Wednesday, June 30, 2010

hari lahir 22 Alhamdulillah

assalamualaikum.
hari ni genap umurku 22 tahun. ya ALLAH. makin dekat untuk aku pergi meninggalkan dunia. terkesan dengan pesanan SMS yang di hantar oleh seorang sahabat baik. aku nukilkan disini :

"hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah usiamu, hari ini bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dekujian yang akan mendatang. hari ini akan menjadi saksib ketabahan dirimu mengharungi onak duri, hari ini Allah pendekkan lagi jarakmu denganNYA, semakin berkurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu, semakin bersedia malaikat maut datang menjemput, semakin dekat masa amalan dihitung dan semakin hampir haruman firdausi atau azabnya jahanam. oleh itu gunakanlah kedewasaanmu itu sebgai satu peringatan bagimu....... ~selamat hari lahir buat teman yang di ingati~(pat)"
tersentak mebaca sms tersebut. aku terdiam berfikir. aku semakin hampir. maka hari ulangtahun ini hari untuk aku muhasabah diri. perbaiki diri. agar aku sentiasa bersedia. :)

namun aku ucapkan terima kasih kepada sahabat juga ku gelar keluarga tersayang yang bersusah payah menyambutnya. walau hanya sederhana aku cukup rasa di hargai. kerana ini pertama kali aku menyambutnya sedemikian rupa. pertama kali aku memotong kek hari jadi. terima kasih atas pengalaman itu. dan mungkin ini yang pertama dan terakhir. aku tidak tahu. cuma yang ku harap hanya doa dari kalian. :)

terima kasih atas perancangan yang di lakukan.. buat adik2 jmk khar, pak din, mirul, fizan, ataulah, francis, sham, sue, bashiroh, hala, ika, fatin, zurin, lian, krishna, puteri, lyn.. terima kasih..

buat sahabat baik yang mengatur rancangan untuk menyambut hari lahir aku, azmil, ilya, epull... aku ucapkan ribuan terima kasih buat anda semua. hanya Allah yang membalas apa yang kalian lakukan. :) AKUSAYANGKAMU.

kepada semua sahabat yang mendoakan kesejahteraan di atas penambahan umurku. ku ucapkan terima kasih daun keladi. :)

beberapa gambar yang sempat di snap oleh encik azmil :) syukran akhi. ana uhibuka. :)
pak din, mirul, fizan. :)

hah. dah kena conteng, hahaha.

aku, lian, ilya.. terima kasih kawan. :)

kek hari jadi. yum. sedap... hehehe. :)

jengg... hahaha... spray2... sape punya keja lah ni.. ngeh3.

aku, mirul, lian, ilya, waheeda... :) syukran usrati... :)

last and not list... aku dan... ustazah2 di khar... hehehe... :)

mari makan daun selasih.
sekian terima kasih... hehehe. :)

sekian saja... jazakallah khair. wslm. :)

Friday, June 25, 2010

jalan jauh

saya naik motor sejauh 200 km. ya. ini pertama kali. dan saya juga kurang percaya yang saya dah lakukannya. air hidung sudah mengalir. maka prediction saya, sehari dua lagi saya akan demam. itu pun kalau Allah izinkan. :)

takpelah, kita bantu Agama Allah. Allah permudahkan urusan kita. moga perjalanan jauh itu ada nilai di sisi yang ESA.


saya rindu sahabat seperjuangan. :)

Monday, June 21, 2010

aku tidak seperti kamu

semua manusia membesar dalam situasi yang berbeza-beza. begitu juga aku, kamu, dia, dan mereka. semua mengalami pengalaman hidup yang berbeza yang membentuk diri menjadi seseorang. sama ada ia baik atau tidak. terpulang acuan yang di bentuk. terpulang acuan mana yang aku masuk. jika cantik, maka indahlah, jika buruk, maka jelek lah. terpulang.

sekarang umurku mencecah 20an, baru aku terfikir, selama ini acuan aku betulkah, cantik, indah, baik... aku mampu asingkan atau tidak segala yang baik dan buruk. aku mampu tapiskah apa yang masuk di dalam fikiran dan hati?

aku cuba untuk menilai perangai sendiri. adakah apa yang aku lakukan berkait rapat dengan pengalaman lalu. acapkali aku membandingkan diri aku dengan orang lain. kebahagiaan , tingkahlaku, layanan orang lain. adakah aku dapat seperti yang mereka dapat. aku puas atau tidak? perangai aku di sukai orang atau tidak. kadangkala agak pening bila memikirkan ada orang yang berkecil hati dengan tingkah aku. sedang aku tidak sedar ia berlaku...

konklusi, aku perlu perbetulakan diri. biar aku memahi orang lain. untuk mereka memahami aku. :)

aku faham. aku tidak seperti kamu. jauh sekali. cuma mohon carilah titik persamaan antara aku dan kamu. :)


wslm. :)

Sunday, June 20, 2010

dia papa saya. :)

hari-hari adalah hari dia.
bukan hari ini saja.
cuma mungkin hari ini ada asbab aku ingin menulis tentang dia.
untuk beritahu kepada semua yang aku ada dia

dia juga asbab aku lahir ke dunia.
kenal apa itu kehidupan.
dia juga asbab aku belajar untuk hidup.
asbab aku belajar mengenal yang ESA.
asbab aku menjadi seorang manusia yang manusia.

dia hanya sorang.
tiada yang boleh ganti.
kerana darahnya mengalir dalam tubuh aku.
dna kami sama.

muka juga lebih kurang sama.
cuma dia lebih kacak dari aku.
itu saja. :)

aku menyayangi beliau sepenuh hati.
ya. aku ingin beritahu aku sayang dia.
jasa dia aku tidak mampu bayar.
sehingga akhir nyawa.

ya aku mau jadi seperti dia.
papa seperti dia.
segala-galanya seperti dia.
supaya anak aku kelak boleh menyayangi aku,
sepertimana aku menyayangi dia.

aku sayang papa. :)
syukran jazilan atas segalanya.
doakan aku jadi anak yang soleh.
agar aku boleh menjadi harta yang tak ternilai buat kamu,
jika kamu di jemput di kemudian hari. :)

luahan rasa seorang anak :)

dia papa ngan mama saya :)

wslm.

Saturday, June 19, 2010

hati lelaki macam aku

lelaki macam aku... layakkah?

mungkin aku perlu tunggu 4 tahun lagi.
lama. tapi aku kena tunggu. jika panjang umur.
aku akan merasa juga.

jika tidak. tak pa lah. itu sudah takdir. aku terima...

ya.. aku terima..
tapi bila???
bila??
dan bilaa??

aku cuma mampu tunggu.... lamanyaa aku naakk....


sigh....huh...

















kahwin.... hehehehe.... :)
saja bergurau.. sempena bulan orang tgh ramai berkahwin. :)
barakallahulakum kepada akhi wa ukhti yang melangsungkan walimah, semoga berkekalan sehingga ke syurga. :)

wslm.

Tuesday, June 1, 2010

cukupkah sekadar..??

Assalamualaikum.

cukupkah sekadar aku membenci.
cukupkah sekadar aku membantah.
cukupkah sekadar aku melaung kata jahanam!
cukupkah sekadar aku menangis...??

tanpa aku melakukan apa-apa.
tanpa aku mengangkat senjata.

adakah aku akan di persoalkan?
atas tindakan aku?

kau memang jahanam zionis!!

RAMAI YANG TAHU, TAK RAMAI YANG MAHU, DAN TERLALU SEDIKIT YANG MAMPU!

moga kita berada dalam kalangan yang mampu.
mari kita rafkkan doa. moga kemenagan yang dijanjikan akan kunjung tiba.
moga ada nilai di sisi yang ESA.

wslm.

Sahabat

Sudi-sudilah menambah sebagai rakan ^^,