tetapi sekali lagi saya kena pergi awak.
kali ni. saya yang tinggalkan awak.
saya terpaksa.
saya sedih awak.
tetapi saya kena juga tinggalkan awak.

satu sahaja saya nak awak tahu.
yang saya sayangkan awak sepenuh hati.
cuma saya terpaksa pergi.
itu sahaja. sebab saya tahu awak akan jadi lebih baik.
dengan adanya orang baru dalam hidup awak.
saya tahu mereka akan jaga awak sepenuh hati seperti saya.
mereka akan sayang awak sepenuh hati seperti saya sygkan awak.
mereka akan beri awak sesuatu yang lebih baik.
mereka akan berikan lebih baik daripada saya beri pada awak.
awak jgnlah risau ya !
saya pasti akan ingat awak selalu
sebab awak ajar saya untuk menjadi dewasa .
saya akan kenang kenagan kita bersama ya.
kemas-kemas dalam jiwa saya.
2 tahun kita bersama
terima kasih awak !


TERIMA KASIH JMK KHAR !

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::::::::::

kepada orang baru. pesan saya.
jaga buah hati pengarang jantung saya baik2.
jgn biarkan ia berduka.
tatanglah bagai minyak yang penuh.
saya bersalah. sebab tak jaga dia baik-baik.
saya serahkan pada anda . =)

jaga JMK KHAR elok2. =)

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: :::::::::::::::::::::::::::::::::

tahniah dan takziah saya ucapkan
sungguh tanggungjawab yang anda pikul sangat berat.
seperti ada seketul batu di pundak.
ambil la ia sebgai pengajaran dan pembelajaran.
serta pengalaman.

buat adik-adik usrah saya.
kamal. shamim. husairi. hafez. dan ilham.
banyak benda yang telah saya sampaikan.
ambil lah sebgai panduan.
yang baik anda ambik. yang buruk jadikan sempadan.
tanggungjawab anda semakin besar.
belajarlah untuk menjadi dewasa
dan saya tahu anda semua hebat-hebat belaka.
lebih hebat dari saya =)

buat sahabat seperjuangan yang akan meneruskan sidang baru
shahrir.zurin.ika.hala.
buat yang terbaik
pastikan anda lebih baik.
cabaran pasti berbeza.
dan pengalaman anda yang lebih itu akan memandu.
jgn risau anda pasti boleh.
jadilah ketua.abg.kakak. kepada anak buah.
dan saya pasti anda lebih tahu .

kepada yang bakal naik.
walaupun saya kurang bersama anda.
tapi anda adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik.
gunalah peluang dan ruang yang ada utk menambah ilmu
proses pembelajaran itu masih panjang.
saya doakan yang terbaik buat kalian.

:::::::::::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::::::::::

buat sham.ilya.rie.kaknisah.jijah.lyn.shirah.atau.waheeda.
fizan.pakdin.mirul.fatin.awin.fakri.krishna.lian.
francis.wak.rina.achik.mariyah.su.aisyah.
kita teruskan perjuangan di lapangan yang lain
seronok kenal anda semua.
terima kasih daun keladi.


ha ha ha.
saja tulis awal
walaupun tak letak jawatan lagi.
tapi ini serius dari hati saya yang dalam !

. . sahabat . .

. . usrati . .

selamat untuk semua.
wslm.

Saturday, March 26, 2011

r a s a

rasa itu banyak
terima kasih Allah
atas memberi rasa

rasa lidah
manis,masam,pahit

rasa hati
sakit,kecewa,gembira

rasa ini buat hidup gembira
penuh warna

eh. saya mengarot apa ni
geli.geli.geli.
rasa juga kan?

berilah rasa risau dan gundah pada para daie
bahawa tugas mereka belum selesai
bahawa banyak kerja islam yang perlu dilunaskan
bahawa selagi bernafas
selagi matahari belum terbit dari barat
rasa selesa itu perlu diletak tepi
kerana jalan daie itu penuh duri
bukan dihampar dengan permaidani !

:::::::::::::::::::::::: ::: ::::::::::::::::::::::::

errr...kalau.....
rasa kaki
sakit kena tendang

ha ha ha.
sekian.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,