Wednesday, November 3, 2010

dah lama tak buat benda ni

Assalamualaikum.

apa khabar semua, moga-moga sihat la gamaknye ye. saya doakan semua sihat-sihat belaka. teringat di awal pembabitan dalam dunia bloging. perkara yang paling saya suke ialah menjawab soalan2 yang sahabat2 bloger tag. ia merapatkan hubungan silaturrahim tahu... sebab bila kita jawab orang akan rasa diri di hargai. bila rasa di hargai, maka seseorang itu akan rasa senang dan seronok. tenaga positif akan hadir dalam diri... errr... (terlebih sudah). sudah-sudah... tapi itu setahun yang dulu. dan sekian lamanya saya tidak menjawab soalan-soalan tag ni. kerana dah takda yang nak tag. kawan-kawan bloger yang dulu.. semua dah hilang satu persatu. sob..sob. sob..ada yang dah provitekan blog. tapi saya tak di invite. ada yang dah tak jenguk blog saya. mungkin saya dah tak jenguk blog diorang kot. dan saya juga dah kurang men "drop" komen kat blog dorang, jadi... what the point mereka nak singgah blog saya.. hehehe.. tapi saya ttp baca blog mereka. kerana membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. :)

ok.ok.ok. sudah terlalu banyak membebel. saya nak jawab soalan tag yang di beri oleh sedara seagama saya. terjalin ukhwah atas dasar iman. kira junior saya kat khar ni.. sedara munqeedz.. terima kasih la dik. sebab tag. lepas jugak gian nak menjawab kat blog yang dah bersawang dan berlalang ni.. :)

ok. soalan pertama.
apa benda paling penting dalam hidup anda?
kalau paling penting ALLAH. kalau benda... banyak. benda2 keperluan hidup. sangat penting. tak tertulis la mun. ubat gigi salah satunya. :)

soalan kedua
benda terakhir yang saya beli menggunakan duit sendiri?
erm. henphone. waktu lepas tingkatan 6. yang lain semua pakai duit mama dan papa. kakak, abang. subsidi kerajaan. ptptn. etc.etc....

soalan ke tiga
dimana korang nak melangsungkan perkahwinan korang, dan tema perkahwinan korang?
erm. depan mak ayah. kat rumah kat kuantan. tema baju melayu dan baju kurung. :) (sebenarnya tak terfikir pun lagi. nak belajar dapat Dr. dulu baru kawen. )

soalan ke empat
adakah korang sedang bercinta sekarang?
ya. dengan Allah. dengan Mak ayah, dengan adik beradik, dengan sahabat-sahabat seagama. saya cinta semua atas dasar keimanan. :)

soalan ke lima
berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai ke syurga. :)

soalan ke enam
novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
buku sinergi dan terasing karya hilal asyraf. :)

soalan ke tujuh
di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
di mana-mana. di rumah. di kelas. di mana2 lah. DIA sentiasa melihat. :)

soalan ke lapan
apa nama penuh korang?
Muhammad Abu Handhalah Bin Kamil... :)

soalan ke sembilan
antara mak dan ayah korang mana lebih mesra?
dua-dua. :)

soalan ke sepuluh
adakah korang basuh baju sendiri
ya. sendiri. :)

soalan ke sebelas
namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
yang hidup : Tok Guru Nik Aziz. (aritu takda rezki nak jmpa.. huk3)

soalan ke dua belas
di manakah tempat yang betul-betul korang nak pi?
syurga. :)

soalan ke tiga belas
pilih salah satu. peluk atau cium?
peluk dan cium. saya selalu buat. :)

soalan ke empat belas
tentang orang yang tag saya..?
baik. hensem. bergaya. pandai. rajin. :)

soalan ke lima belas.
5 benda yang saya sangat sayang dalam hidup?
a)ubat gigi, b)berus gigi c) sabun madi d) syampu e) shower sponge.
heheh.. gurau ja.. banyak benda.. tak tertulis gamaknya.. :)

soalan ke enam belas.
lagu yang korang paling suka dengar?
maher zain.mahe rzain.maher zain. :)

soalan ke tujuh belas
bila tarikh lahir korang dan sambut di mana?
1 julai 1988. sahabat-sahabat JMK buat kejutan kat saya. sambut kat bilik JMK. :)

soalan ke lapan belas
5 orang bloger yang nak di tag.
a) sesiapa yang nak jawab
b) sesiapa yang nak jawab
c) sesiapa yang nak jawab
d) sesiapa yang nak jawab
e) sesiapa yang nak jawab

silakan. jawab siapa yang sudi. :)

soalan ke sembilan belas
cerita sikit bloger pertamayang korang tag.
mereka semua kawan saya. kacak/cantik, baik, pandai, penyayang... saya sayang mereka. :)

hah. itu je lah mun. terima kasih sebab tag. seronok jgak kadang-kadang kan buat benda ni. moga-moga abg menjawab soalan la ea. mohon maaf kalau ada yang silap.

no hard feeling ok!! :)

inilah encik moon tu. tapi dia sudah berpunya. :)
tetiba terupload moon. hahaha.. :)

sekian.
wslm.

3 comments:

ain fathihah said...

wei aku selalu la mai sini.

Cikgu Moon said...

time kasih krna sudi menjawab~~ ;)

NURFATIMAZURIN said...

banyaknyer soalan yang ditanya..
namun banayk pengisian pada jawapannya...

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,