3 hari sebelum raya
1. Pergi membeli belah bersama kakak. Perkara yang jarang saya lakukan. Kerana ia agak memeningkan kepala apabila berjalan dengan kaum wanita. Cerewetnya memilih barang, boleh membuatkan darah kaum lelaki menyirap.
2. Oleh kerana saya ini ditaja, maka terpaksa lah menyabarkan diri, maka habuannya, saya dapat 2 helai seluar, satu dompet, sepasang baju, dan sepasang sandal. Hahaha…. Rekod.
3. Balik rumah dengan keadaan yang penat. Tapi saya mampu tersenyum. Syukran!
2 hari sebelum raya
1. Pergi ke hutan mencari buluh dan kayu api untuk membuat lemang. Dan saya hanya menjadi pembantu untuk mengangkat apa yang patut.
2. Agak penat kerana hampir 2 jam di dalam hutan mencari buluh dan memotong bulun untuk membuat lemang.
3. Badan saya gatal-gatal selama 2 hari kerana miang buluh. Ayah pesan kalau kena miang buluh sapu kat rambut. Saya dah buat, tapi tetap juga miang. (tidak berkait rapat dengan perangai kerana saya pemalu orangnya.)
1 hari sebelum raya
1. Tido lambat malam menyebabkan saya tido semula selepas subuh (jgn ikut perangai tak elok).
2. Tersedar apabila siren dari luar kedengaran “ABU…TAK NAK BANGUN KE….PI TOLONG AYAH AWAK BAKO LOMANG!!”. Saya terus terduduk dan spontan melihat jam… ya Allah dah jam 11 pagi.. hehehe. (buat2 terkejut, dan terus melakonkan aksi tidak bersalah). Hahahaha..
3. Siap tukar baju, gosok gigi, dan sapukan sedikit air di kelopak mata, calitkan one drop perfume. Ok dah selesai. Hahaha….
4. Naik kereta menuju ke Kg. Beserah. Waktu tu ayah tgh masukkan pulut dalam lemang. Maka saya terus melakukan aktiviti yang sama.
5. Menyusun dan memusingkan lemang. Fuh. Panas ….
6. Jam 5 petang semua lemang masak dengan jayanya. Mission accomplished.
Raya pertama
1. Bangun awal pagi, sebelum subuh dah bangun. Mandi-mandi kemudian gosok baju raya yang di “pau” dari orang. Hahaha….brr..air sungguh sejuk. Subhanallah. Nikmat Allah.
2. Siap2. Solat subuh. Kemudian gerak ke masjid 7.45 pagi. (sejarah dalam hidup saya ke masjid awal untuk solat sunat hari raya.)
3. Ok, masjid masih kosong waktu tu, ada lah dalam 5 ke 6 orang tak termasuk saya. Scan tempat dalam masjid dan ambik port paling baik. Buat amalan sunat kemudian duduk dan bertakbir.
4. Tiba-tiba rasa dunia menjadi malap. Dan apabila saya membuka mata. Orang dah penuh dalam masjid. Hahaha…..(cisss..macam mana boleh terlelap dalam iman dalam masjid. Hahaha)
5. Usai solat raya, bersiap-siap untuk kerumah atok kat kg kurnia. (lebih kurang 10 minit naik kereta, setengah jam jalan kaki…) kereta yang sepatutnya bergerak pada jam 10 tapi telah terdelay sampai jam 11.15 pagi. Ciss…sbb menunggu kaum wanita bersiap..aduiii…. rosak plan. Hekk…
6. Rumah tok : makan ketupat dan rendang. Rumah cik ngah : nasi ayam dan kueh2. (abis 2 pinggan + borak2.) balik rumah : lomang + rendang + nasi dagang + ikan tongkol. Erkk.. selesai utk hari ini..
raya ke dua
1. Plan utk tidak ke mana-mana menunggu orang datang ke rumah. Rumah penuh dengan sanak saudara. Abis sakit pinggang aku…..duk melayan. Tapi takpa, tetamu itu rahmat.
2. Kemas-kemas. Kemudian melakukan kewajipan mana yang patut. Shut down.zzzzzz….
Raya ke tiga
1. Bersiap pagi2. Ambik selua jeans dan t shirt. Siap utk ke rumah ayah cik lan. Makan laksa penang…yumm..memang terbaik.
2. Kemudian saya duduk borak-borak dengan abg long, anak kepada ayah teh saya…borak banyak benda tentang kerja, belajar, kahwin..etc.etc…. “abg long, yang pakai tudung hitam tu sape? Tak pernah Nampak pun..” dengan selamba abg long telah merobek maruah hamba di khalayak ramai… “cik nah (merujuk kepada mama saya)…. Abu berkenan dengan yang pakai tudung hitam tu….”…cis sungguh tak bermoral kamu abg long…maka berlaku lah adegan yang tak sepatutnya di ceritakan di sini…….censord….dush….
3. Malamnya pula ke rumah ayah cik wan..makan bakso, mee kari , nasi goreng, dan miihun….aduiii… kembong perot… borak, memaku orang dan sebagainya….. hahaha…
4. Ayah de : abu, cuba awak tengok muka ayah de, apa pandangan awak?
Saya : hah..saya tgk muka ayah de..macam ada can lagi dua… kah3….
Mak de : “datang dan memiat beliau… kah3…… ”
Raya ke empat
1. Duduk rumah….asingment time… sekian.
Raya ke lima
1. Bersiap pergi memancing. Adalah dalam 6 ekor ikan aku naikkan…. Yeayy….
Sekian sahaja, saya memohon seinfiniti kemaafan kepada semua kenalan. Jika ada salah dan silap saya kepada kamu. Ruang kemaafan saya hamparkan seluas2nya. Saya maafkan dan halalkan semua.
Mohon halal jika ada yang terlebih dan terkurang. Jika mohon untuk di bayar, khabarkan saja kepada saya. insyaAllah akan ditunaikan jika ada rezki. insyaAllah. (tapi kalau kira halal…dapat pahala sedekah.. hehehe….)
5 comments:
Teringin nak pergi memancing !
jom singgah kuantan. abg bawa cik mus memancing. besst weehhh... gambonya nanti abg upload kat fb.. hahaha
hehe.. tertarik pulak aku baca travelog ko ni abu hehe.. mesti best raya kau d sana kan... cnfirm byk duit raya..
Salam.
Abu, travelog ni dah lengkap. Boleh buat buku dah.. :)
Post a Comment