Assalamualaikum,
Maaflah tulisan kali ini tidak
akan berbaur skema, kerana ini adalah entri untuk kawan saya, maka izinkan saya
menggunakan kata ganti diri hang dan aku. Kerana itu bahasa aku dengan dia. ^^,
Hang jangan nak duk sedih sangat
lah ain, aku tau memang perit, tapi benda dah memang jadi, cuba hang duk bayang
benda-benda indah ja. Kemon, aku kenal hang dulu tak da lah macam ni, ceria
bahagia dan gembira. Oh ya, comot pun sama sebab hang suka pakai baju dan tudung
warna tak masuk langsung, kadang-kadang tudung tu senget, bila aku tegur, hang
kata suka hati aku lah! Ha ha ha.
Kalau hang rasa apa yang jadi kat
hang dah teruk, ketahuilah, ramai lagi yang lebih teruk, ala macam ayat
motivasi yang selalu kita dengaq, tapi aku tak tau lah hang pernah dengaq ke
tak, ayat dia macam ni, kalau hang takda selipar, tapi ketahuilah ada individu
yang takda kaki. Kalau hang rasa perit ada lagi manusia yang lebih perit. Tapi tak
adil lah kalau aku bandingkan hang dengan orang lain, sebab tu depa, ini
masalah hang kan. Hehehehe.
Tapi kalau hang tetap juga macam
ni, sampai bila? pasal nin, aku pun sebak kalau duk tengok hang cerita pasal
nin, tapi tak kan pasal benda-benda macam ni nak hapuskan kebahagian yang hang
ada. Kalau hang kata separuh kromosom ada, separuh lagi masih ada, Cuma tak
macam dulu. Ini bukan pengakhirannya.
Hang kena cuba cari jalan macam
mana nak bentuk adik hang agar semua tak jadi mangsa macam kita buat karangan
dulu-dulu waktu sekolah. By hook or by
crook hang kena juga. Aku takda aa masalah kalau hang nak bersedih, memang
hang sedih, tapi hang kena kuat. Kakak sulung kan.
Jalan apa lagi yang hang ada?
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah
ada mengatakan : “Di
dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira
mengenali Allah”
Hang
cari buku la tahzan, mungkin ada sesuatu di situ. ^^,
Hang jangan
marah pulak aku duk tulis pasal hang ni. Saja nak hiburkan hati hang. Aku tahu
memang payah dan perit. Cuma kalau kita tak boleh ubah diri orang lain dan
keadaan, maka kita ubah diri kita sendiri dan keadaan yang kita boleh bina.
InsyaAllah.
Untuk hang Ain. ^^, .
gambaq ni ja yang paling sopan aku jumpak. ha ha ha
hang tengah pakai telekung. nampak beriman sikit. keh3.
Sebagai kawan, ini saja aku dapat
bagi. Ha ha ha. Jadilah orang yang paling gembira. ^^, .
p/s : eh, kenapa tetiba aku emo? ha ha ha. selamat petang Ain!
4 comments:
haha. tak tau nak kata apa. tak terkata. dalam duk gelak2, aku duk merambu ayaq mata. thx abu. walaupun entri ini berbaur tidak ikhlas. keh3. thx!
haha. tak tau nak kata apa. tak terkata. dalam duk gelak2, aku duk merambu ayaq mata. thx abu. walaupun entri ini berbaur tidak ikhlas. keh3. thx!
entry yg bagus.
memang tak mapu kuat mcm dia.
dia pun tak sedar yg dia tu kuat sebenarnya
kita memang lah boleh cakap, dah tu je yg mampu kita buat kan. n cakap mmgla senang, haha.
entah2 bila duk cakap2 n nasihat2, dia pun menyampah dlm hati, sbb byk sgt dgr pkataan sabaq katanya. hehe.
sbbtu la dlm psych n counsell., 'sabar' n 'ada hikmah' is prohibited.
anyway, don't underestimate the power of du'a
n tu je limit yg human being mampu buat.
doa, doa dan doa
doa untuk diri dan sahabat..
salam..
terima kasih kerana menjadi kawan ain yg baik...
maaf...
Post a Comment